APA SEMUA INI?? WHAT IS THE MEANING OF THIS???
Ada sesiapa lagi yang masih ingat, siapa ye yang mengeluarkan amanat yang berbunyi begini ;
" Saudara-saudara sekelian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad. Derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku." - 1981
Kerana ucapan beginilah berlakunya pertelingkahan, pemulauan, pergaduhan dan pembunuhan diantara orang PAS dan UMNO. Sekarang (2009), cuba lihat ucapannya :
"PAS tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu. Sesetengah pihak salah anggap peranan PAS di parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul. Dalam perbahasan di parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan.
Takkan asyik nak bergaduh saja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik."
Gila apa kalau hanya perbedaan pendapat? Kalau macam itu tak ada bezalah PAS dengan UMNO.
"Jihad yang paling afdhal ialah bercakap benar," - ucapan di Konvensyen blogger PAS.
Bercakap benar?
1. Didedahkan adanya beberapa pertemuan dengan pemimpin UMNO, mengapa dinafikan?
2. Kata idea Kerajaang Perpaduang telah dibincangkan dan dipersetujui dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat, PKR setuju, DAP pun setuju, tapi kenapa Lim Guan Eng menafikan adanya perbincangan itu??
Sumber berita yang lain :
KUALA LUMPUR, Dis 20 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pakatan pembangkang yang dianggotai PKR, DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Kata Anwar Ibrahim :
SHAH ALAM, Dis 21 — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesemua komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya telah bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan formal.
Ia kini dalam proses pendaftaran.
Sehubungan itu kata Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah faham.
“Kami telah membaca kenyataan beliau dalam konteks yang sesuai kerana keputusan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat adalah persetujuan kami,” kata Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata beliau bersama Hadi dan penasihat DAP Lim Kit Siang telah pun menyatakan persetujuan untuk mendaftarkannya di Pendaftar Pertubuhan.
Anwar mendakwa kenyataan Hadi itu kemungkinan merujuk kepada pelan formilasi yang belum lagi dipersetujui dan ia akan mengambil masa.
1 comments:
bodoh... lu hanya tgk masalah pada satu pokok. lu x tengok fenomena satu hutan.... lu x faham fiqh siasah. lu dah jauh termakan dgn geng2 anti-adab dan akhlak. lu bangga kononnya hebat dlm kebebasan bersuaar dlm jemaah. kalau betol ada agen umno dlm pas, dedahkan, biar sampai dia tertendang keluar dr pas. lu main agak2 je bro. geng2 separuh akal mcm lu main agak2 je. lu ingat TGNA tu bodoh sgt ke x tahu klu ade agen umno dlm pas? kalau ade pasal dia sendiri x tendang? suruh la dia fire agen2 umno dlm pas tu mcm dia fire ust nasha
Post a Comment