Monday, February 23, 2009

Anwar Ibrahim oh Anwar Ibrahim

BERIKUT DI BAWAH INI HANYALAH KENYATAAN PERIBADI SAHAJA.




Sebelum ini sudah kita ketahui bahawa pada zaman muda beliau sangat komited dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam. Beliau lah yang mengasaskan ABIM, dan giat menyebarkan dakwah islamiah lebih kurang 30 tahun dahulu. Sekarang setiap kali kita mendengar ceramah mahupun ucapannya, tidak sah jika tidak terkeluar sepotong ayat suci al-Quran ataupun hadis dari mulut beliau. Begitulah Anwar Ibrahim. Pengaruh Islam masih bersisa di dalam dirinya hingga kini. Semenjak menyertai UMNO pada 1981, sudah jelas kelihatan bahawa pengaruh sekular sudah menjangkiti pemimpin rakyat ini. Beliau dilihat ''menghalamkan'' sesuatu yang jika dilihat boleh dinilai berdosa. Contohnya pertandingan ratu cantik. Tidak ada apa-apa tindakan walaupun beliau menjawat jawatan sebagai orang no. 2 dalam negara ini.





Walaupun begitu, tidak dapat kita menafikan bahawa beliaulah yang membawa imej Islam ke dalam UMNO. Cara berpakaian isteri beliau, Dr. Wan Azizah yang sentiasa bertudung, menambahkan trend baru ke dalam Wanita UMNO yang sebelumnya tidak bertudung. Anwar ini juga pernah menjadi pengerusi UIA.

Tapi itu cerita lama....

Sekarang, pada pengamatan aku,manusia yang bernama Anwar ini masih lagi komited dengan Islam, cuma auranya tidaklah sekuat sebagaimana beliau di zaman mahasiswa dahulu. Sehingga sekarang aku mendengar ceramahnya, pasti akan ada ayat Quran ataupun hadis terkeluar dari mulut beliau. Memang tidak dinafikan Anwar seorang pemimpin yang baik, peka dengan masalah rakyat, mempunyai perangai yang baik, cuma pendirian beliau mengenai Islam tidak begitu jelas. Sekarang dia lebih mementingkan perpaduan antara kaum, dengan parti ''multi racial'' dia tu. (PKR). Sebagai contoh, peristiwa Zulkifli Nordin (MP Kulim Bandar Baru) membuat bantahan terhadap Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam dan juga tindakan beliau (YB Zul) mengeluarkan kenyataan di Parlimen bahawa Islam di negara ini dipandang rendah, baik di sebelah pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Anwar apabila ditanya mengenai perkara tersebut, berkata YB Zul akan dihadapkan ke Badan Disiplin Parti. YB Zul juga dihadapkan ke Badan Disiplin akibat tindakan beliau membantah Forum anjuran Majlis Peguam.

Persoalan bermain di fikiran aku, apa sebenarnya pendirian PKR (khususnya Anwar) terhadap Islam? Begitu juga mereka (PKR) membisu tentang isu hudud yang dimainkan oleh UMNO.

Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya Anwar masih tetap mempertahankan keislamannya. Aku masih tetap menyokong Anwar sebagai pembangkang dan selagi beliau tidak menggadaikan prinsip yang dimiliki. Kalau korang nak tau, sokong-sokong Anwar pun, aku pun banyak jugak kritik dia ni. KRITIK tak semestinya MENENTANG/BENCI ok.

Kalau ada apa-apa untuk aku perbaiki tentang kenyataan atau sikap aku ni, tinggalkan komen.

3 comments:

3viL X eIjI said...

salam.bro..ko baru 19?alhamdulillah.. kebijaksaan bermula dr umur yang hijau.. kaeep the good post coming..insyallah..Allah ada ngan kita

Reformis Jalanan said...

Salah......saya 20...huhuhuhuhhhuuuuu

Daddy said...

Salam keimanan dan salam kemanusiaan...

Emm bagus saya suka orang-orang yang berfikiran kritikal... saya pun cuba amalkan dan memilih jalan pemikiran kita sendiri tanpa perlu tak sub kepada mana-mana kumpulan di Malaysia ini... Saya fikir DS Anwar Ibrahim tu ada strategi... dalam mengumpul sokongan orang bukan Islam... kalau dia menonjol sangat keIslaman dia takut nanti semua yang bukan Islam balik ke Barisan semua... jadi pelan-pelan lah... saya percaya juga kepada apa dia buat.. sekurang-kurangnya kita ada orang dalam PAS yang bersama dengan dia akan membantu memperjuangkan Islam...

Sekian wassalam