Saturday, May 29, 2010

Malaysia Bankrap 2019 - Mencari Friedrich Engels Alaf Baru

Friedrich Engels, November 28, 1820 – August 5, 1895


Oleh : Admin


Malaysia, menurut roti jala akan bankrap pada 2019 jika pemberian subsidi diteruskan kepada rakyat. Serta merta saya teringat kata-kata anak PM ke-2 yang juga merupakan wakil kepada pengundi di Pekan bahawa Malaysia akan bangkrap jika harga minyak diturunkan dan agenda Negara Kebajikan dilaksanakan. Ini semua pembohongan kaum penindas untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka. Kerana mereka tidak akan pernah merasa puas membaham harta-harta rakyat, masukkan ke dalam kantong mereka, setiap hari, setiap masa.


Ke mana menghilang hasil keuntungan berpuluh-puluh billion daripada berbagai sumber di negara yang kaya ini? Sepatutnya rakyat menikmati hasil tersebut dan mereka memang berhak. Oh, lupa pula. Negara tak ada duit, ini kerana pemimpin yang baghal itu baharu saja menyerahkan dua buah telaga minyak yang bernilai 320 billion kepada negara jiran yang lebih kenit daripada Malaysia. Golongan penindas ini tidak akan puas. Selagi masih ada peluang untuk membolot hasil keringat rakyat, selagi itu mereka akan menggomolnya. Dan mereka tidak pernah berhenti daripada berfikir - siang dan malam - memikirkan bagaimana cara untuk mencegah poket mereka daripada kekeringan.


Ah - malangnya (sigh...). Kalaulah Friedrich Engels masih lagi hidup dan tinggal di Malaysia pada ketika ini, pasti dia dengan lantangnya beserta dengan muka yang kemerah-merahan menahan amarah akan berkata [quote] :


How is it possible that the poorer classes can remain healthy and have a reasonable expectation of life under such conditions? What can one expect but that they should suffer from continual outbreaks of epidemics and an excessively low expectation of life? The physical condition of the workers shows a progressive deterioration.


Tsk... tapi sudah lebih 100 tahun dia meninggalkan alam ini untuk bertemu dengan pencipta. Siapa tak kenal Engels - lebih-lebih lagi buat mereka yang menganut fahaman yang diasaskan oleh Karl Marx. Engels, merupakan penerus dan juga kesinambungan terhadap kerja-kerja meneruskan agenda kebangkitan kaum buruh, mengedit dan menerbitkan Das Capital volume II dan III - kerana Marx tidak sempat menyiapkannya - dia pergi lebih awal daripada Engels, sahabat karibnya yang mula ditemui di Paris.


Sekarang, berhadapan dengan situasi ini, siapa yang sanggup menjadi Engels kedua? Atau lebih tepat Engels versi Malaysia di alaf baru? Kita kekurangan, malahan boleh dikatakan tidak ada mereka-mereka yang boleh membakar semangat golongan bawahan menentang penindasan, yang boleh menyelami hati dan perasaan masyarakat miskin yang hidup di kawasan pedalaman, pengaruhi mereka supaya hentikanlah mengundi golongan penindas ini dan sama-sama menyertai gerakan menjatuhkan pemerintah yang zalim.


Siapa yang layak menjadi pengganti Engels? Atau mestikah kita mesti mencarinya sampai ketemu? Tiada jawapan.... maka tunggulah kenaikan barang keperluan yang lebih dahsyat.


Baca juga di bawah ini :
How the Value of Labour Power is Determined

0 comments: