Hukuman rotan bagi kesalahan berjudi. Ini peristiwa dari Aceh.
Sebagai seorang Muslim, cita-cita saya juga ialah mahu melihat negara ini ditadbir mengikut acuan Islam. Islam adalah jalan penyelesaian bagi satu-satu masalah. Masalah jenayah di Malaysia adalah diperingkat yang begitu kritikal. Semua tempat dirasakan tidak selamat, walaupun di dalam rumah sendiri. Penjenayah tidak takut dengan hukuman yang sedia ada, bahkan yang sudah dihukum pun ada lagi yang masih tidak serik-serik.
Satu bentuk hukuman yang boleh menggerunkan sesiapa yang mahu melakukan jenayah patut dilaksanakan di Malaysia supaya indeks jenayah menurun. Pokoknya, hukuman tersebut mestilah dijalankan di tempat awam. Yang terbaik tentulah hukum hudud dan qisas. Tapi memandangkan kerajaan Malaysia pimpinan UMNO sangat tidak mahukan Islam, ubahlah cara hukuman, dari tempat tertutup ke tempat yang terbuka, supaya semua orang boleh lihat hukuman yang dijalankan.
Hukuman gantung bagi pengedar dadah, contohnya. Tapi ramai pengedar yang tidak takut akan hukuman itu. Jadi caranya ialah mempamerkan hukuman itu di tempat yang terbuka, baru mereka tahu bahawa seksanya mati di tali gantung. Inilah saja caranya untuk membasmi kes-kes jenayah yang semakin meningkat.
6 comments:
Acuan...islam?
Penjenayah di tembak di leher ikut acuan mana?
Rifle tu buatan islam kah?
Peluru yg di gunakan?crane yg di gunakan?buatan arab saudi kah?
Islamkah yg di atas atau bagaimana?
Jenayah tetap jenayah,
Kita bangga islam sebagai penyelesai jenayah dan segala mcm kebobrokan dunia tp pd masa yg sama kita jauhkan org bukan islam dgn ..
Acuan...
Oh..inilah pemikiran org Melayu. Mcm2 sungutan.
Hukum hudud hampir mustahil dilakukan di negara ini selagi UMNO masih bernafas. Iya, tembak di leher bagi perogol itu bukan hukum Islam, tapi ianya cukup untuk membuatkan orang berasa gerun untuk melakukan jenayah, lebih2 lagi ia dijalankan di tempat awam. Kalau pemerintah dah memang tak nak kepada Islam, apa salahnya hukuman yg sedia ada ditukarkan dari dihukum di tempat tertutup ke tempat yg terbuka?
Tuan admin,
Pemikiran melayu byk bersungut?
Singkap sejarah manusia tuan admin, sebelum era nabi junjungan umat akhir zaman Muhammad s.a.w,umat2 terdahulu,peradaban terdahulu,mereka juga di hadapkan dgn capital punishment,hukuman depan khalayak,tetap jua kebejatan jenayah berlaku,singkap sejarah dinasti2 cina,mereka terkenal dgn hukuman khalayak,tetap juga jenayah saling berganti,malahan hukuman yg dijalankan jauh lebih kejam skala perbandingannya dgn gambar2 di atas,begitu juga susur galur sejarah masyarakat yahudi,tamadun maya dan kesultanan melayu nusantara sendiri,kesemua ini juga ada mengamalkan hukuman khalayak yg bermacam jenis,tetap jua jenayah berlaku n meningkat,
Tuan admin mengakui hukuman tembak di leher bukan hukum islam,jadi apa relevannya dgn hujah hudud dan qisas yg kita manusia muslim percaya?
Adakah semata2 kerana negara yemen di duduki majoriti islam maka hukum tembak di leher tersebut di wartakan sbg galang ganti hukuman islam,asalkan ia di khalayak maka ia wajar di terima sbg perbuatan yg selari dgn kehendak hukum jurispruden islam?
Matlamat tidak menghalalkan cara tuan admin,
Islam itu kan indah,jgn lah kerana berdendamkan umno nilai2 intelek tuan admin dibejatkan dgn kefahaman yg tidak tepat di 'khalayak ramai',yakni khalayak pembaca blog tuan,hehe,seakan akan dan seolah2 anda menghulurkan hujung rifle dan menarik picu tepat ke leher tuan sendiri!
Wasalam.
Kalau macam itu boleh kamu cadangkan apa jalan penyelesaian kepada masalah-masalah jenayah yg semakin kritikal di Malaysia ini? Ikut saja undang-undang dalam perlembagaan?
Cadangan@counter measures utk kes2 jenayah yg makin kritikal di malaysia?
Improve dan rombak sistem pendidikan.ni yg utama.
Improve taraf ekonomi rakyat terbanyak tak kira kaum. Masyarakat yg semakin kompleks strutur sosialnya perlu dicukupkan dgn kemampuan ekonomi utk terus hidup dlm era globalisasi.
Yg di atas tugas dominan kerajaan yg menganjurkan tema kebajikan rakyat.
Utk skop yg lebih kecil dan lebih realistik utk kamu dan saya lakukan,cukuplah dgn sentiasa berpesan pesan pada kebaikan,dan beringatwaspada pada yg berdarah kejahatan. Terus mendidik diri sendiri menjadi manusia,..
pembetulan admin..
gambar pada hukuman gantung di iran itu adalah puak syiah yang mengantung sunni..
fahaman sunni disana ditindas oleh syiah..
harap admin dpt tukar gambar dan tukar copywriting..
Post a Comment