Thursday, September 10, 2009

Zulkifli Noordin Yang Merapu

APA DAH JADI DENGAN ZUL NI?


Salam Ramadhan,


Malam tadi saya telah membaca satu posting baru dari blog YB Kulim, Zulkifli Noordin. Belumpun habis membaca, saya dah tersentak. Betul ke dia ni? Kali ni beliau benar-benar menulis berpandukan emosi, bukan fakta. Ianya berkaitan dengan isu kuil di Selangor, dan beliau seolah-olah mahu menyalahkan pihak pemimpin kerajaan Selangor, khususnya YB Khalid Samad.


Memang selama ini kenyataan Zulkifli Noordin selalu melawan arus. Saya pun selama ini banyak menyokong beliau kerana sikapnya yang lantang apabila berbicara tentang Islam. Tapi kali ni memang beliau dan benar-benar merapu, dan saya rasa agak kecewa. Beliau ulas seolah-olah beliau tu orang Shah Alam dan exco Selangor. Kenyataan beliau juga cuba melindungi puak-puak demonstran kepala lembu dan bersimpati dengan mereka kerana dihadapkan ke mahkamah.


Beliau juga seolah-olah cuba menabur fitnah dengan mengatakan ada wakil India yang menghina azan sewaktu dialog di Wisma MBSA dan mendakwa kuil yang bakal dibina itu kuil yang besar. Mana YB ni dengar cerita? Atau sekadar kutip dari berita pencacai UMNO? India itu kata, mereka boleh tahan dengar azan setiap hari - maksud dia, dia mahu orang Melayu pun bertoleransi dengan penganut Hindu yang mahu beribadat. Adakah itu satu kenyataan menghina azan?


Sebaliknya beliau cuba membela puak-puak UMNO lembu yang kurang ajar sewaktu dialog tersebut. Beliau juga kata ada pak janggut yang sanggup membaca ayat al-Qur'an untuk mempertahankan kuil - merujuk kepada YB Khalid Samad. Tak tahulah apa nak diulas lagi. Penulisan peguam ni memang telah membuatkan saya berbulu. Beliau juga telah menukar nama Selangor menjadi Darul Takbeer. Atau Zulkifli Noordin ni yang mabuk beer sewaktu menaip entri tersebut? Saya paling tak tahan dengan ayat yang paling bawah yang berbunyi :


Mungkin satu hari nanti tak lama lagi akan ada Pak Janggut memetik Quran dan hadis supaya umat Islam berlaku 'adil dan menasihatkan umat Islam supaya jangan baca lagi Surah Al Baqarah, demi menjaga hati pengikut tuhan lembu ini. Mungkin Peguam Negara akan mengenakan pertuduhan dibawah Akta Hasutan atau Seksyen 298A Kanun Kesiksaan kepada mereka yang membaca Surah Lembu ini!!


Amboi cantiknya bahasa. Seterusnya penjenguk ulas lah sendiri. Tak tahu apa nak dikata lagi dengan YB yang seakan-akan mahu satu kapal dengan Ibrahim Ali sang Salentia tu. Malam tadi lepas baca posting tu, saya terus membelasah beliau di melalui Facebook beliau. Tak tahulah dia baca atau tak. Biasanya dia ni jenis tak balas komen.


Nak baca artikel penuh yang ditaip oleh Zulkifli Noordin, sila klik sini.

8 comments:

Pemburu Syahid said...

Orang Arqam memang hari biru sikit pemikiran mereka. Maklumlah, "minda Abuya"lah katakan.

YB Zul kata dia akan berada di barisan hadapan untuk pertahankan Islam tetapi beliau ingat Islam nih boleh "ikut kepala" sendiri. Sebab tu dia jadi macam tu.

YB Zul nih ada tak menambah dan tak ada pun tak berkurang.

Biarkan si Luncai terjun dengan labu labunya.

Reformis Jalanan said...

Uh? Dia bekas orang Arqam ke?

Junjungan said...

Aku orang Kulim. Masa kempen PRU12 dulu geng kami bermatian tolong kempen kat Zul. Keluar belanja sendiri, buat bendera, buat bannner, ingat ke dia ni ok, tapi....

Bila dah menang baru nampak "his true colour". Muka jarang nampak di Kulim. Masa orang buat kenduri sana sini pasal menang, dia hilang, tak nampak muka langsung. Pusat khidmat buka sekejap saja sekarang dah tutup. Lebih kerap berulang alik ke Dubai dari berulang alik ke Kulim.

Bila ada balik Kulim asyik minta nak baca khutbah Jumaat saja. Melawat kawasan tumpang kereta orang ronda sana sini. Sampai kedai minyak nak isi minyak, dia buat-buat lena kat belakang.

Minta maaf la, kalau PRU 13 ni nama dia naik lagi, alamat dia kempen sorang-sorang la.

Reformis Jalanan said...

Salam.


Saya rasa calon bagi P18 Kulim Bandar Baharu mungkir ditukar kot. Ramai orang dan pemimpin PKR yang berbulu dengan lawyer nih.

Anonymous said...

Mungkin Yb Zul dah lupa bahawa perjuangan PR ni berbeza dengan BN yang mengamalkan perkauman.Kita percaya sekiranya dia ada tengok video klip demo kepala lembu yang ganas,memaki hamun orang india dan pemimpin pr,menghina kalimah takbir,mengugut bunuh tu dia pasti takkan berfikiran begitu.

Reformis Jalanan said...

YB Zul pun dah tukar kalimah Takbir. Perhatikan betul-betul, dia dah menamakan negeri Selangor Darul Takbeer.

aZRoy said...

salam,

itu lah, kenapa dia pon sama nak menggunakan perkataan takbeer tur. saya sampai satu peringkat, sampai terfikir yg blog YB Zul ni dikawal dan di update oleh orang lain.

Astaghfirullah. Dia tak tau macam mana pak janggut yg dia kata tu sket punya cool waktu sessi dialog tur. cuba tgk kalau dia plak. takut tercampak keluar je sabar dia tur.

Reformis Jalanan said...

Kalaulah YB Zul ni ada di tempat Pak Janggut tu, rasa-rasanya dia dah meloncat atas meja dah. Hahaha... Tak pun berselindung di sebalik tubuh besar MB Selangor :p