Tuesday, December 29, 2009

Bravo, Husam! You're The Man!


Konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara family matters dan state matters. Bukan sahaja legally, tetapi juga morally.


PAS - satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali.


Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah stake holder yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah.

Dilihat dari sirah Rasulullah, ada keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu. Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah s.a.w dan isu-isu itu pula bukan berbentuk monetary gain atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada public interest.


sampai kepada isu monetary gain, rule of law dan isu governance yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukan oleh baginda sendiri.
- weblog Husam Musa (http://cetusan-hati.blogspot.com)


Nota :


Akhirnya setelah sekian lama berdiam diri mengenai krisis berkaitan dengan keluarga Menteri Besar Kelantan, Husam Musa mula mengeluarkan pandangan melalui blog peribadi beliau. Ternyatalah bahawa urusan kekeluargaan patut dipisahkan dengan urusan pentadbiran. Tindakan mencampur adukkan kedua-duanya akhirnya membawa kerugian dan mengundang reaksi yang buruk daripada rakyat. Sekarang ini PAS sudah hampir-hampir menyamai UMNO dari segi kebebasan bersuara di dalam parti, sikap-sikap pemimpin yang beralih arah daripada memikirkan Islam kepada memikirkan bangsa Melayu, mengejar kedudukan dan jawatan, dan mementingkan ahli keluarga di dalam pentadbiran.


Ini adalah tindakan yang berani dan patut dilakukan oleh Husam, walaupun pada pandangan orang lain beliau seolah-olah menggali lubang kuburnya sendiri. Orang yang beranilah layak dihormati berbanding yang hanya berdiam diri apabila melihat pemimpin melakukan kesalahan, seperti syaitan bisu.

1 comments:

Anonymous said...

I'm with you, Husam.