Thursday, December 17, 2009

Gaduh Berebut Takhta - Rakyat Dapat Apa?




Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak boleh mencabar keputusan kekandanya, Tengku Muhammad Faris Petra iaitu Pemangku Raja Kelantan, yang melucutkannya daripada senarai bakal pewaris takhta, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu pada hari Rabu.

Peguam Persekutuan Kanan Datin Azizah Nawawi berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mengadili isu berkenaan kerana keputusan Pemangku Raja melucutkan keanggotaan Tengku Muhammad daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan. - Malaysiakini


Takhta punya pasal nak bergaduh. Kenapa? Jadi papa kedana ke kalau tak boleh naik takhta? Pewaris pun belum tahu lagi yang sembahyang atau tidak. Gaduhlah, gaduh banyak-banyak. Biar rakyat semua celik tentang perangai busuk mereka ini. Selama kewujudan mereka ini, apa untungnya kepada rakyat? Apa sumbangan mereka kepada rakyat? (bukan di Kelantan saja, di mana-mana negerilah). Nak pecat pengarah agama yang yang korup dan tak guna pun mereka inilah yang jadi batu penghalang.


Lepas tu kerabat-kerabat mereka boleh buat apa saja di negara ini macam negara mak bapak mereka sendiri. Pergi kelab malam buat hal. Arak dah jadi semacam minuman rasmi. Dah tentu jenis tak sembahyang ni. Macam mana nak jadi Ketua Agama dan Adat? Dengan duit elaun yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka semua ni, rakyat-rakyat di Malaysia sudah tentu mendapat banyak manfaatnya. Dah la ramai. Kalau 1 sultan saja di Malaysia ini tak apalah juga.


Apa sebenarnya tugas mereka ini kepada negara? Tengok pada keadaan sekarang, tak ubah seperti patung boneka. Perabiskan duit adalah. Tengok apa yang berlaku di Perak sudahlah.


Malaysia - Ke Arah Negara Republik

1 comments:

Wardah Sakinah said...

nak kutuk2,kutuk gak
tp jgn kutuk tengku faris bro
rakyat tau kenapa T.faris buat begitu
t.faris tak sm dgn putera raja lain