Sunday, May 23, 2010

Satu Lagi "Perjudian"



Hizb Tahrir menolak demokrasi dan mengatakan bahawa demokrasi itu adalah warisan penjajah dan ianya haram diamalkan. Untuk menguatkan hujjahnya, mereka berkata dalam pilihanraya terdapatnya unsur perjudian iaitu sewaktu calon pilihanraya membayar wang deposit/wang pertaruhan. Dan ia sama dengan judi. Itu salah satu sebab Hizb Tahrir menolak demokrasi.


Jawapannya.. Apa bezanya pertaruhan dalam perjudian dan wang pertaruhan dalam pilihanraya? Bezanya ialah jika kita berjudi, kita bertaruh kemudian balik rumah dan goyang kaki. Tanpa perlu buat sebarang pekerjaan untuk memenangkan kita. Tapi sebaliknya dalam proses penamaan calon dalam pilihanraya, selepas selesai urusan wang deposit dan lain-lain, calon yang bertanding tidak balik goyang kaki. Mereka berusaha menemui pengundi dan berkempen sehingga tak cukup tidur untuk memperolehi kemenangan.


Itulah bezanya di antara wang pertaruhan judi dengan wang pertaruhan dalam pilihanraya. Jika berjudi, si pelakunya tidak perlu berusaha, sebaliknya dalam pilihanraya, calon perlu berusaha untuk menang. Inilah hujah TGNA dalam salah satu ceramahnya berkenaan orang yang berhujah mengatakan wang pertaruhan dalam pilihanraya adalah salah satu bentuk perjudian.

3 comments:

Isa said...

Salam bro,

"Pak Awang memperJUDIkan nyawanya di lautan demi nafkah keluarganya"

"Pak Awang memperTARUHkan nyawanya di lautan demi nafkah keluarganya"

Haram atau Halal bro..??? ha..ha..ha...

Reformis Jalanan said...

@Isa


Entah bro. Gua tak pandai bab-bab hukum ni. Pergi tanya mufta Harussana sini. kah kah kah

yassir said...

Di dalam parlimen demokrasi warisan penjajah laknatullah -

"Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." Surah Al Maaidah (45)

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." Surah Al Maaidah (46)

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik" Surah Al Maaidah (47)

jika hanya putuskan guna akal semata tanpa rujuk Al Quran dan SunnahNya. Adakah mereka ini kafir atau zalim atau fasik???