Friday, February 13, 2009

DAULAT TUANKU


Di atas ini ialah Sultan bagi negeri Terengganu. Juga adalah Yang Di-Pertuan Agong ke-13. Baginda adalah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Aku nak cerita sikit pasal baginda ni. Baginda ni kawan rapat cikgu aku masa sekolah rendah di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 Kuala Terengganu. Cikgu aku nama dia Azmi bin Jusoh. Masa aku form 1 ngan 2, dia ngajar BI. Masa aku form 4 &5, dia ngajar Sains plak. Ok lah. Dia ada cerita pasal teman rapat dia ni. Sebenarnya nama sebenar Agong ni masa dulu hanyalah Tengku Zainal Abidin. Tak ada lagi Mizan. Tapi ntah la kenapa dia tambah nama Mizan. Tu kena tanya baginda sendiri lah. Tuanku ni dia selalu main bola dengan cikgu aku nih. diorang rapat sampailah ke dewasa. Sekarang ni pun masih lagi berhubung. dan kalau baginda bertemu dengan cikgu aku, diorang hanya membahasakan diri diorang ''mu, aku''. Tengok ni, sultan yang dah selalu bergaul dengan rakyat jelata. Isteri sultan ni plak, Tuanku Nur Zahirah. Isteri sultan Mizan ni bukanlah dari kerabat diraja, dan aku dengar dulu pekerjaan permaisuri ni sebelum berkenalan dengan Tuanku Mizan hanyalah seorang penjual tiket bas. Tengok, Tuanku Mizan sanggup pilih rakyat bawahan untuk dijadikan isteri. Pastu yg aku perhati, hanya isteri Agong sahaja yang menutup aurat. BETUL TAK? Beza tak ngan isteri sultan yang lain? Bukan ke Sultan ni ketua agama dan adat? Pikir2kan la.. Ni yang membuatkan aku rasa amat bangga kerana jadi rakyat Terengganu yang memmpunyai sultan sebegini. MMuahh! I love you Tuanku. DAULAT TUANKU!

2 comments:

JAMILKUCING said...

Tiga sultan yang abg jamil hormat dan sanjung ialah sultan brunei,sultan terengganu ( agong ) dan sultan perak. tapi sekarang maaf lah. kalau die orang nak tarik kerakyatan negeri perak pun tarik lah.aku tak ambil peduli. hormat jamil pada sultan perak sedikit pun langsung dah tak ada. sultan perak dan raja nadzrin sudah tak layak bercakap pasal ketuanan melayu,pasal melayu,no moreeeeeeeeeeeeeeeeeee

Reformis Jalanan said...

Daulat Tuanku