Tuesday, June 8, 2010

Saya Marah Pada Orang Islam Umumnya dan Melayu Khususnya

Kali ini saya berasa amat marah. Marah ini bukan sebarang marah. Ianya telah diperam sejak sekelian lamanya. Sama seperti memeram air campuran ikan bilis, garam kasar, asam jawa, dan gula melaka untuk dijadikan budu. Atau sama seperti memeram kimchi di Korea selama berbulan-bulan lamanya. Apa yang pasti, marah ini bukan marah yang biasa.


Saya bukan Hishamuddin Rais, di mana setiap kali dia marah dia akan kentut. Saya kalau marah, saya minum air. Saya minum bergelas-gelas. Itulah sebabnya mengapa saya kerap ke tandas. Dalam satu hari rasa-rasanya lebih 10 kali saya masuk tandas. Lagi pula urusan membuang air agak mudah kerana saya bukan orang yang jenis pakai seluar dalam.


Sebelum saya nyatakan kenapa saya marah, saya mahu semua pembaca periksa kembali kata-kata Syeikh Muhammad Abduh yang pernah berkata bahawa dia melihat cahaya Islam apabila berada di Paris (negara kafir) dan tidak ada di negara Islam. Begitu juga dengan Said Nursi yang mengatakan di Barat di melihat Islam tanpa penganut.


Cukup malu saya mengaku sebagai orang Islam apabila melihat sendiri perangai orang Islam jauh lebih teruk daripada orang kafir. Kenapa mesti ada perangai hasad dengki dan busuk hati, tambahan pula prejudis terhadap bangsa lain. Bagi orang Islam yang mendalami ilmu agama, mereka cukup hipokrit. Saya kira ini mungkin punca kenapa ramai orang Islam agak malas berbicara soal agama.


Saya bagi beberapa contoh. Kita, umat Islam ada al-Furqan. Dalam al-Furqan ada surah al-'Asr di mana Yang Maha Esa bersumpah mengenai waktu/masa. Tapi berapa kerat saja yang menghayatinya? Kenapa apabila sesuatu pertemuan, majlis, atau apa-apa saja yang telah ditetapkan masanya, pasti akan ada yang memungkiri masa. Kadang-kadang rasa macam nak hantuk kepala, kenapa begitu teruk perangai umat Islam berkenaan soal pengurusan masa (orang cakap Janji Melayu, absolutely right!).


Bandingkan dengan masyarakat kafir di Jepun. Mendengar saja cerita dan pengalaman orang yang pernah ke sana, rupa-rupanya mereka, walaupun kafir, tapi mempunyai surah al-'Asr di dalam jiwa mereka.


Bab yang lain - rasuah. Rasuah dengan orang Islam sekarang ini sudah seperti darah daging. Dan orang Islam langsung tidak mempunyai perasaan apabila mengetahui pemimpin mereka rasuah. Kalau marah pun, hanya sekejap saja. Tapi jauh beza dengan masyarakat bukan Islam, di Barat contohnya. Mereka pentingkan integriti. Mereka perangi rasuah habis-habisan.


Bagi orang yang mendalami ilmu agama, kebanyakan daripada mereka adalah hipokrit kerana amalan harian mereka langsung tidak menunjukkan ilmu agama yang mereka miliki. Sebab itu saya tidak begitu suka bergaul dengan budak-budak dari fakulti agama. Mereka hipokrit dan memalukan. Sudah banyak kes khalwat dan seumpama dengannya dikaitkan dengan budak-budak sana.


Saya selalu juga lihat macam mana kononnya budak dari fakulti agama ini bergayut di tengah malam, berjalan di sini-sana hanya memakai seluar boxer. Aurat terdedah. Bukan seorang dua tapi ramai. Kalau saya yang bukan daripada fakulti agama ini pun malu untuk berpakaian begitu, ditunjukkan kepada orang lain walaupun sesama lelaki.


Cuba lihat pula anak-anak orang Islam (tentulah Melayu). Bercumbu di khalayak ramai, menyakiti hati orang lain dengan merempit, vandalisme, buang anak - ini apa? Apa peranan ibu bapa mereka? Kebanyakan daripada ibu bapa tidak peduli kerana menganggap anak mereka sudah besar - inilah salah satu keburukan budaya melayu, kahwin bukan atas dasar agama. Tapi kahwin atas dasar nafsu. Tak hairanlah kehidupan mereka anak-beranak tak macam orang Islam.


Anak-anak orang Cina, orang India - memang mereka pun ada juga yang buat jahat, tapi mereka tidak menonjolkan diri macam anak-anak Melayu. Mereka tak buat perkara yang memalukan di khalayak ramai macam anak-anak orang Islam. Mereka lebih pentingkan pelajaran, mereka nak survive di dalam negara ini. Sebab itu bila mereka berjaya, jangan marahkan mereka. Jangan dengki pada mereka jika mereka ada syarikat-syarikat besar, beli tanah untuk memajukan bisnes mereka.


Berdesing telinga saya apabila mendengar ayat "Siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan kita,", "Orang Melayu dalam keadaan bahaya," "Nanti habis semua kekayaan dapat kat Cina," dan lain-lain lagilah. Ini bodoh punya perangai Melayu.


Kalau Cina monopoli ekonomi pun, siapa yang bagi? Bukankah dari dulu hingga sekarang kuasa politik di tangan orang Melayu? Macam mana Cina boleh dapat sedangkan bukan mereka yang perintah negara ini? Selama ini yang robohkan rumah orang Melayu, jual tanah Melayu, ambil saham orang Melayu - siapa? Pemimpin Cina kah?


Kenapa orang Melayu begitu busuk hati bila bangsa lain berjaya. Mereka berjaya sebab mereka berusaha dan mahu hidup. Mereka tak ada tongkat macam orang Melayu. Mereka berdikari dari dulu lagi. Mereka bukan anak manja. Sebab itu mereka dapat bertahan dan tidak mudah mengalah.


Jauh beza dengan Melayu - anak manja. Macam-macam kemudahan diberi dari dulu sehingga sekarang, tapi tak ada perubahan pun. Masuk akalkah - bangsa yang paling banyak dapat manfaat daripada kerajaan, ada hak istimewa - tetapi merupakan bangsa yang paling mundur, paling miskin, paling bodoh, paling banyak masalah sosial, paling korup - dan paling apa lagi? Masuk akal ke? Teruk betul, bangsa lain berjaya dia marah!


Bandingkan anak manja dengan anak yang pandai berdikari - mana satu yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat menghadapi cabaran?


Dan saya menolak ajaran dan fahaman yang mengatakan orang Islam memang ditakdirkan hidup susah dan orang kafir hidup senang seperti yang terdapat di dalam al-Quran. Saya cari juga mana ayat yang mengatakan demikian, tapi tak jumpa pun. Sumpah - saya tak bohong. Ini saya dengar sendiri daripada pensyarah saya, yang cuba meracuni pemikiran anak muridnya. Selama saya belajar di sini, saya dapat mengenalpasti beberapa ekor pensyarah yang giat berusaha meracuni dan mempengaruhi pemikiran pelajar mengenai ancaman Melayu dan Islam.


Orang bukan Islam memerhatikan tingkah laku orang Islam setiap hari dan membuat penilaian terhadap agama Islam. Lebih-lebih lagi kalau agama itu disinonimkan dengan satu-satu bangsa. Kalau di sini, agama Islam sinonim dengan orang Melayu. Sebab itu orang kafir menilai Islam dengan melihat perangai Melayu. Kalau tahap tinggi sikit, Islam disinonimkan dengan orang Arab.


Ini kita dapat lihat betapa orang yang beragama Islam - tak kira mana-mana bangsa - sibuk berkiblatkan Arab. Nama pun nama arab, pakaian pun pakaian arab (jubah, serban, dll), kalau sekolah atau kolej agama mesti ada bahasa Arab - adakah Islam itu milik satu-satu bangsa? Dengan perangai jahat orang Arab (bangsa yang kasar, suka membentak-bentak), masyarakat antarabangsa terutamanya kafir mudah sekali membuat penilaian terhadap Islam, dengan hanya melihat kelakuan orang Arab.


Bangsa Arab dan Melayu merupakan contoh yang membawa kerosakan dan keburukan pada imej agama Islam. Sebab itu saya marah pada orang Islam. Mereka gagal membawa akhlak Islam, nilai keimanan dalam dada mereka telah hilang.




INIKAH YANG KITA BANGGAKAN?

Memalukan Islam. Tak hairanlah ramai yang sudah tak percaya kepada ustaz atau si pemakai kopiah, serban dan jubah.



Orang kafir pun berzina juga. Tapi mereka tak buang anak kalau mengandung anak luar nikah. Ini Islam kepala bana apa macam ini? Macam mana orang kafir nak yakin dengan ajaran Islam kalau orang Islam sendiri berperangai macam setan?


Sah anak Melayu, mesti Islam - membeli arak secara terbuka - ini ke yang dibanggakan, wahai Melayu?

7 comments:

Unknown said...

Islam 50-50. yang 50 tu dari ajaran british mungkin.

hussin said...

kepada tiga contoh yang ko bagi tu jawapannya "tanda2 akhir zaman sheikh..."

bab ni "Siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan kita,", "Orang Melayu dalam keadaan bahaya,", "Nanti habis semua kekayaan dapat kat Cina,", apa pula gamaknya alasan yang akan diberi?

wallahu'alam.

primehonda said...

salam tuan, this is my posting to your blog.

entah kenapa seminggu dua ini saya berfikir tentang subjek yg sama yg tuan tulis. saya berasa lega sesudah membaca tulisan tuan kerana persamaan fikrah antara kita.
tuan, secara jujurnya, tiada apa2 lagi yg boleh diharapkan dari bangsa melayu islam. atau lebih tepat lagi, tiada apa2 lagi yg boleh diharap dari bangsa yg menganut Islam secara warisan ini, atau yg dilindungi oleh undang2 sesebuah negara. akhirnya bangsa2 ini akan jatuh sebagaimana jatuhnya bangsa arab suatu masa dulu. mereka hidup dlm kelompok Islam mereka shj & sgt takut dgn percampuran dgn bangsa & agama lain. mereka takut dgn bayang2 sendiri. saya melihat fenomena dulukala ini berlaku dlm pemimpin Islam, ataupun org2 melayu sendiri ketika ini. atas nama 'agenda melayu, ketuanan melayu, negara islam,' kesemua ini dijadikan modal utk terus memanjai dan membelai anak melayu kita. hasilnya org melayu kehilangan arah, pada saya ini semua terjadi kerana agama diambil separuh2 saja. kalau betul2 ambil ajaran Islam yg syumul, org melayu tidak akan seperti sekarang. tapi semuanya sudah terlewat. org melayu akan jadi seperti kaum sadum yg akhirnya lenyap ditelan bumi.
saya melihat nukilan syeikh muhamad abduh yg tuan katakan itu mengandungi maksud tersirat. dlm suatu hadith, pernah Nabi Muhammad berkata di akhir zaman nanti Islam akan bangkit dari arah barat, bukan dari timur (diulangnya tiga kali). maksudnya, kita ini yg mengaku memperjuangkan Islam, x kiralah malaysia, indonesia, timur tengah, iran sekalipun, bukanlah akan dipilih sebagai pembela Islam suatu hari nanti. mungkin pada masa itu bangsa Islam warisan ini sudah pun hapus. jadi, siapakah pembela Islam yg dimaksudkan? saya berkeyakinan selama ini bahawa ada antara negara2 eropah yg dulunya menentang Islam akhirnya akan dipilih Allah swt utk membela Islam. ketika dunia Islam hampir hancur dimusnahkan tentera mongolia, bangunlah tentera Allah yg dipilih dari kalangan hamba abdi Mamluk yg akhirnya berjaya menewaskan tentera mongol. tiada siapa menyangka golongan hamba abdi yg hina itu akhirnya menjadi pahlawan yg berjaya mempertahankan dua kota Islam yg suci. melihat kepada situasi sekarang, umat Islam bagai buih di lautan. satu pun tidak berguna. akhirnya pembela Islam akan muncul dari golongan yg dulunya pembenci Islam..

hussin said...

primehonda,

yang mengaji agama perasan mereka sahajalah pejuang islam. maklumlah, semua kitab jadi hafalan, fasih dengan hujah yang kemas sehingga melopong yang mendengar.

mereka tidak sedar betapa mereka menyumbang kepada kecalaran kepada islam.

semoga Allah mengampuni kita.

wallahu'alam.

Anonymous said...

salam....
mmg btul pa yg saudara perkatakn..
kdg2 trfikir jgak sya.. klau kita xbljr scra mndlm tntg agma adakh kita bolh d'label sbgai KAFIR...
Knapa org yg byk ilmu agama xcuba utk lbih rapat dgn glongn yg diorng gelarkn sbegitu rupa... ini tidak seolh2 mnjauhkn dri dan ada stengahnya menyisihkn trus kawan baik atau org yg byk mmbntu semata2 ats dasar kefahaman yg salah mengenai ajaran Islam....
Smoga shbt2 lain dpt berfikir sejenak pe yg cba d'sampaikn olh saudara...

Anonymous said...

salam....
mmg btul pa yg saudara perkatakn..
kdg2 trfikir jgak sya.. klau kita xbljr scra mndlm tntg agma adakh kita bolh d'label sbgai KAFIR...
Knapa org yg byk ilmu agama xcuba utk lbih rapat dgn glongn yg diorng gelarkn sbegitu rupa... ini tidak seolh2 mnjauhkn dri dan ada stengahnya menyisihkn trus kawan baik atau org yg byk mmbntu semata2 ats dasar kefahaman yg salah mengenai ajaran Islam....
Smoga shbt2 lain dpt berfikir sejenak pe yg cba d'sampaikn olh saudara...

Anonymous said...

orang yg merasakan dirinya begitu hebat mcm tu pandangan mereka..
sia2 saja kalo kamu berkata kepada hussien..
si hussin hanya mengunakan hukum akal yg lemah saja..
tidak berdasarkan al-quran dan as-sunnah