Tuesday, February 24, 2009

ANTARA UMNO, PARTI NEGARA, S46, PKR, DAN PAS

Persamaan yang dimiliki oleh kelima-lima parti ini ialah semua parti ini ialah parti Melayu, diasaskan oleh orang Melayu, dan ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin Melayu. (walaupun PKR parti berbilang kaum, dan mempunyai pemimpin-pemimpin bukan Melayu, tetapi kebanyakan pemimpin tertingginya adalah Melayu).



CATATAN RINGKAS



UMNO




- ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Dato' Onn Jaafar dan matlamat asalnya hanyalah untuk menentang gagasan Malayan Union, bukan untuk perjuangkan kemerdekaan negara kerana parti ini menerima dasar-dasar British.



- Pada penghujung 80-an, pemimpin UMNO berpecah kepada 2, iaitu team A dan team B. Team A diketuai oleh Mahathir, dan Team B diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Hal ini terjadi akibat tindakan Ku Li yang mahu mencabar jawatan Presiden parti yang disandang oleh Mahathir.



- Tahun 1988, UMNO telah diharamkan oleh Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abbas ekoran laporan polis yang dibuat oleh Kumpulan 11 yang mendakwa beberapa perwakilan cawangan yang tidak sah turut mengundi dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO.



- Selepas daripada itu, Mahathir menubuhkan parti UMNO Baru, yang menggunakan lambang dan logo UMNO lama.



PARTI NEGARA (PN)


- ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar (pengasas UMNO). Dato' Onn keluar daripada UMNO kerana kecewa akibat ditentang oleh penyokong-penyokong UMNO kerana beliau mahu UMNO menjadi parti multi racial dan juga mencadangkan bangsa bukan Melayu mendapat taraf kewarganegaraan yang sah.


- membentuk kerajaan Terengganu bersama PAS pada tahun 1959.


- kerajaan campuran Terengganu tumbang akibat beberapa ADUN PN lompat ke dalam UMNO.



PARTI MELAYU SEMANGAT 46 (S46)








- ditubuhkan oleh Ku Li ekoran pengharaman UMNO tahun 1988. Dasarnya sama seperti UMNO.



- pemimpinnya terdiri daripada Team B. Antaranya ialah Rais Yatim (Timb. Presiden), Shabery Cheek, Shahrir Samad dan Radzi Sheikh Ahmad.



- Zaman kegemilangannya pada tahun 1990 apabila menang besar dan membentuk kerajaan Kelantan bersama PAS. Gabungan PAS-S46 ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU).



- Kerajaan Kelantan sedikit goyah apabila beberapa ADUN S46 lompat ke UMNO.



- Perjuangan S46 "mati" apabila diserap masuk kedalam UMNO selepas kalah teruk pada PRU-9 (1995).



PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)


- diasaskan oleh Dr. Wan Azizah pada April 1999 ekoran gelombang Reformasi yang tercetus akibat pemecatan dan penganiayaan yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


- asalnya adalah Parti KeADILan Nasional (PKN), kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 2003 dan membentuk PKR.


- memperjuangkanan keadilan semua kaum di Malaysia.


- parti multi racial, mempunyai pemimpin bukan Melayu. Walaubagaimanapun, parti ini masih ditunjangi oleh bangsa Melayu.



- memasuki zaman kegemilangan apabila menang besar pada PRU-12 dan bekerjasama bersama PAS dan DAP (Pakatan Rakyat) membentuk kerajaan campuran di Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.



- Terbaru : kerajaan PR Perak dilanda krisis akibatnya berpunca daripada 2 ADUN PKR lompat parti menjadi Bebas dan menyokong UMNO/BN.




Parti Islam Se-Malaysia (PAS)



- ditubuhkan pada tahun 1951, presiden pertama ialah Ahmad Fuad Hassan.



- al-Quran dan hadis sebagai dasar dan sumber rujukan.



- pemimpinnya asal daripada biro agama/ sayap ulama' dalam UMNO.



- keluar daripada UMNO kerana tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan.


- memerintah Terangganu bersama PN pada 1959-1961.


- menawan Kelantan pada tahun 70-an, tapi dirampas oleh UMNO pada 1978 dengan mengisytiharkan darurat di seluruh Kelantan.


- merampas kembali Kelantan pada 1990 bersama dengan S46.


- kerajaan Pas kekal di Kelantan hingga hari ini.


- merampas Terengganu pada PRU-10 (1999) tetapi hanya memerintah selama 1 penggal sebelum jatuh ke tangan BN pada 2004.


- dikenalpasti sebagai parti yang kuat di sebelah pantai Timur semenanjung dan juga sebahagian kawasan utara semenanjung. (Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, dan Kedah).



Persamaan antara PN, PAS, S46, dan PKR ialah keempat-empat parti ini adalah pecahan atau serpihan daripada UMNO.


Persamaan antara PN, S46, dan PKR ialah tidak mempunyai imej Islam.


Persamaan yang paling ketara antara ketiga-tiga parti diatas ialah budaya UMNO yang masih melekat dan sukar dibuang. Contoh : utamakan pangkat, kuasa, kedudukan, dan...wang. Budaya mengampu yang begitu menular terutamanya PKR. Kebanyakan yang berjawatan di dalam PKR tiada sewaktu era Reformasi 10 tahun dahulu. Jika ada, mereka tidak dapat bertahan lama, keluar parti kerana kecewa, wang, habuan, dan lain-lain seperti Ezam Mohd Noor, Abdul Ghani Haron, Lokman Noor Adam, Ruslan Kassim, Hamdan Taha, dll.


Dan persamaan yang PALING KETARA antara PN, S46, dan PKR : mempunyai wakil rakyat yang MELOMPAT PARTI.



Akan tetapi, budaya sebegini (lompat melompat) tiada dalam PAS walaupun PAS asalnya serpihan daripada UMNO. Dibuktikan pada tahun 2004-2008 PAS memerintah Kelantan dengan hanya lebihan 1 kerusi. PAS mempunyai 23 kerusi, UMNO 22 kerusi. ADUN PAS tetap dengan pendirian dan prinsip walaupun ada yang ditawar $5 juta untuk melompat kedalam UMNO.


PERSOALAN : Apakah rahsia PAS yang tidak terdapat pada PKR, PN, dan S46?
JAWAPAN : BAI'AH.



Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata baiahlah yang menyebabkan wakil rakyat PAS berpegang pada prinsip perjuangan Islam. Baiah jugalah yang mengelakkan wakil rakyat PAS lompat parti.


Baiah merupakan janji dengan Allah sekiranya mereka (wakil rakyat PAS) menipu, khianat, dan menyeleweng, mereka akan dilaknat oleh Allah dan malaikat dengan segala laknat.


Prinsip inilah yang tiada dalam parti lain, walaupun PAS adalah serpihan daripada UMNO yang sekular.

Kesimpulan : Hanya perjuangan Islam sahaja yang dapat menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat. Takbir!!!

6 comments:

onn said...

Budaya UMNO yg utamakan pangkat, kuasa, kedudukan, dan...wang serta hasad dengki adalah nilai-nilai yg ada pada setiap manusia.
Oleh itu budaya itu ada pada setiap parti politik.

Budaya lompat parti sudah terpahat dalam sejarah semua parti. Nama-nama Dato' Asri Muda, Hj Nakhaei Ahmad dan Malik Husin sudah tidak asing lagi.

Sebagai namanya Parti politik dan diterajui makhluk yg bernama manusia ianya tidak akan sunyi dari kesilapan dan kesalahan.

Reformis Jalanan said...

Salam sdr Onn..terima kasih kerana sudi komen.

Mmg betul budaya lompat parti sudah terpahat di semua parti, PAS tidak terlepas.


Tapi maksud saya, dalam pas tiada wakil rakyat/ADUN/MP yang lompat, kemudian menyebabkan GOYAHNYA kerajaan negeri.


Yang ada cuma PN, S46, dan......PKR.



Dato' Asri lompat parti, kemudian tubuhkan parti HAMIM? betul tak? sebab saya tak berapa ingat. masa dulu saya belum wujud lagi kot??

Anonymous said...

Onn pun pelomapat parti juga. Dulu dia berada di dalam ameno, tetapi oleh kerana dia pun jenis penjilat juga, maka dia ikut Anwar ke dalam PKR sipaya dia dapat terus menjilat Anwar, kalaulah Mahathir tak tendang Anwar, mereka lah sekarang yang akan kau maki hamun !!!

Reformis Jalanan said...

melompat dari benda yang buruk dan kotor kepada yang baik adalah dibolehkan.


daripada duduk dalam parti yang penuh korup, apa salahnya berhijrah kepada parti yang lebih baik? walaupun parti itu tidak sepenuhnya baik, sekurang-kurangnya kita punyai maruah, tidak mau bersekongkol dengan orang yang zalim.


terima kasih kerana komen. Lain kali, kalau boleh, tunjukkan nama, kerana selepas ini sesiapa yang menggunakan nick Anonymous tidak akan dilayan.

onn said...

Memang dasar orang UMNO ibarat Pondan Siam....!!!

Bacul...!!! Taraf OKU...!!!

Anonymous said...

btul2 UMNO adalah PARTI KEBANGSATAN MELAYU BERSATU. :P