Thursday, December 10, 2009

Apabila Si Pondan Lawan Bekas Boss

Oleh : Admin


Hampir 20 tahun dulu...


Nazri Aziz mengugut Tunku Abdul Rahman bahawa Tunku tidak akan disemadikan di makam pahlawan ekoran tindakan Tunku yang tidak habis-habis menyerang pentadbiran Mahathir. Nazri umpama seorang hamba yang setia berjuang untuk tuannya, memandangkan dia mendapat kedudukan di dalam UMNO atas ehsan Mahathir.


Tahun 2006...


Tampuk kepimpinan negara bertukar semenjak tahun 2003. Abdullah Badawi menggantikan Mahathir. Kerana Abdullah Badawi dilihat terlalu lembab dan kuat tidor, maka ia mengundang ketidakpuasan Mahathir terhadap penggantinya itu. Serangan demi serangan dikenakan terhadap pentadbiran Abdullah Badawi. Sekali lagi Nazri memainkan peranannya selaku hamba yang setia, menjilat tangan orang yang mampu memberi makan padanya - dengan mengisytiharkan perang terhadap bekas bosnya, Mahathir.


Tahun 2009...


Abdullah Badawi mengundurkan diri dan digantikan dengan isteri Rosmah, Najib. Isu modul yang digunakan di dalam kursus BTN dipersoalkan. Nazri mahu sistem itu dirombak semula, manakala Mahathir mahu ia dikekalkan seperti yang sedia ada. Berlakulah perang mulut. Nazri kata Mahathir bapa perkauman, Mahathir pula minta dia letak jawatan dan keluar UMNO.


p/s : Kalau Pak Lah pun bersuara, rasa-rasanya dengan Pak Lah sekali si Nazri ini tibai. Adakah orang seperti Nazri ini boleh dipercayai? Orang sepertinya berada di mana-mana parti. Hanya berkhidmat kepada sesiapa yang mampu memberi makan kepadanya.


Weyh, ini anak sapa? Muka dia macam....?

2 comments:

Anonymous said...

betul la tugas nazri sbg kuli kepada najib masa neh...

Admin said...

armouris,


Saya sudah baca. Tak berapa percayalah itu antara rahsia dia sihat dan kuat seperti sekarang. Rasa-rasanya masih ada lagi rahsia yang dia tak mahu kongsikan.


Kalau dilihat dari sudut lain, kesihatan yang baik diberikan kepada dia itu mungkin adalah istidraj!