Wednesday, September 16, 2009

16 September Dalam Kenangan



Salam Ramadhan,


Tahun lepas, saya adalah jutaan rakyat Malaysia yang menunggu hari bersejarah 16 September. Bukan saya saja, ramai lagi yang yakin bahawa kerajaan pusat pasti akan bertukar. Sehinggakan saya berkata kepada pensyarah saya (Ketua Jabatan Ekonomi) bahawa 16 September kita akan dapat PM baru. Dia hanya bersahaja dan berkata, "Kita tunggu dan lihat,". Pada ketika itu, saya tahu dia memang tak yakin pada tarikh tersebut, tambahan pula dia tak suka kepada Anwar Ibrahim dan merupakan seorang UMNO yang kecewa.


Saya menunggu 16 September dengan debaran. Saya sendiri tertanya-tanya, apakah DSAI berjaya menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen daripada BN untuk sertai Pakatan Rakyat? Saya sudah mula merasai bahangnya apabila dengan tidak semena-mena sejumlah ahli parlimen BN dipaksa untuk ke Taiwan atas alasan lawatan sambil belajar. Kah kah..... Tunggu punya tunggu, pada hari yang dinanti-nantikan, tak ada apa-apa yang berlaku. Seperti biasa, Perdana Menteri masih lagi Abdullah Badawi. Kecewa betul. Saya pasti bukan saya seorang saja yang merasa seperti itu.


Tak lama daripada itu barulah saya tahu ada sedikit "sabotaj" daripada parti komponen Pakatan Rakyat sendiri yang seolah-olah tidak bersetuju dengan agenda 16 September. Tak lama sebelum 16 September, Pesuruhjaya PAS Terengganu Mustafa Ali buat satu kenyataan pada sidang media menyatakan tidak yakin agenda 16 September berjaya, dan mengatakan ianya adalah usaha orang yang ghairah untuk memperoleh kuasa. Kemudian Presiden PAS yang boroi lagi lembab pula berkata tidak akan bersetuju jika jumlah ahli parlimen kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai lebih ahli yang bukan Islam.


Saya juga mendapat tahu bahawa Mustafa Ali mempengaruhi Haji Hadi supaya jangan menandatangani satu perjanjian dengan komponen Pakatan Rakyat yang lain untuk diserahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong. Jadi saya sepenuhnya tidak boleh menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan 16 September. Ia datang daripada PAS sendiri. Bodoh punya pemimpin. Pemimpin PAS dari Terengganu memang dari spesis yang bebal. Malu jadi orang Terengganu. Selain daripada itu, faktor yang lain pula ialah betapa pengecutnya ahli parlimen sebelah sana untuk menyeberang. Takut kepada ancaman. Maklumlah UMNO/BN bila terdesak, bunuh orang pun tak apa. Siap main politik kidnapping lagi.


Hari ini sudah setahun peristiwa tersebut berlalu. Pasti ramai yang mengulasnya di dalam laman web masing-masing. Tidak ada apa-apa yang menarik. Cuma ulangtahun pembentukan Malaysia saja pada 16 September,


Nota:

1. PAS jangan harap dapat menawan Terengganu selagi muka-muka yang satu spesis dengan Mustafa Ali masih lagi memegang kuasa. Dah ada kuasa, lupa diri. Berlagak. Rakyat Terengganu masih lagi belum sokong PAS sepenuhnya. Ramai lagi yang setia dengan UMNO. PAS menang pada 1999 pun atas kes Anwar, dan orang Melayu meluat dengan Mahathir, bukan sebab orang tertarik dengan PAS. Cerminlah diri tu sikit.


2. Haji Hadi disyorkan mengempiskan perutnya yang boroi itu dan melonggarkan sedikit ikatan serbannya. Dengan itu beliau pasti akan lebih berfikiran rasional dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan sesiapa, selain daripada kelihatan muda 10 tahun! Kalau serban ketat sangat, oksigen susah nak masuk ke otak, itu la pasal lembab semacam saja.


3. Penulis sastera Faisal Tehrani adalah salah seorang yang menentang agenda 16 September Anwar Ibrahim. Dia ada menulis satu artikel khas mengenainya. Dia buat sebegitu kerana kebenciannya yang mendalam terhadap Anwar, saya tak tahu apa yang dia dendam sangat dengan Anwar sewaktu menjadi mahasiswa dahulu. Tapi dia berlagak seolah-olah orang yang mahir dengan politik, dia sendiri mengaku tak tahu politik. Macam-macam dia ulas mengenai Pakatan Rakyat, dan dia sering mengutuk PAS kerana tak mahu berpakat dengan UMNO yang Islam dan Melayu, sebaliknya suka berpakat dengan DAP dan PKR. Jadi apa masalahnya? Tumpu sajalah pada sastera tu. Dah lah syiah, tapi tak mengaku. Lepas tu cuba masukkan unsur syiah dalam blog. Syiah tapi bodoh. Memalukan pengikut ahlul bait. Syiah sokong UMNO (sekular).

0 comments: