Monday, May 31, 2010

Syariat dan Keadilan Sosial - Mana Lebih Utama?



Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri di bawah. Bagi sesiapa yang masih lagi kabur tentang pendirian saya mengenai perjuangan, disarankan membaca entri yang pernah saya tulis di dalam blog ini pada penghujung bulan April. Klik di sini [link]


Saya tetap dengan pendirian apabila sesebuah kerajaan baru berjaya mengambil alih pentadbiran negara Malaysia, perkara yang mula-mula yang perlu dilaksanakan dalam pemerintahan ialah keadilan sosial. Selain daripada itu, segala penyelewengan, korupsi, kronisme, dan penyalahgunaan kuasa di dalam pentadbiran harus terlebih dahulu diselesaikan. Bukannya terus menutup kilang arak dan pusat judi di Genting Highlands. Benda sebegitu memang perlu dihapuskan, tapi biarlah secara berperingkat.


Macam mana nak mengaku pemerintahan kita ini pemerintahan Islam sedangkan tahap kemiskinan masih lagi tinggi, kepincangan dalam pasukan keselamatan masih lagi ada, imej mahkamah masih lagi belum bersih, dan yang penting, kebebasan rakyat dalam menyuarakan pandangan, kebebasan berhimpun, media, dan lain-lain masih lagi belum diselesaikan? Sepatutnya perkara sebeginilah yang patut diambil berat dahulu daripada asyik bercakap tentang syariat wajib, syariat wajib, syariat wajib, aku nak syariat, aku nak syariat, aku nak Islam, - ingat orang lain tak nak ke? Dia seorang saja nak??


Tunjukkanlah contoh teladan yang baik kepada rakyat di negara ini yang hampir separuh bukan beragama Islam. Tunjukkan teladan kepada mereka melalui corak pemerintahan yang berasaskan Islam iaitu dengan keadilan. Kemudian buat penerapan kefahaman Islam kepada masyarakat sedikit demi sedikit. Kalau tiru cara pemerintahan macam Taliban di Afghanistan, habislah. Itu haram, ini haram, masuk neraka, berdosa - jangan kata orang bukan Islam, orang Islam sendiri pun menyampah kalau dengan cara ekstrim sebegini.


Cuba lihat Taliban dulu. Baik sangatkah mereka memerintah Afghanistan cara begitu? Yang saya nampak, masyarakat memandang Islam dengan pandangan negatif, disebabkan keekstriman mereka. Dan benda inilah yang saya tentang. Saya tak suka kalau mereka yang kononnya pencinta agama itu berdakwah cara ekstrim - memaksa orang ramai menerima bahawa syariat mesti ditegakkan. Hampas, strategi tak ada. Kenapa kalau sebut negara Islam, mesti ditekankan hudud? Kenapa negara Islam mesti hudud, dan hudud mesti negara Islam?



Tak bolehkah negara Islam itu selalu dinyatakan sebagai negara yang menjamin keadilan sosial dan kebebasan individu? Tak bolehkah disinonimkan negara Islam sebagai negara yang mempunyai pentadbiran yang bersih?


Dakwah mesti ada strategi kalau nak orang ramai terima Islam. Bukan orang Islam saja yang boleh terima, orang bukan Islam pun boleh. Memang bukan kita yang bagi hidayah, tapi apa gunanya ayat "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik" (An-Nahl:125)? Secara bijaksana itulah dengan strategi. Akibat tidak bijaksanalah, agama Islam dipandang serong. Ini hasil daripada kerja umat Islam itu sendiri. Mereka memalitkan tahi pada agama mereka sendiri.


Sepatutnya soalan "Bila lagi syariat nak ditegakkan?" usah dilayan. Sebaliknya tanya dan nyatakan pada mereka, "Where is your fucking strategy? You are always talking shit with a damn move."


Tolonglah. Sekali lagi diulangi, ini Malaysia, bukan Arab Saudi, bukan Mesir, bukan Pakistan, bukan Yemen, rakyat negara ini dahagakan keadilan. Mereka dahagakan kebebasan. Mereka dambakan sistem pemerintahan yang bersih untuk kebaikan dan kesamarataan semua kaum. Tanpa ada sedikitpun diskriminasi yang membabitkan warna kulit, paras rupa, dan agama. Ini Malaysia, bukan Timur Tengah.

14 comments:

merdekakan pemikiran said...

Aku sokong pandangan itu.. Aku jugak lebih kurang sama dengan kamu... Dulu aku penyokong kuat Ulama, Muzakarah us nasa dll... Bahkan aku sekarang ni mengaji di KUDQI, tempat us harun taib, ketua ulama Pas... tapi aku sekarang bukan pro muzakarah, bukan perpaduan tapi pro pakatan...ya, dalam Islam sepatutnya tidak perlu kita terlalu tergesa2 dalam penegakan syariah...bnyak lagi yang perlu diselesaikan satu persatu.. Aku mempunyai anggapan bahawa kemungkinan besar Islam itu boleh diterima PKR dan DAP kalau Pas pandai berdakwah kepada mereka... Ermm memang kadang2 aku menerima tekanan beberapa pihak untuk aku hentikan komen2 pedasku dalam blog..kerana aku disini dikelilingi orang2 K.perpaduan.. Tapi bagi orang yang mengetahui kebenaran, laut yang masin itu tidak dapat memasinkan rasa ikan di dalamnya..

Admin said...

@merdekakan pemikiran


Ssh...word "K.perpaduan" tu control2 sikit. Nanti ada yg hangin satu badan bila baca hang punya komen. Hehe :)

SearchForHeaven said...

syariat dan keadilan Sosial..

dalam syariat ada keadilan sosial..
Dalam ISLAM.. di situ wujud Keadilan Sosial..

ini perkara yang wajib diyakini..
kenapa perlu mencontohi TALIBAN??
siapa yang mahu mencontohi TALIBAN??

lu seperti memandang perjuangan Ulama untuk menegakkan syariat ISLAM sebagai satu perbuatan yang tidak berstrategi...

Itulah beza pemerintahan Ulama dan pemerintahan Profesional...

Ulama mementingkan hubungan dengan Allah taala lebih dari Hubungan dengan Manusia...

kerana Dunia ini Milik ALLAH..
kerana makhluk ini adalah seperti firmannya:

tidak kujadikan manusia dan Jin selain mengabdikan diri kepada Ku..

Umat ISLAM mengucap 2 kalimah syahadah..

apa yang terkandung dlam syahadah..??

1. bersaksikan ALLAH sebagai Rabb yang satu
2. Bersaksikan Muhammad Pesuruh ALLAH..

-sebagai hambanya.. patutkan kita mencari dan mengangkat hukum lain selai Hukum ALLAH??
-sebagai pengikut Muhammad.. patutkah kita membelakangkan sunnahnya dengan tidak mendahulukan syariat Allah..

di dalam konteks Malaysia..
Apakah dakwah Islam tidak sampai kepada masyarakat sehingga kita mengaggap siapa yang mendahulukan syariat Islam adalah strategis yang mundur??

apakah syariat Islam tidak memperjuangkan keadilan sosial??

naive laa sape yang anggap begini..
kalau dah muslim sendiri menganggapkan syriat itu tidak menguntungkan ketika ini..
apetah lagi non-muslim..

melambatkan beberapa undang2 Islam tiada kesalahan..
tapi menganggap perjuangan mempercepatkan syariat islam dalam perjuangan politik sebagai batu penghalang keadilan sosial adalah satu iktikad yang perlu diperbetulkan..

ALLAHUAKBAR!!

SearchForHeaven said...

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat yang baik" (An-Nahl:125)?

ayat yang lu bawa ni.. cantek dah..
tapi tafsiran tu.. dari mana lu amik. wa rasa syarah ayat ni.. panjang lebar lagi..
.
dlm konteks politik ISLAM di malaysia..

yang menuduh PAS extremis adalah UMNO..
yang menuduh PAS mahu serta merta mahu buat HUDUD adalah UMNO/BN..

siapa PAS yang mahu terus laksanakan Hudud bila memerintah??

Lu macam bermain dalam game UBN laa.. ikut irama UBN..

Normal laa kalau dulu kerajaan wartakan hukum ISLAM..
itu memang wajib..
tapi adakah perlaksaannya???

Tanggungjawab sebagai pemimpin ialah membawa rakyat bawah pimpinannya selamat Di Jalan ALLAH..

lu ingat bila jadi pemimpin..
kena buat janji2 Manis seperti DSAI??
kalau politik sekular takpe..
takpe.. kalau Politik ISLAM..
yang benar tetap benar, yang salah tetap Salah..


lu pun cakap. kat perenggan bawah..
orang lain dah kenal ISLAM dengan pelbagai persepsi..

kalu dah kenal mengapa dilewatkan pelaksanaan syariat ISLAM??

sedangkan di zaman Khalifah Al-rasyidin.. berapa yang kenal ISLAM?? tapi kenapa di SYAM.. tetap dilaksanakan syariat ISLAM???
kenapa ya??




apakah pada pemahaman lu.. syariat ISLAM itu.. hanya Hudud??
jika itu yang di fikiran..

umat ISLAM di zaman ini memang rendah quality..
tidak yakin akan syariat ALLAH..
tidak Yakin dengan janji ALLAH..
Tidak Yakin dengan Kata2 Rasulullah..

kalau YAKIN..

masakan kita memperlekehkan perjuangan orang yang mahu mensyariatkan ISLAM secepat mungkin..

wa rasa..

DR Yusuf Qardhawi ada mengulas dalam bukunya yang ditulis pada tahun 1991.. kalau dalam terjemahan Malayu..

mengenal Syariat ISLAM...

cuba lu cari buku ni.. dan faham intisarinya...

walaupun kita cakap kita Yakin..
kita perlu realisasikan dengan Amal..

strategi???

strategi lah untuk mempercepatkan syariat ISLAM ditunaikan!!!
bagaimana??

pendidikan.. politik.. ekonomi dan sebagainya..

Anonymous said...

I am ѕure this агtiсlе has tοuched
all the іntеrnet viewerѕ, its really reallу gοοd post on
buіlding up new blοg.
Also see my site :: Loans for Bad Credit

Anonymous said...

Thank you foг thе auspіcious writeup.
It actuаlly used tο be a amusemеnt
account it. Lοok complex tο mоre brought agreeable
from уοu! Howеver, how could we be in cοntact?
Take a look at my web page ; payday loans

Anonymous said...

Hellο there I am so glad I found уouг webpage, Ӏ really founԁ уou
by accіdent, while I was browsing on Αskjeeѵe for something else, Αnyhoω I аm heгe now and would just liκe tο say thanks for a incredible post and a all rοund
interesting blog (Ι also love the thеme/design), ӏ
don't have time to look over it all at the moment but I have bookmarked it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up the superb job.
my webpage > loans for bad credit

Anonymous said...

Thаt is а rеally good tip espeсially to
those nеw to the blogosphегe.
Ѕimple but very accurate info… Thank you for sharing
this one. A must read ρost!
my web page - how to stop snoring

Anonymous said...

Heya i'm for the first time here. I found this board and I find It really helpful & it helped me out much. I am hoping to offer something again and aid others such as you aided me.
Review my web page instant cash

Anonymous said...

Ηi thеre to all, how is the wholе thіng, I think
every one іѕ getting more from this ωeb pаge, and your viewѕ aгe good іn favoг of new visitorѕ.
Here is my site - loans for bad credit

Anonymous said...

whoah this weblog іs excellent i liκe studуing your
pоsts. Stay up thе great work! Υou know, lots of perѕоnѕ are looking around
for thіs infοrmаtion, you could аid them
grеatly.

Feel frеe to surf tο mу ѕіte -
diet
My page - diet

Anonymous said...

I lоved as much as you will reсeіvе caгried out
right here. The ѕκetсh is attraсtіvе, your аuthored
ѕubjеct mattеr stylish. nonethelesѕ,
you command get gοt an іmpatience оver that you wish be delivering
thе following. unwell unquestionablу comе more formerlу again
sіnce еxactlу the ѕame neaгly very often
inside cаse уou shield thiѕ increase.



Heгe is my ωeb-sіte: personal loans

Anonymous said...

This іѕ a topic that's close to my heart... Best wishes! Where are your contact details though?

Feel free to surf to my website: Payday Loans

Anonymous said...

fantaѕtіc post, very informаtіve.
I ponԁer why the otheг specialіstѕ of this sectοr do not realize this.

Υοu must pгocеed your writing.
I'm sure, you've а huge readeгs' base already!

My website Same Day Payday Loans