Tuesday, December 29, 2009

Apa Ancaman Orang Tua Ini Kepada Negara?


Orang tua ini, nak berjalan pun orang tolong papahkan. Inikan pula nak mengangkat senjata. Saya hairan kenapa anak kelahiran Malaya sepertinya dihalang untuk pulang ke tanah air sendiri. Adakah disebabkan dia ini keturunan Cina? Mungkin.


Dunia pun sudah pening. Yang sepatutnya menentang penjajah dan membela tanah air dicop sebagai pengganas. Sebaliknya penjajah dan orang yang bekerja dengan penjajah yang bertapak di negara ini sejak ratusan tahun diangkat menjadi hero. Rela mereka membina tugu memerangi komunis daripada tugu memerangi British.


Sedangkan dalam masa yang sama Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Jepun dan Britain. Bukankah kedua-dua negara ini dahulunya pernah menjajah Malaya bahkan melakukan banyak kezaliman? Tun Razak Perdana Menteri Malaysia yang kedua pernah melawat China yang banyak memberikan bantuan kepada pergerakan komunis di Malaya. Inilah sikap buruk dan keji kaum Melayu, double-standard. Orang putih datang ke sini disambut. Sedangkan bangsa kulit putihlah yang bertanggungjawab membawa banyak kerosakan di Asia.


Mereka datang menjajah sambil menerapkan fahaman dan ideologi Barat, mencuri hasil galian dan bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian laknatullah di Asia. Saya sehingga sekarang terlalu membenci bangsa kulit putih (terutamanya orang Amerika dan Britain) kerana sikap dan tindakan mereka yang suka campur tangan dan mengambil tahu perihal orang-orang Timur (khususnya Asia Timur dan Tenggara) dari dulu sampailah sekarang. Merekalah bangsa yang membawa kerosakan. Mereka bangsa laknat. Tapi orang-orang Melayu bekerja untuk mereka.


Orang Melayu sanggup menjadi barua orang putih. Melayu-melayu yang bekerja untuk orang putih, menjadi pemandu, jadi askar tidak pula dicop sebagai pengkhianat negara. Bahkan sesetengah daripada mereka diangkat dan dijulang menjadi orang-orang hebat. Sanggup berlutut dan menghina diri mengharapkan belas ihsan orang putih untuk merdeka. Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, dan Tun Razak - mereka ini orang bawahan dan anjing kepada British laknatullah tapi diangkat menjadi pemimpin serta dihormati.


Orang yang bertungkus lumus menghalau orang putih dari sini pula dicop sebagai pengkhianat dan pengganas sehinggakan gelaran itu terpalit pada anak cucu mereka. Lebih malang lagi ada yang dinafikan hak untuk pulang ke tanah air sendiri. Seperti Chin Peng, tak dinafikan ada sesetengah komunis melakukan kezaliman dan keganasan. Tapi masa itu zaman perang. Kalau kau tak tembak aku, aku tembak kau. Sekarang perkara itu sudah berlalu. Perjanjian Baling dan Hadyai sudah termeterai. Yang sudah tu sudahlah. Chin Peng sudah tidak membawa apa-apa ancaman lagi kepada negara, melainkan ancaman kepada politik UMNO!

6 comments:

Mat Amin said...

Salam,

Terima kasih refomis jalanan atas pemberitahuan saudara. Dan terima kasih atas tulisan saudara berkenaan Chin Peng.

Akan saya muatkan di KINI DAN SILAM, Insaya Allah.

Setiap orang patut mendapat keadilan yang sesungguhnya, termasuk juga Chin Peng.

Admin said...

Terima kasih kerana membaca. Yang benar tetap benar. Kebenaran mesti dijelaskan. Keadilan hak milik semua.

shamshul anuar said...

Saudara,

Manusia diatas telah melancarkan perang keatas Malaysia dari zaman British memerintah hinggalah ketahun 1990.

Beribu-ribu askar mati, cacat. Ribuan wanita menjadi janda. Jutaan ringgit dihabiskan supaya manusia seperti saudara dan saya dapat hidup dengan aman.

Ini bukan rekaan. Aruah ayah saya semasda hayatnya banyak ceritakan kezaliman komunis. Saya masih ingat lagi seorang rakan ayah saya menceritakan beliau melihat sendiri abangnya ditikam dengan tombak.

Kalau saya jadi Pm pun, saya tak akan benarkan beliau kembali. Membiarkan beliau kembali samalah seperti meludah kemuka askar kita yang telah banyak berkorban

Banyak-banyaklah beristifar( jika saudara seorang Islam). Jagalah lidah dan jangan menghina aruah Tunku dan Tun razak yang banyak berjasa.

Perkara ini mudah saja. Jika "tuan rumah" tak sudi terima, apa kita boleh buat.

Janganlah saudara terpedaya dengan orang yang ingin mengubah sejarah dengan mengagungkan penjenayah perang ini.

Prof. Era Pasca said...

umno yang jahat! cerita sbnarnya dulu tunku abd rahman pernah berjanji selepas malaysia merdeka die akan menyambut kepulangan chinpeng ke malaysia kemudian akan menyokong komunis... sikap bermuka2 tunku abd rahman! dgn british jji lain, dgn komunis jji lain... tanpa komunis tiadalah merdeka malaysia nih...

Admin said...

Shamsul Anuar,


Jika diikutkan logik saudara, tidak membenarkan dia balik bermakna saudara sendiri mengiktiraf orang putih laknatullah, sekaligus meludah ke atas muka pejuang-pejuang terdahulu seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Bahaman, etc dan juga pengikut-pengikut mereka. Zaman itu hanya terdapat dua kumpulan sahaja, sama ada komunis ataupun kerajaan boneka orang putih. Saudara asyik memikirkan nasib askar-askar yang mati, janda dsb tapi tak fikir pula nasib mereka yang anti penjajah yang inginkan penduduk tanah Melayu yang jadi pemimpin, mereka diburu bertahun-tahun, hidup dalam kesusahan di dalam hutan, hidup di dalam pelarian, tak termasuk berbagai propaganda yang dijaja oleh puak-puak kafir kulit putih laknatullah.


Sampai hari ini imej mereka masih lagi kotor. Keturunan mereka juga turut menjadi mangsa. Yang mati itu nasib merekalah, ikut sangat orang putih laknatullah. Kereta orang putih masuk kampung semua pakat tengok macam jakun. Ditawar pekerjaan jadi hamba mereka berpusu-pusu yang terima. Lepas tu jadi tali barut mereka, jadi kuli mereka, jadi anjing suruhan mereka.


Tuan rumah tak sudi terima? Siapa tuan rumah? Najib? UMNO? ingat negara ini negara kepala bapak mereka ke. Chin Peng itu lahir disini, tempat dia membesar di tanah ini, kenapa dihalang dia pulang ke tempat asalnya?


Generasi seperti saudara inilah yang berjaya dibentuk oleh orang putih laknatullah melalui UMNO laknatullah supaya menerima kedudukan mereka di tanah orang. Bangsa celaka seperti orang putih inilah yang menjadi punca tanah Korea berpecah kepada dua.


Selepas mengalahkan Jepun secara pengecut dengan 2 butir bom atom, orang-orang Putih laknatullah ini tergesa-gesa mendarat ke selatan tanah Korea. Untuk apa? Untuk luaskan pengaruh jajahan mereka. Mereka bentuk kerajaan boneka di Korea Selatan (sama macam kerajaan boneka UMNO sebelum dan selepas merdeka). Korea Utara membantah dan melawan sebarang bentuk penjajahan bangsa asing. Akhirnya tercetuslah perang Korea 1950-1953, yang akhirnya membuatkan Korea sehingga sekarang berpecah menjadi 2.

Sr. luba said...

Saya sokong pendapat saudara. Kebanyakan pemerintah UMNO dulu berpendidikan british. Ideologi British ni lah sudah brain wash otak mereka, sehingga mereka hilang peribadi sendiri.

Saya pun x paham, apa pasal pemimpin UMNO takut dgn Cing Peng?

PENGAJARAN yang patut kita ingat melalui isi perjanjian HATYAI ialah jangan lah kita berjanji dengan orang yang tak boleh berpegang pada janji(UMNO)