Memang kalut sehari dua ni di dalam parti PAS khususnya di Selangor. Walaupun dari dulu ada pemiimpiin-pemimpin PAS menafikan adanya 2 kelompok di dalam PAS, tapi sekarang sudah jelas, semakin nampak buktinya yang PAS sudah benar-benar terbahagi kepada 2. Lebih ketara semenjak Muktamar pada Jun lepas. Apa masalah mereka semua ni?
Saya sendiri sudah mula berasa muak dengan gelagat segelintir pemimpin PAS yang pernah saya puji ketika dulu. Hasan Ali punya pasallah ni, PAS Selangor bercakaran sesama sendiri. Nampaknya PAS sudah dijangkiti oleh perangai UMNO, salah satu sebabnya ialah ada lagi pemimpin di dalam parti Islam ini yang sudah mula berfikir dan bercakap mengenai Melayu, satu agenda yang amat ditentang oleh PAS suatu ketika dulu.
Hasan Ali memang nak kena penampar. Ini semua pengaruh pemikiran UG yang diimport daripada Terengganu. Saya rasa pencapaian PAS akan merosot pada masa hadapan. Parti PAS sudah menjadi parti yang bermasalah, melainkan dibuang kesemua virus-virus yang mula bersarang.
Hasan Ali tak sayang mulut!! Barangkali sifat UMNO yang ditinggalkan oleh beliau lebiih 10 tahun lepas menjelma kembali. Selcat yang digunakan untuk tujuan pemerintahan yang adil dan telus dipertikai, dan diminta siasatan dijalankan secara tertutup. Ini telah menimbulkan pergeseran diantara PAS dan DAP di Selangor. Sebelum ini telah banyak timbulnya perselisihan diantara PAS dan DAP.
Dengan sikap PAS ini, saya pasti ramai pengundi dan penyokong parti ini yang bukan Islam berasa kecewa. Betullah apa yang selalu orang ramai laungkan selama ini, PAS jika menang akan bongkak dan lupa diri. Gara-gara jangkitan daripada virus geng-geng Terengganu. Sekapal dengan puak-puak berideologi Unity Government/Kerajaang Perpaduang Makang Ikang. Bila menegur kepimpinan diianggap satu kesalahan, yang kerap keluar dari mulut ialah wala'! wala'!
Sekarang Khalid Samad di Selangor menjadi mangsa gara-gara tegurannya terhadap Hasan Ali. Kerja yang sepatutnya dilakukan ialah memperkukuhkan Pakatan Rakyat, jangan biarkan UMNO/BN mengambil kesempatan melalui media jika ada perselisihan, dan akhirnya menjahanamkan UMNO/BN pada PRU akan datang. Ini tidak, perbuatan demi perbuatan gara-gara sebahagian pemimpin PAS telah memberi satu peluang kepada UMNO untuk menyerang balas.
Satu-satunya cara untuk hapuskan virus di dalam PAS ialah dengan singkirkan puak-puak yang berhaluan pemikiran UG, khususnya dari Terengganu. Nak harapkan Presiden PAS ambil tindakan terhadap Hasan Ali? Tak tahukah semua orang betapa "kamceng"nya dua orang itu? Mereka semua sekapal, ada mereka bermakna PAS akan jahanam. Haji Hadi, Hasan Ali, Roslan SMS, Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa, Hasan Thontowi, Harun Taib, Azman Shapawi, Nik Zawawi, Abu Bakar Chik, dan lain-lain yang sefahaman dengan mereka.
Satu saja perkataan yang sesuai diitujukan kepada virus-virus dan penyakit dalam PAS ini ialah - CUKUPLAH! Undurlah kalian, jangan cemarkan PAS sebagai parti Islam dan memasukkan unsur kemelayuan. Saya cukup benci dan sakit hati terhadap golongan yang bongkak dan mudah lupa diri di dalam PAS, penyebab kekalahan teruk di Terengganu pada 2004 dan 2008.
Jangan jadikan gelaran ulama' menyebabkan orang lain tak layak menegur. Asal baru balik belajar dari Mesir, Madinah, sudah dicop ulama' di dalam PAS. Kalau PAS kalah teruk dalam PRK Bagan Pinang yang akan datang, dan juga dalam PRU-13, tengoklah berbakul-bakul sumpahanku kepadamu semua!
Nota :
Saya memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog kerana ketiadaan masa yang sesuai dan juga sambungan internet yang cukup menyakitkan hati, membuatkan saya sentiasa menangguh dahulu untuk mengemaskini blog. Terima kasih kerana melayari blog ini.
13 comments:
Salam ReformisJalanan,
Halalkan atuk dah curi sebahagian tulisan cucu ke dalam FSS atuk.
Atuk curi pasal atuk setuju dengan cucu.
sebenarnya saya dan rakan2 pas lain di cawangan(selangor) sudah lemah semangat dgn hassan ali dan sekapal di selangor dan juga dgn nama2 yg di sebut di atas.
parti di cawangan sudah tidak di hiraukan semenjak memerintah.
kawasan sibuk dgn jawatan masing masing2 termasuk ydp, yg mereka sibuk adalah sebagai ahli majlis,jkkk dan ajk masjid dan juga menyelaras dun(tempat kalah)
muka2 ahli majlis pas terpampang di seluruh selangor, penyakit hassan ali di gombak setia(tak percaya pergi round sendiri
betul cakap kawan di atas, bila kita kritik sikit phew.. kena belasah kata anta tak wala padahal kami ni jugak la masa pr 10,11 dan 12 mencurahkan segala gala untuk PAS,cuma kami tidak mahu sebarang jawatan sebab masing masing ada tiada niat dan juga kebanyakan bekerja makan gaji.
kami malu dgn rakan rakan lain samada muslim atau non muslim.
masa lepas terawikh hari tu dok bersembang dgn jemaah surau, malu aku, depa tanya sheikh dulu kamu kempen kami suruh gundi pas/pkr, kami setuju sebab kami benci umno so sekarang siapa musuh kita umno ke pkr/dap.aku tak tau nak jawap apa..
Nak bagitau sat kat ahli PAS 1 Malaysia..kalu sebelum 2008..ahli PAS dgn rakyat semua boleh halau Pak Lah..tak Hassan Ali dan geng ganu makang ikang yg ciput tak boleh sesuatu!!awat ingat ahli PAS ni pak turut dan wala tak tentu pasal ka?
Dr. Abdul Wahab Arbain :
Silakan, saya halalkan dan tak kisah pun kalau ada sesiapa nak ambil. Tak bagitahu pun tak apa. Cuma jangan putar belitkan tulisan2 saya. Tak sangka orang yang berpelajaran tinggi dan berpengalaman seperti atuk bersetuju dengan penulisan orang yang tak cukup ilmu dan pengalaman seperti saya. Saya hargai. Terima kasih.
Anonymous 1 :
Saya juga ada baca dan dengar cerita2 yang serupa dgn apa yg sdr cakapkan.
Anonymous 2 :
Bukan semua ahli PAS wala' tak tentu pasal. Sebahagiannya sahaja. Jika kita tegur sikit, pasti akan ada yg hentam balik dan timbullah perkataan wala'. Tengok contoh yg terjadi kepada Khalid Samad. Bukan sekali dia kena hentam sebab menegur.
slm, sy setuju dgn saudara apabila saudara mengatakan.."..penulisan orang yang tak cukup ilmu dan pengalaman seperti saya..". mmg nmpk dari point2 & gaya penulisan saudara, itulah saudara..!
dasar manusia takde adab dgn ulamak..beramboslah korang dari PAS...satu sen pun tak rugi
Salam...
PR berbeza dengan U-BN..sangat2 berbeza...
Kritikan hasan ali contoh besar perbezaannya....
Bezanya PR mengamalkan dasar terbuka. Tindakan Hasan ali mengkritik kerajaan yang dianggotainya sendiri adalah satu lambang demokrasi...
inilah lambang demokrasi terpimpin, beliau bukan nak jatuhkan PR, tapi beliau menyuarakan rasa hati kakitangan kerajaan yang menjalankan dasar2 kerajaan. Mereka ini pun rakyat juga. Jadi, look it at the bright side....jangan menggelabah....
dan natijahnya, a retreat of hari raya antara pemimpin kerajaan selangor dan kakitangannya....dan selesai sudah semuanya.
Inilah demokrasi yang patut kita suburkan, bukan angguk2- geleng2- tunduk2-iya2
Radzi Ahmad
Sudahlah... nilah yang dikatakan gunting dalam lipatan.. penulisan2 seperti ini yang bunyi seakan pro PAS tapi hakikat sebenar tidak....
aku cukup panas kalau ada bahlol macam anon 09.53 kalau bagi komen.kalu kita kritik sikit kata kita gunting dalam lipatan.
aku berani cakap la dr pengalaman aku sendiri, org macam ni dlm pas yg selalu cakap banyak tapi syok sendiri,masa pr cuma duduk kat markas duduk makan biskut cicah dgn teh o yg di sediakan oleh petugas,kerja hampeh.kita yg krittik untuk kebaikan ke hulu ke hilir buat kerja.
Walaupun saya tak cukup ilmu dan tiada pengalaman, adakah hak saya untuk bersuara juga disekat? Nampaknya mentaliti sebahagian rakyat (terutamanya kaum Melayu) sudah mula berpaling daripada apa yang terkandung di dalam Perlembagaan oleh kerana ghairah nak mempertahankan sesuatu kaum/puak!
Ya betul apa yang anon Radzi Ahmad katakan.
Amalan demokrasi yang diamalkan PR adalah berbeza daripada yang diamalkan oleh UMNGOK-BeEND.
Semoga Dato Dr. Hassan Ali, Ir. Khalid Samad, pemimpin2 PAS seluruhnya dan pemimpin2 PR terus sukses menggalas amanah rakyat.
Kita orang bawahan yang 'buta huruf' dan agak jahil ni usah lah bergaduh sesama sendiri. Janganlah mencipta permasalahan yang tidak ada menjadi ada.
RUGI RAKYAT JUGA NANTI!!!!!
Teguran dengan niat membina bukanlah suatu tentangan sesama sendiri.
Teguran adalah kerana bertujuan agar ahli2 jemaah Islam tidak melakukan sesuatu yang boleh mengakibatkan perpecahan dikalangan sesama anggota jemaah.
Kadang2 dalam ghairah mencurahkan emosi di blog kita tidak sedar, apa yang kita perkatakan menyebabkan bibit2 perpecahan dikalangan ahli jemaah. Kadang2 tanpa niat dan tanpa sengaja kita menyebabkan perpecahan berlaku.
Oleh itu muhasabahlah diri, kaji dahulu sebab dan akibat yang akan terjadi hasil dari penulisan kita.
Bukan tidak boleh menegur pemimpin, jika salah tetap salah, yang benar tetap benar. Salah mesti disekat benar mesti disokong.
'Qulil haqqa walau kaana murran' Berkatalah benar sekalipun ianya pahit.
Apakah HUKUMNYA disisi syariat orang yang menyebabkan perpecahan dalam jemaah?
Maaf andai terkasar bahasa, sekadar peringatan.
'Khairun naasi anfa'uhum linnaas' sebaik2 manusia adalah yang dapat memberikan manfaat (bukan kemudaratan) kepada manusia yang lain.
InsyaAllah kita sama2 menjaga perpaduan dalam jemaah Islam.
Allahu akbar!!!
I consider, that you are not right. Let's discuss. Write to me in PM.
Post a Comment