Thursday, September 17, 2009

Jangan Ucapkan Terima Kasih



Kepada Puan Laila dan Sdra Mat Sah, gembira memanglah gembira apabila dapat berkumpul semula setelah lebih 7 tahun terpisah. Tambahan pula dah dekat nak raya. Walaubagaimanapun, jangan sesekali berterima kasih kepada orang yang zalim yang bertanggungjawab menyekat kebebasan insan yang merdeka, berlaku zalim menahan tanpa bicara tanpa dibuktikan kesalahan, tanpa dibicarakan. Teruskanlah perjuangan menuntut akta zalim itu dimansuhkan dan kem Kamunting ditutup. Mereka itu berlagak seolah-olah lebih berkuasa daripada Allah SWT. Sedangkan Allah SWT sendiri membicarakan hambaNya di Padang Mahsyar kelak.


Tahniah diucapkan kepada Mat Sah sekeluarga dan lain-lain keluarga tahanan Kemunting yang lain yang telah dibebaskan.

4 comments:

Prof. Era Pasca said...

Kami warga ERA PASCA ingin mengucapkan Salam Lebaran kepada semua pembaca blog ini... DAN....

Walauapepun....

Ampun maaf daripada kami andai...

TERkasar bahasa
TERsilap pukul
TERambil barang
TER'pau' duit
semua TER2 yang lain

Ikhlas dari kami warga Era Pasca:
Naruto Sensei & baginda®

Mat Amin said...

Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Moderator Laman Raformasi Jalanan sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin di atas segala keterlanjuran.

Semoga semuanya diberkati Allah Taala.

Yang Ikhlas
Mat Amin
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com

Anonymous said...

moga ada hikmahnya....teruskan perjuangan menegakkan syariat ISLAM

Reformis Jalanan said...

Salam Aidilfitri juga saya ucapkan kepada kalian. Terima kasih kerana sudi menjenguk dan meninggalkan ucapan.