Sunday, June 13, 2010

Kenapa Mesti Kaitkan Melayu Dengan Islam?



Kita di Malaysia telah dibiasakan dengan istilah Melayu pasti disinonimkan dengan Islam. Sehinggakan terlekat perkataan jika seseorang saudara baru mengucap kalimah syahadah, dia telah masuk melayu. Walaupun rupa dan genetik mereka itu tidak seperti Melayu, tapi asalkan dia beragama Islam, dia sudahpun dianggap seperti Melayu. Saya kira inilah salah satu kecelaruan minda masyarakat Melayu.


Sama juga apabila Arab disinonimkan dengan Islam. Sebut saja Arab, ataupun orang Arab pasti teringatkan Islam. Sedangkan Nabi Muhammad diutuskan bukan untuk kaum Arab. Baginda diutuskan untuk kesemua kaum di dunia ini. Islam bukan hak eksklusif sesuatu bangsa. Kononnya untuk menampakkan diri itu berimej Islamik kena pakai jubah, pakai ketayap, membahasakan diri sebagai "ana - anta", bercakap diselang seli dengan perkataan Arab - semua ini kononnya Islamik. Kenapa mesti kaitkan Arab dengan Islam?


Begitu juga kalau dalam bab tukar nama. Kenapa seseorang itu kalau memeluk Islam mesti menukar namanya kepada nama orang Arab? Salahkah mengekalkan nama asalnya jika tidak mengandungi makna yang tidak elok (memang tiada pun, mana ada orang di dunia ini yang bagi nama anaknya dengan makna yang tidak elok). Kenapa mesti diwajibkan jika seseorang itu memeluk Islam maka dia mesti menjadi orang Arab?


Kalau sekolah agama ataupun kolej agama pasti akan ada subjek Bahasa Arab. Apa, orang Arab tak ada yang beragama Kristian, Yahudi, dan Atheis ke? Kenapa Islam mesti Arab, dan Arab mesti Islam? Begitu juga di Malaysia - Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Ingat, oleh kerana mensinonimkan Arab dan Melayu dengan agama Islamlah salah satu penyebab agama Islam dipandang serong. Orang Melayu - tengok pada zaman sekarang, adakah gaya hidup mereka, perbuatan mereka menepati ciri orang Islam?


Begitu juga dengan bangsa Arab - datang tempat orang banyak kecoh, banyak songeh, suka membentak, kasar - apa pandangan orang ramai terhadap Islam jika kita biasakan diri kita dengan Arab-Islam?


Islam tidak mengenal rupa dan bangsa - Islam bukan milik sesuatu bangsa, tapi Islam untuk semua. Tapi tidak di Malaysia. Islam hanya dijadikan sebagai topeng untuk bersikap perkauman dan melindungi sesuatu bangsa.


"Umat Melayu Islam mesti bersatu"


"Jaga kepentingan Melayu dan Islam"


"Marilah bersatu demi Melayu dan Islam"


"Penting untuk Melayu dan Islam"


Semua ayat diatas dan seumpamanya adalah bullshit. Hipokrit. Pembohong. Penipu. Demi Yahweh - mereka sedikitpun tidak berjuang untuk Islam kerana mereka hanya memikirkan bangsa Melayu. Kalau benar mereka memperjuangkan Islam - nescaya tidak terkeluar istilah Melayu dari mulut mereka. Kalau bernar seseorang itu pejuang Islam - dia tidak akan memasukkan sesuatu bangsa dalam ucapan mereka.


Percayalah mereka semua ini pembohong. UMNO paling banyak melaungkan perkataan sedemikian - mereka pembohong besar. Orang UMNO ini perkauman - mereka langsung tidak mahukan Islam, mereka hanya tahu bercakap mengenai Melayu - bangsa melebihi agama. Tapi jangan ingat dalam PAS tak ada pemimpin sebegitu. Perhatikan segelintir pemimpin PAS yang berucap atau mengeluarkan kenyataan - jika ada keluar istilah Melayu dan Islam, maka sah dia pemimpin PAS berjiwa rasis.


Orang-orang PAS juga tidak ketinggalan - terutamanya yang di kampung atau mereka yang membesar hanya dikelilingi oleh Melayu. Sedarlah - dalam Malaysia bukan Melayu saja yang Islam - bahkan Melayulah yang mencemarkan imej Islam di Malaysia. Tak pernah dengar ke Persatuan Cina Islam? Mamak bukan Islam lagi ke? Atau semuanya telah menjalani plastic surgery untuk menjadi Melayu?


Perbuatan menyamakan Melayu dengan Islam hanya memudaratkan Islam itu sendiri. Tapi bukan senang untuk membuang persepsi ini dalam masyarakat kita kerana ianya diterap sejak sekian lama dahulu. Penganut agama lain menilai agama Islam dengan melihat perangai Melayu dan Arab - ini adalah kesan daripada perbuatan di atas.


Sekali lagi saya ingatkan, mereka yang bercakap mengenai kepentingan orang Melayu dan Islam di Melaysia adalah hipokrit - mereka adalah orang yang melebihi bangsa daripada agama sendiri. Jangan jadi bodoh dan tertipu. Kalau benar ada dikalangan pembaca blog ini mendakwa diri mereka adalah pejuang yang memperjuangkan Islam, buang segera dari dalam kepala istilah kepentingan Melayu!

7 comments:

firdaus ganu said...

salam.
saya setuju dengan apa yg saudara cuba nak sampaikan. akhirnya,ada juga orang nak bangkitkan persoalan nih.

saya tak gemar juge orang yg suka guna ana-anta ni.apa beza ana-anta dgn I-U?aku-kau?apa kaitan agama dgn bahasa?kalau kita tak reti guna bahasa kita sendiri dengan betul,nak campur2,rasa ada sedikit kekurangan kat situ .

saya kurang setuju sedikit kat point belajar bahas aarab tu.m belajar bahasa arab kat sek agama tu penting utk memudahkan kita beljar Al-Quran. supaya kita lebih mendalami ilmu Allah. Alquran tu kan jawapan kepada segala2nya?

Anonymous said...

walaupon nak kebenaran tapi otak yahudi tu tetap ada dlm diri sbb tu blajar bahse arab pon nk menimbulkn pesepsi buruk...mende remeh temeh pon nk d besar2kn mcm otak wahabi...bodoh....

majezan said...

untok pengomen,yer yer.
apa kaitan ugama dgn bahasa?
Memang ada.Utk belajar ugama Islam kena guna bahasa Arab sbb Al Quran dlm Arab.Kalau guru ajar dlm bahasa lain,murid tiada haq dptkan ijazah,yg murid dpt cuma terjemahan ilmu,bukan ilmunya.
Jadi haram perkecil bahasa Arab dlm hal belajar ugama,sbb Allah berfirman AlQuran diturunkan dlm bahasa Arab.
Wajib bertaubat pd pengomen.

Anonymous said...

Penulis ini OTAK UDANG...tulis guna HAWA NAFSU bukannya AKAL

:-*

Anonymous said...

Perkara 10.1 (a) Perlembagaan Negara Malaysia - tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;

Jadi saya nak bersuara.

Penulis blog reformis jalanan adalah seekor anjing berkepala babi. Bodoh.

Anonymous said...

ape yang penulis nak sampaikan mudah je. tapi boleh jadi salah faham bile ade untuk politik. die cume nak sampaikan pade kite bahawa, kalau nak bela islam biarla semue kaum. islam tak bermakne melayu, tapi melayu ke cine ke india ke lebih bermakne bile jadi islam. semua akan bersatu tak kire bangse atau fahaman poliitik. tengok saje hari jumaat. bile solat jumaat boleh je kite duduk satu saf. tak kire warna kulit. sebab semue mengadap kiblat yang satu dan menyembah tuhan yang satu

Anonymous said...

Banyak2 kat sini aku tak setuju.