Tuesday, May 25, 2010

Selepas Pulau Batu Putih dan Limbang, Kini Tanjong Pagar Pula...




Nampaknya memang sudah terbukti dan jelas sekali bahawa pemimpin UMNO memang spesis suka jual negara. Mereka langsung tidak boleh diharap untuk menjaga kedaulatan negara dan membiarkan negara lain menginjak-injak Malaysia. Bukan sekali Malaysia kalah dengan Singapura. Tapi banyak kali. Sama ada dengan tahap kecerdikan pemimpinnya, ekonominya, pendidikannya, kedaulatan negaranya, dan lain-lainlah.


Dulu dengan cerita jual pasir Johor kepada Singapura. Kemudian jual air dengan 3 sen seliter dan beli balik dengan 50 sen seliter! Kemudian kalah kes Pulau Batu Putih (Rais Yatim itu pembohong, win-win situation konon!). Selepas itu kena buli dengan Brunei pula mengenai tuntutan wilayah Limbang di Sarawak kemudian digantikan dengan 2 blok minyak yang bernilai 320 billion.


Ini, Tanjong Pagar tanah kepunyaan KTMB hendak digadai. Kononnya tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini. Stesen yang berusia 78 tahun ini yang menjadi bukti bahawa Singapura dan Malaysia pada ketika dahulu adalah satu - dan bukti ini cuba dipadamkan!


Pemimpin Singapura memang cerdik, kerana rakyatnya yang cerdik. Manakala pemimpin Malaysia ini bodoh kerana dipilih oleh orang-orang bodoh. Sekumpulan bodoh akan melantik bodoh dikalangan mereka untuk dijadikan pemimpin. Dan orang bodoh makanan orang pandai.


Orang-orang Melayu masih lagi marah kerana ada pemimpin pembangkang yang lebih suka berpakat dengan orang bukan Islam untuk meraih kuasa tapi pada masa yang sama membutakan diri apabila pemimpin negara melutut kepada negara lain. Pergi jahanamlah dengan ayat "siapa lagi yang nak tolong orang Melayu kalau bukan kita," - woit! Apa yang kau buat apabila satu demi satu kedaulatan negara tergadai disebabkan oleh pemimpin Melayu?


Mak cik dan pak cik Felda tahu dan fahamkah benda-benda ini semua? Mana perginya pejuang-pejuang Melayu tulin kita? Bullshitlah! Orang Melayu tak akan sedar! Percayalah.


Selepas ini kawasan mana pula yang menjadi mangsa? Pulau Pisang? Apa gunanya Jabatan Laut Malaysia jika rumah api di pulau tersebut dikawal selia oleh Singapura?

1 comments:

anak harimau tentera semut said...

org melayu yg senang di bodoh kan.. ade ke cakap "ko tgk..kalau xder UMNO org luar xkenal kita... KLCC,SEPANG F1 dan lain2..org lain boleh buat???" kahkahkah.... memang betul bodoh ni cakap..tapi tu semua bukan untuk rakyat BODOH!!.. itu utk anak bini babi dorg!