Wednesday, December 9, 2009

Anual Bakri Haron - Punca Krisis?


Ada sesetengah penulis blog yang mengatakan bahawa punca masalah dan krisis yang berlaku keatas kerajaan negeri Kelantan dan juga kemelut di dalam PAS berpunca daripada Setiausaha Politik tok guru Nik Aziz, Anual Bakri Haron (Gambar). Betul kah? Dan si Anual ini jugalah "pembantu sesat" tok guru Nik Aziz seperti yang didedahkan oleh Nik Abduh.


Adakah benar dakwaan-dakwaan di bawah :


1. Dia pernah ditampar oleh bekas Ketua UMNO Cawangan Bunut Payong yang bernama Cikgu Kadir di dalam satu majlis kenduri kerana Anual meminta Ketua UMNO Cawangan itu mengucap kembali.


2. Bergaduh dengan Setiausaha Akhbar tok guru sehingga tidak bertegur sapa kerana Anual ini mengambil teks-teks ucapan tok guru yang dituliskan oleh setiausaha akhbarnya untuk dimasukkan ke dalam buku.


3. Tidak jalankan tugas sebagai SETPOL, sebaliknya mempopularkan dirinya sebagai penyair dan penyajak.


4. Memberikan gambaran salah masyarakat kepada Tok Guru melalui tulisan-tulisannya yang caca merba tanpa fikrah yang jelas tetapi menggunakan nama Tok Guru. Tidak mempunyai asas didikan agama yang kuat tapi berlagak lebih Islam dari mereka yang bergelar Ustaz.


5.
Memaksa Perhubungan PAS Negeri, agensi-agensi kerajaan seperti SEDC atau orang-orang korporat yang rapat dengan Tok Guru membeli buku-bukunya kononnya di atas arahan Tok Guru. Keuntungan dari jualan buku-bukunya itu masuk ke dalam poketnya sendiri.


6.
Sering menghalang orang-orang parti atau orang-orang lain yang mahu menemui Tok Guru dari berbuat demikian tanpa sebab yang nyata.


Dan lain-lain lagi. Malas nak muatkan di dalam ini. Dalam al-Quran ada menyebut, jika sesuatu berita datang kepada kita, hendaklah kita selidik dahulu berita tersebut. Kononnya Anual Bakri dimasukkan ke dalam Pejabat MB oleh "Exco tertentu" dan segala laporan diserahkan kepada "Exco" tadi. Aik? Macam kes Kickdefella saja ni. Adakah ini satu lagi cara untuk jatuhkan Husam?


Nota :


Saya tak mempunyai apa-apa komen terhadap SETPOL tok guru ini. Tak berapa kenal sangat, setakat pernah berhubung/bercakap sekali dua tu adalah. Tapi pandangan peribadi saya terhadap Anual Bakri ini ialah beliau mungkin seorang yang malas menggunakan shampoo ketika mandi.


p/s : Lagi pula, wajah beliau seiras dengan wajah seorang abang yang menjual PSP games di Carrefour Ampang. Cuma yang bezanya ialah abang tersebut tidak bercermin mata dan rambutnya sedikit berwarna.

0 comments: