Wednesday, December 16, 2009

Kerajaan UMNO/BN Hampir Ditumbangkan

Najib dan Muhyiddin meninggalkan Parlimen dengan wajah yang malu kerana hampir dikalahkan.



By : Admin


Kerajaan biasanya boleh dianggap tumbang apabila bajet yang dibentangkan tidak diluluskan. Beberapa malam lepas, undi bahagian telah diadakan di Parlimen bagi meluluskan Bajet 2010. Cadangan tersebut dimulakan oleh MP Segambut, kemudian disambung oleh MP Ipoh Barat. Pembangkang mempunyai peluang cerah untuk memalukan kerajaan pimpinan Najib kerana pada waktu itu jumlah MP Barisan Nasional hampir menyamai jumlan MP Pakatan.


Biasalah suasana dewan rakyat di Malaysia, kita boleh lihat di siaran langsung banyak kerusi MP Barisan Nasional kosong. Biasanya jumlah mereka 50 atau 60 orang. Sedangkan MP Pakatan 80 lebih. Tapi sayangnya kerana ada juga MP Pakatan yang suka ponteng. Kalau tidak, pasti sejarah sudah tercatat pada malam itu. Undi di sebelah kerajaan hanya melebihi 2 undi saja.


p/s : Kepada MP-MP Pakatan yang tidak hadir, kamu semua ini bekerja untuk kepentingan diri ataupun untuk rakyat???

0 comments: