Sunday, December 20, 2009

Geng Perpaduang Tak Pernah Putus Asa

Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama. - Sinar Harian


RJ : Tak habis-habis lagi. Berpuluh tahun berkecimpung dalam dunia politik, masih lagi tak nampak bahawa UMNO sekali-kali tidak pernah insaf dan hanya sekadar mahu mengambil kesempatan di atas peluang yang terbuka memandangkan mereka dalam keadaan lemah. UMNO memang tak boleh dipercayai. Nak bekerjasama dalam beberapa hal, boleh, tapi biar UMNO nyawa-nyawa ikan dulu, bukan kuat macam sekarang ni.


Beberapa hari lepas, Hj. Hadi dan Mustafa Ali pergi bertemu Tengku Razaleigh. Yang syoknya, Mustafa Ali kata kat tok guru Nik Aziz, "doh tak ada apa-apa doh, Anwar pun tak boleh pertahankan dia," - Hj. Hadi senyap membisu saja. Tapi Mustafa Ali menafikan adanya pertemuan itu, sedangkan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim menyatakan ada pertemuan, begitu juga dengan Ku Li sendiri.


Nota :
Nampaknya sebelum PAS memulakan kempen UMNO Pengkhianat Rakyat, PAS perlu lancarkan dulu pembasmian pengkhianat-pengkhianat dalam parti.

0 comments: