Monday, December 14, 2009

Membalas "Artikel Busuk" Zulkiflee Bakar

Pendahuluan


Hari Sabtu ini (19 hb) satu konvensyen Pakatan Rakyat bakal diadakan di Shah Alam bagi membincangkan hala tuju ketiga-tiga parti komponen PR. Satu persefahaman perlu dicapai untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pengganti kepada BN seterusnya menumbangkan UMNO/BN pada PRU yang akan datang. Perjuangan ketiga-tiga parti tersebut perlu diselaraskan walaupun berlainan fahaman.


PAS bakal menjadi pak turut?


Konvensyen belum lagi dibuat, kenapa sudah membuat kesimpulan? Kenapa mahu membandingkan PR dengan BN (ada parti taiko dan parti pak turut)?. Kalaulah bukan kerana permainan UMNO/BN, isu ini hampir sama sekali tidak timbul. Yang ada hanyalah isu perbedaan pendapat dek kerana berlainan ideologi. Inilah kelemahan dan kebodohan orang Melayu, belum mencuba tapi sudah membuat andaian dan kesimpulan.


Sesetengah ahli dan pemimpin PAS menyuarakan kebimbangan jikalau perkara ini benar-benar terjadi (hala tuju dan matlamat asal PAS tersasar), adakah PAS menjadi seperti pengecut yang tak reti bersuara? Oleh kerana PAS juga adalah parti yang ditunjangi oleh orang Melayu, maka ciri-ciri perangai buruk orang Melayu pasti terserlah. Mereka tak pandai berpolitik seperti orang Cina. Orang Melayu hanya tahu berdiam diri jika hak atau bahagian mereka disentuh, mereka tidak pandai bersuara serta mendesak (kononnya baik lah tu!).


Adakah PAS tidak boleh mengugut akan keluar dari gabungan jika suara mereka tidak diendahkan?


Perjuangan dan Ideologi


Tak ada parti yang mampu memerintah negara seorang diri di dalam mana-mana negara demokrasi. Satu pakatan dengan parti lain diperlukan untuk membina kerajaan campuran. Di Malaysia, hendak atau tidak, sama ada PAS, PKR, atau DAP perlu melupakan seketika agenda politik mereka demi melaksanakan perubahan di dalam negara. Jika mahu terus bersatu dan bekerjasama untuk menumpaskan kezaliman, kebejatan, dan kebobrokan UMNO/BN, mereka perlu menumpukan persamaan di antara mereka dan jangan dipandang sebarang perbedaan ideologi.


PAS perlu ingat, Ustaz Fadzil Noor pernah berkata, perkara utama (isu besar) yang akan dilakukan jika barisan pembangkang memerintah negara ialah menghapuskan segala penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, dan pencabulan hak asasi. Itulah perubahan besar yang mula-mula sekali akan dilakukan. Kenapalah pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS sekarang ini tidak mencontohi kebijaksanaan almarhum Ustaz Fadzil, dan lebih bersikap ekstrim (contohnya seperti Ketua Pemuda PAS, al-Thontowwi).


Perjuangan Islam dan Membela nasib Melayu?


Perjuangan Islam semestinya PAS kena utamakan. Kenapa pula PAS tak boleh mempertegas perjuangan Islam jika PAS, PKR, DAP nanti membentuk satu parti? Hendak berdakwah dan meluaskan Islam pun kenalah dengan hikmah (bijaksana). Takkanlah lepas tawan Malaysia, terus nak laksanakan hudud tanpa kefahaman yang menyeluruh diberi kepada rakyat? Kena ingat, ada banyak isu besar yang perlu diselesaikan jika memerintah negara nanti. PAS boleh bermula dari bawah jika mahu memperjuangkan Islam. Bersihkan masjid daripada sebarang pengaruh dan anasir yang tidak elok. Terapkan nilai-nilai Islam di dalam sistem pembelajaran.


Nak membela nasib orang Melayu? Habis macam mana pula nasib bangsa lain yang tertindas pula? Senang cakap, kalau ada pemimpin PAS membangkitkan isu Melayu, lebih baik korang semua berambus dan masuk UMNO. PAS patut membedakan perjuangan parti dengan semangat assobiyah, kenapa hanya fikirkan satu bangsa sahaja?


Pembahagian Kerusi


Ada juga pemimpin PAS yang bimbang PKR pasti akan menuntut kerusi yang strategik dan merupakan tempat selamat bagi pembangkang. Takkan PAS tak boleh bersuara? Tolong hapuskan perangai tak guna orang Melayu yang hanya tahu diam jika hak dan milik mereka disentuh/dirampas/diusik. Tidak dinafikan bahawa PKR banyak mengambil kerusi yang strategik yang sebenarnya milik PAS. Walaupun semangatsatu parti, tak bermakna PAS tidak boleh bertegas. Yang sedia ada itu cukuplah untuk PKR.


PAS parti pak turut?


Ya, PAS akan menjadi seperti bodoh dan pak turut seperti yang diandaikan oleh penulis terbabit jika PAS tidak cerdik dalam berpolitik. Kononnya, PAS menjadi Pak turut di Selangor dan Perak. Di Selangor, PAS menjadi pak turut atau penimbul masalah? Isunya hanyalah perbedaan pendapat, tapi tindakan PAS lah yang membuatkan UMNO mempunyai modal untuk menyerang pakatan pembangkang. Di Perak, apa buktinya PAS menjadi pak turut? Kerana YB NIzar memberi tanah kepada orang Cina? Tak baca ke yang itu adalah sebahagian dari manifesto PAS/PKR pada PRU-12. Lagipun kenapa tak gembar gemburkan YB Nizar ada memberi tanah kepada orang Melayu di Kampung tersusun dan juga sekolah pondok di Pengkalan Hulu?


PAS Ada Kekuatan Sendiri Tapi Tak Mungkin Mengecapi Kemenangan Besar


Memang benar, PAS mempunyai kekuatan dan penyokong tersendiri. Tambahan pula mempunyai jentera yang kuat dan agresif. Tapi PAS tak boleh mendabik dada kerana jika hanya bergantung pada itu, PAS hanya boleh bertapak di beberapa kerusi di Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, dan Perlis. Tapi ingat! Hanya beberapa kerusi. PAS hanya boleh memerintah seorang diri di Kelantan sahaja. Kalau macam inilah, sampai kiamatlah PAS menjadi pembangkang di negara ini dan amat mustahil untuk menawan Malaysia dan merealisasikan cita-cita mereka jika dilihat suasana iklim politik di negara ini.


PAS tidak mentadbir Kedah dengan kekuatan sendiri tapi dengan adanya bantuan PKR. PAS boleh mentadbir Terengganu? Itu hanya mimpi. Jangan dikenang kemenangan silam pada 1959, itupun kerajaan campuran dengan Parti Negara. Kemenangan 1999? Jika bukan kerana kes Anwar Ibrahim, Terengganu tak akan jatuh ketangan PAS. Jangan berlagak sangat (pesanan kepada sesetengah pemimpin dan penyokong PAS yang syok sendiri).


Memanglah PKR tidak mempunyai kekuatan tersendiri dan bergantung pada PAS, dan DAP pula bergantung pada pengundi-pengundi Cina, tapi penulis artikel tersebut perlu juga sedar, tanpa sokongan parti lain, PAS juga tidak boleh bertapak di beberapa kawasan orang bukan Islam, yang undi mereka tidak boleh dipandang ringan dan boleh dijadikan penentu. Selama ini kawasan tersebut tidak pernah ditembusi oleh PAS.


Kesimpulan


Beberapa andaian buruk telahpun dibuat untuk meracuni pemikiran rakyat sebelum daripada tarikh konvensyen diadakan. Sikap prejudis seperti itulah yang membuatkan parti tidak akan ke mana-mana, sekadar menang di tempat yang sama. Penulis artikel busuk tersebut seolah-oleh "menyucuk" pembaca supaya perjuangan Islam tidak akan berjaya dengan parti-parti pembangkang yang lain dan hanya berjaya dengan parti yang bermajoritikan orang Melayu.

1 comments:

Mat Amin said...

Salam

mengajak pembaca semua menghayati ucapan Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Kini Dan Silam. Ucapan itu merupakan petunjuk yang amat berharga bagi semua untuk perjuangan hari ini

http://matamin02.blogspot.com