Friday, September 25, 2009

Duri Dalam Daging Di Selangor




Inilah wajah manusia yang membawa banyak kerugian kepada pihak kerajaan PR Selangor. Dulu lain sekarang lain. Dah berubah 360 darjah. Sebelum menang pilihanraya bukan main lagi janji itu ini. Bila menang, MAIS tah ke mana. Pembahagian zakat pun macam dulu, tak berubah-ubah. Dia ni sudah jadi satu bebanan kepada PAS khususnya. Nada pun dah dekat nak sama dengan Khir Toyol. Setiap kali berlangsungnya pilihanraya kecil, pasti dia ni buat hal. Ada apa-apa masalah, tidak puas hati, suka betul hebohkan, kalau dah tau UMNO/BN akan ambil kesempatan. Isu arak, dah kena belasah dek sultan baru diam.


Bukan ke nak jadikan kerajaan PR sebuah kerajaan yang telus? Kenapa mahu Selcat mengadakan siasatan secara tertutup? Takut memalukan pegawai kerajaan konon. Membuli? Ingat SPRM dan polis ke ni nak main buli-buli?


p/s : Dengar kata muka inilah yang pasang angan-angan nak jadi MB Selangor. Wallahualam. Siapa la yang bengap sangat kekalkan munkee ni jadi Pesuruhjaya PAS Selangor? Dah tau akar umbi tak suka, kekalkan juga. Sama la macam orang dah berbulu dengan Mustafa Ali, alih-alih si bengap tu jadikan dia sebagai Setiausaha Agung.


PAS oh PAS! Nak Selangor jadi macam Terengganu ke pada 2004 dulu? Dah menang sepenggal mula bongkak.

5 comments:

Kuda Perang said...

Gaya anda menghentam pemimpin tidak ubah sama sahaja seperti puak2 UMNO-BeEND.

Adakah anda sebenarnya penyokong tegar UMNO-BeEND, ataupun sekadar kangkung atau lalang?

Reformis Jalanan said...

Saya adalah penyokong kepada kebenaran. Titik! Tak kira sama ada PAS atau UMNO, dah kalau ada kesalahan, pasti saya hentam. Saya akan sokong kepada pihak yang benar. Walaupun parti PAS, tak semestinya pemimpin2nya sesuci kapas. Jgn kerana kita taksub atau suka kepada sesuatu puak, kita benarkan perbuatan dan sikap mereka walaupun terbukti mereka itu silap.

Pengasas said...

Salam ReformisJalanan,
Usah biarkan pelarian asing merosakkan negara kita tercinta. Atuk bersama cucu.

Reformis Jalanan said...

Terima kasih atuk Wahab. Kadang2 kita terpaksa hadapi tentangan daripada orang sendiri gara2 mahu nyatakan kebenaran.

Kuda Perang said...

Teguran dengan niat membina bukanlah suatu tentangan sesama sendiri.

Teguran kerana adalah bertujuan agar ahli2 jemaah Islam tidak melakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan perpecahan dikalangan jemaah Islam.

Kadang2 dalam ghairah mencurahkan emosi di blog kita tidak sedar, apa yang kita perkatakan menyebabkan bibit2 perpecahan dikalangan ahli jemaah. Kadang2 tanpa niat dan tanpa sengaja kita menyebabkan perpecahan berlaku.

Oleh itu muhasabahlah diri, kaji dahulu sebab dan akibat yang akan terjadi hasil dari penulisan kita.

Bukan tidak boleh menegur pemimpin, jika salah tetap salah, yang benar tetap benar. Salah mesti disekat benar mesti disokong.

'Qulil haqqa walau kaana murran' Berkatalah benar sekalipun ianya pahit.

Apakah HUKUMNYA disisi syariat orang yang menyebabkan perpecahan dalam jemaah?

Maaf andai terkasar bahasa, sekadar peringatan.

'Khairun naasi anfa'uhum linnaas' sebaik2 manusia adalah yang dapat memberikan manfaat (bukan kemudaratan) kepada manusia yang lain.

InsyaAllah kita sama2 menjaga perpaduan dalam jemaah Islam.

Allahu akbar!!!