Wednesday, September 9, 2009

Polis Dulu & Sekarang

Salam Ramadhan,


Kalau waktu dulu-dulu, 30 atau 40 tahun dulu, anggota beruniform di Malaysia cukup dihormati. Sebut saja si anu itu polis, semua orang hormat. Macam hormat kepada orang alim. Semua budak tak berani buli anak polis. Penjenayah waktu dulu, kalau datang saja polis, semua cabut lari. Dan budak-budak boleh tengok wayang percuma, cukup dengan berkata kepada penjaga tiket, "Saya anak polis,". Anak-anak polis menjadi perhatian penduduk setempat. Jika anak polis tersebut melakukan satu kesalahan, tanpa berlengah penduduk tersebut akan laporkan kepada bapanya.


Polis waktu itu lakukan kerja dengan ikhlas (walaupun tak semua). Ikhlas untuk rakyat dan negara, dan sedar peranan serta kedudukan mereka sebagai penjawat awam, bukan alat golongan tertentu. Mereka dulu cukup berdisiplin. Anak lelaki polis tak boleh berambut panjang. Kalau tak, kena potong secara paksa lah jawabnya. Ringkasnya memang padan logo yang ada kalimah Allah dan Muhammad pada polis.Tapi itu semua dulu.


Sekarang keadaan sudah berubah. Polis telah meletakkan diri mereka semua setaraf dengan anjing suruhan. Bertindak atas perintah atau demi kepentingan pihak tertentu. Mereka sudah menjadi penjenayah di sebalik pakaian seragam. Rasuah tak usah kira lah. Jangan rasa hairan jika pusat pelacuran, penjualan VCD haram, kelab gay dan sebagainya masih beroperasi dengan aman, kerana mereka semua ini telah disuap. Pegawai atasan polis tak segan silu bermain golf dengan tauke dadah.


Bukan itu saja. Sifat kemanusiaan mereka sudah semakin hilang. Orang yang dituduh melakukan kesalahan, apabila berada di dalam tahanan di beri layanan yang buruk, dipukul dengan teruk, sehingga berlakunya kematian. Yang buat kerja ni polis melayu. Tak lagi diperingkat politik. Terang-terang jadi alat pemerintah. Orang UMNO buat demo kepala lembu, tak ada apa-apa tindakan, bila lebih dari seminggu baru Ketua Polis Selangor menyalak-nyalak nak buat tangkapan. Dasar bajingan tua. Hindraf buat perhimpunan, menuntut supaya jangan ada pihak yang timbulkan ketegangan antara kaum, tak sampai 20 minit polis sudah bertindak, dan menangkap beberapa orang. P. Uthayakumar diusung.


Ada ke polis berani nak usung si kepala lembu Azmir tu? Tak berani, sebab Azmir tu UMNO. Peserta demonstrasi itu semua UMNO. Polis memang orang tak pandang mulia lagi. Rata-ratanya meluat. Sifat hormat terhadap polis sudah hilang. Termasuk saya sendiri. Antara golongan yang saya benci ialah golongan inilah. Dan sepatutnya kalimah Allah dan Muhammad pada logo polis itu ditukar. Tak kisahlah tukar kepada apa pun. Asalkan jangan letak kalimah mulia itu. Memalukan.

0 comments: