Posted by : Admin
Pemimpin-pemimpin tertinggi PKR patut memantau sebarang masalah atau pergolakan dalaman parti di mana-mana parti. Usah hanya fokus untuk menambah ahli dan memenuhi cita-cita orang tertentu, sehinggakan masalah yang menimpa hanya dianggap sekadar lalat sahaja. Terbaru adalah mengenai masalah dalaman PKR Terengganu, di mana salah seorang bekas pemimpin PKR negeri ini merancang satu komplot untuk menyingkirkan Ketua AMK Negeri, Fariz Musa. Sehinggakan bekas pemimpin ini mempersoalkan tindakan Fariz yang berjumpa dengan Haji Hadi untuk membuka cawangan baru di Terengganu.
Menurut Fariz Musa, bekas pemimpin inilah (yang juga merupakan sahabat beliau sendiri) yang bertanggungjawab dalam perbincangan dengan pemimpin PAS Terengganu sehinggakan pada PRU-10 (1999), PKR hanya dapat bertanding di 2 kerusi sahaja iaitu DUN Telemong dan Parlimen Kemaman. Dan juga membuatkan PKR hanya seolah-olah "melukut di tepi gantang". Sekarang ini, bekas pemimpin PKR Terengganu itu telahpun berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk memecat Fariz Musa sebagai Ketua AMK Terengganu. Nampaknya inilah politik Melayu, penuh dengan hasad dengki dan tikam menikam dari belakang.
Nota :
Persoalan PKR adalah sekadar "melukut di tepi gantang" itu memang benar, kerana di kawasan Timur, PAS lebih sinonim di sini. Walau sepopular manapun PKR, ia akan ditenggelami oleh imej PAS di kawasan Pantai Timur. PKR hanya boleh bergerak dengan cemerlang di kawasan Utara dan juga kawasan Pantai Barat. Sejak dari dulu lagi, kawasan-kawasan Timur (terutamanya Terengganu dan Kelantan) dikenali sebagai kawasan lingkaran hijau.
Kerusi PKR di Terengganu bertambah pada PRU-12 lepas. 3 kerusi DUN dan 2 kerusi Parlimen. Bilangan ini sudahpun memadai, kalau banyak-banyak kerusi pula, bimbang jugak nanti akan ada yang menjelma jadi katak hehehe. Masa PRU-12 dulupun dah ada masalah berebut nak jadi calon di N14 DUN Bandar. Di antara Dr. Manaf dengan Ng Chai Hing (sekarang ini pengerusi DAP negeri). Akhirnya Dr. Manaf yang dapat jadi calon. Tapi kalah dalam pilihanraya. Ada baiknya Dr. Manaf ini kalah, kerana sikap dan personalitinya sewaktu kempen tidak menepati sebagai seorang Yang Berkhidmat (YB). Sombong, tidak mesra - lagipun Dr. Manaf (Ketua PKR Cabang Kuala Terengganu) adalah bekas Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang pernah menyerang pimpinan PAS Terengganu suatu ketika dahulu. Adakah boleh dipercaya orang macam dia ini boleh menjadi seorang wakil rakyat yang baik?
p/s : Pemimpin PKR kena baiki dalaman parti itu, begitu juga PAS. Sama-sama ada krisis dalaman. Kalau ini berterusan dan menjadi semakin teruk, macam mana nak dapatkan kepercayaan rakyat???
0 comments:
Post a Comment