Sunday, May 30, 2010

Memerangi Golongan Pelampau Islam



Golongan-golongan pelampau ini, mereka menjadikan Ma'alim fit Toriq karya Syed Qutb sebagai panduan mereka dan mencontohi gaya pemikiran dan penentangan Syed Qutb yang agak radikal. Syed Qutb, hanya melihat dunia ini hanya ada 2 warna, iaitu hitam dan putih - sedangkan warna-warna ini bukan setakat 2 warna itu sahaja, banyak lagi bukan? Merah, biru, hijau, kuning, dsb? Masyarakat hanya terbahagi pada dua, Islam dan Jahiliah. Parti politik pun terbahagi kepada dua, Parti Allah (Hizbullah) dan parti Syaitan (Hizbus Syaitan).


Syed Qutb melawan kefasikan Gamal Abdul Nasir dengan dakwah cara kekerasan. Akibat daripada itu, dia dihukum gantung. Sebelum itu, harus diketahui bahawa Syed Qutb pernah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan di dalam kabinet Gamal Abdul Nasir. Tapi Syed Qutb menolak dengan beralasan tidak rela bersekongkol dengan kerajaan Jahiliyyah. Saya tak pasti apakah Syed Qutb sedar atau tidak bahawa jawatan itu merupakan jawatan yang strategik untuk misi Islamisasi sesebuah negara.


Sekarang, contoh-contoh di atas cuba diterapkan di Malaysia. Mereka cuba menganggap suasana dan iklim di Malaysia tidak ada beza dengan negara Timur Tengah. Golongan ekstremis ini yang menggelarkan diri mereka sebagai pencinta agama terus menerus mempromosikan perjuangan mereka tanpa memikirkan kesan dan fitnah yang bakal timbul terhadap agama Islam hasil daripada tindakan mereka itu. Mereka mahu merobah keadaan yang sedia ada sekarang ini dengan sekaligus. Maksud saya, merobah secara total daripada suasana yang so-called jahiliyyah ini kepada Islam. Nampak macam menarik tapi...


Pernahkah terlintas di fikiran tentang pemahaman masyarakat di Malaysia yang mempunyai berbeza-beza pandangan tentang agama Islam? Sama ada orang Islam itu sendiri mahupun orang bukan Islam. Dakwah pada zaman ini, tidak sama dengan dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad sewaktu baginda menerima wahyu dahulu. Nabi Muhammad menyampaikan Islam dalam keadaan masyarakat Jahiliyyah tidak pernah tahu dan dengar pun apa itu Islam? Mungkin jika masa itu kita berada di sana, dan bertanya pada mereka (masyarakat Jahiliyyah) tentang Islam, pasti mereka akan bertanya kita balik, "Islam? What the heck is that?" - wow! Arab Jahiliyyah speaking English you!


Maksud saya, masyarakat Arab Jahiliyyah tidak pernah tahu apa itu Islam sewaktu Nabi mahu memulakan dakwah. Tapi - pada zaman sekarang, abad ke-20, hampir semua orang tahu apa itu Islam. Mereka mengenal perkataan "Islam" itu dan mempunyai pandangan tersendiri mengenai agama ini. Ketika inilah dakwah secara hikmah diperlukan. Islamisasi secara beransur-ansur, memberi kefahaman secara sedikit demi sedikit, bukannya hentam semua terus macam golongan-golongan ekstremis/pelampau ini, yang teruja dengan ideologi Syed Qutb.


Dalam Islam, golongan non-Muslim mempunyai hak mereka tersendiri. Dalam hal ini, saya menyokong pendapat Imam Hanafi, yang melihat dunia ini terbahagi kepada dua, iaitu dunia Islam dan dunia bukan Islam, di mana dunia bukan Islam ini harus dihormati hak-hak mereka. Tidak seperti pendapat Imam Syafi'e yang melihat dunia ini hanya dunia Islam sahaja. Apabila Islam memerintah, orang bukan Islam tidak dibenarkan menjalankan hak mereka seperti berjual beli perkara-perkara yang diharamkan seperti arak dan babi.


Hari ini, pendekatan yang patut dijalankan terhadap masyarakat ialah terangkan Islam dalam konteks berpaksikan keadilan untuk semua. Bukan tergopoh-gapah menerangkan serta memaksa orang ramai menerima bahawa syariat itu mesti ditegakkan. Golongan inilah, sebaik saja mendapat kuasa, perkara yang pertama-tama yang terlintas di fikiran ialah mengharamkan itu-ini-itu-ini. Masyarakat akan beranggapan Islam adalah agama yang tidak menjamin kebebasan dan ini menyebabkan akan berlakunya penolakan terhadap Islam itu sendiri. Kuncinya, dakwah pakai akallah, bro!


Saya, membesar dalam sistem pendidikan Islam semenjak kecil hingga sekarang. Dahulu saya akui saya juga pernah berfikiran ekstremis sebegitu. Tetapi, alhamdulillah setelah melalui beberapa fasa pencerahan, saya pada hari ini jauh berbeza dari dahulu. Cuba bayangkan, orang yang mendapat pendidikan Islam dengan secukupnya macam saya inipun rasa menyampah apabila golongan pelampau ini menyebarkan idea gopoh mereka, apatah lagi dengan orang yang bergelumang dengan gaya hidup yang tidak sihat, serta orang bukan Islam - apakah mereka boleh menerima dakwah sebegini?


Inilah pemikiran yang berjaya diterapkan oleh Syed Qutb... Sekali lagi, pernahkah terfikir apakah umat Islam pada zaman sekarang yang kebanyakannya menganut berbagai-bagai ideologi dari Barat ini berminat dengan Islam apabila hujah Syed Qutb seperti ''Islam itu lengkap, tidak perlu mengimport mana-mana unsur di dalamnya,". Apa jawaban golongan libertarian, demokrat dan sosialis yang mana mereka juga mempunyai hujah bahawa ideologi mereka itu ada persamaan dengan Islam?


Ini Malaysia, bukan Timur Tengah.

7 comments:

SearchForHeaven said...

aloooooooo...

lu punya pendapat ni.. dapat wahyu dari mana??..
sejarah ISLAM lu baca tak ni??
tawarikh tamadun ISLAM.. lu kaji dari siapa??..

siapa teruja dengan syed Qutub?? siapa yang Tak?
Siapa ekstemist ISLAM??

pergh...

kalau ikut susunan perkataan lu..
cara lu define and eloborate pejuang ISLAM sebagai extremist.. cam amerika labeling pejuang kemerdekaan di negara2 ISLAM!!

SearchForHeaven said...

satu lagi.. cuba lu quote kata2 Imam syafii tu..
dalam Kitab Ape??
AL UMM ke??
dalam fasal ape??
fekah atau Siasah syariat??

lu main sedap je.. jangan timbulkan fitnah pada orang yang tak tahu...

wa tak pernah jumpe lagi IMAM Syafii punya tulisan makna cam tu..


kalu lu boleh tunjukkan di mana..
bleh wa tambah ilmu..

Admin said...

Hahaha..aku bersyukur kerana tidak dikurniakan perangai taksub mentaksub ini.. Terasa ke? Senang cerita, aku benci perjuangan ala Taliban.

SearchForHeaven said...

erm..
bro..
perangai taksub mentaksub??

taksub dengan penghambaan sepenuh hati kepada ALLAH dua perkara berbeza..

Ilmu alim Ulama.. berbeza dengan ilmu orang awam..

sebab tu..
cuba lu nyatakan di mana Kata2 Imam syafii yang lu maksudkan itu..

baru berlaku pencerahan..

lu kata lu benci perjuangan ala Taliban!!
lu dapat cerita darimana TAliban tu zalim dan ortodok??
taliban mana yang tak flexible..

kalu lu dapat maklumat dari media Amerika mengatakan Taliban Ganas..

kenapa ada plak wartawan Wanita Amerika yang peluk ISLAM selepas ditawan TALIBAN???

mana satu cerita yang boleh dipercayai??

Lu cakap bersyukur lu takde perangai taksub-mentaksub..

wa nampak lu taksub kepada keamanan lebih dari nilai ISLAM laa bila lu tulis camni..

hehehe.. wa nampak melalui penulisan la....
penulisan lu macam cermin bagi penulis..

tapi..
dalam BAB ini..

ALANGKAH baiknya..

kalau Lu nyatakan Di mana wa boleh jumpa kata-kata Imam Syafii yang Lu nmaksudkan!!

SearchForHeaven said...

Salam..

sorry laa sebelum ni.. kalu komen ambe kasar sedikit.. tapi itu response pertama bila tuan menulis tanpa menetapkan sumber2 sepatutnya..

sekali lagi.. sebagai pencerahan..

ambe mahu kepastian dari tuan tentang

kenyataan ini, dari mana tuan ambik?..

""Tidak seperti pendapat Imam Syafi'e yang melihat dunia ini hanya dunia Islam sahaja. Apabila Islam memerintah, orang bukan Islam tidak dibenarkan menjalankan hak mereka seperti berjual beli perkara-perkara yang diharamkan seperti arak dan babi.""

jika tuan berpegang pada yang Benar tetap benar, Yang salah tetap Salah.. mohon diberi pencerahan tentang penyataan ini!!!

baru kita dapat mencari kebenaran dalam berhujah...

------

wa hanya mahu membetulkan mana yang silap..
wa pun bukan ulama maaaaa...
wa hanya network engineerr..
wa profesional..
belajar plak kat dunia sekular..

sebab tu wa mahu pencerahan dalam kenyataan lu ni..

sebab lu belajar dalam suasana yang lebih islami..

Harap dapat dipenuhi jika betul mahu jadi reformis...

Admin said...

Aku tak mahu ulas panjang-panjang. Susah berhujah dengan orang yang benci kita ini. Kalau benci, apa yang kita tulis dia tak terima. Asyik cari kesalahan.


Aku cadangkan engkau periksa balik perbandingan pendapat antara mazhab dalam bab Fiqh Muamalat.


Dalam mazhab Syafie, barang yang tidak mendatangkan manfaat terhadap orang Islam seperti arak dan babi tidak dikira sebagai harta. Dengan itu, tidak boleh dijadikan brg dagangan.

SearchForHeaven said...

wa benci lu ke??..
rilek laa bro..

lu punya tulisan takde laa salah semua..

betul laa.. ada yang tak faham perjuangan Politik ISLAM..

tapi bila lu buat perbandingan syed Qutb dan sebagainya...

lu pandang perjuangan orang lain tak ada strategi..
lu mau berjuang dalam keadaan senang je..

lu kata pendapat Syafii.. melihat dunia , hanya Dunia ISLAM sahaja..
..

lepas tu.. bila wa tanya.. dalam fiqh Muamalat jer la plak..

Dalam pembangunan Negara ISLAM..
yang Imam Syafii gariskan itu bila memerintah..
Sebagai Pemerintah Yang Takutkan ALLAH..
Ulama Yang Takutkan ALLAH..
adakah patut melambatkan Suruhan ALLAH???

dalam menghapuskan Judi dan Arak..
wa rasa, banyak article bagaimana TG Ustaz Fadhil Nor jawab soalan pasal isu arak dan Judi ni..

Bro..

perbincangan Iman sesama ISLAM berbeza dengan perbincangan Politik secara global..

kalu bende ni lu pun nak korek jadikan isu...

ermmm... macam isu khilafiyah laa..
bila nak bersatu nyerrr...

apa kata bertolak ansur dlm khilafiyah..
dan bersatu dalam Aqidah...

cukuplaa tu..