Thursday, February 19, 2009

E-mail Mohd Sayuti Omar (MSO) kepada Reformis Jalanan

Pada 15/02/09 lepas, satu e-mail telah masuk dalam inbox Yahoo! Mail aku (reformasi_89@yahoo.com). E-mail tersebut daripada Mohd Sayuti Omar atau seorang penulis politik yang terkenal, editor akhbar mingguan Siasah, dan juga seorang blogger, (http://msomelayu.blogspot.com). Asalnya aku hanya bertanyakan tentang buku lama yang ditulis oleh beliau berkenaan Anwar Ibrahim sewaktu didalam UMNO dulu dan juga aku bertanyakan hubungan beliau dengan Anwar Ibrahim. Di bawah ni e-mail yang dia balas kat aku...


Assalamualaikum... sesetengah buku ada dalam simpanan, setengahnya dah habis.


Masa Anwar dalam kerajaan saya mengkritik beliau. Sayal ah yang pertama sebagai penulis mengkritiknya. Saya tegur dari segi karektor dan perubahan sikapnya dari seorang pemimpin gerakan Islam Abim kepada pemimpin politik sekular Umno.
Tapi harus diingat bila seseorang itu menerima sistem politik sekular maka ia tidak dapat mengelakkan daripada terjun sama ke dalamnya. Saya tengok Anwar begitulah.
Saya rapat setelah beliau ditangkap dan dipenjara. Sayalah orang paling awal membelanya yang saya sifatkan dianiaya oleh Mahathir menerusi buku "Sumpah dan Airmata...". Hubungan itu sebagai seorang penulis dengan tokoh politik saja. Saya tidak menjadi ahli parti politik.
Dalam pengamatan saya idealisme Anwar lebih jelas berbanding dengan yang lain. Dia juga ada kemampuan dan mempunyai kredibilityi yang menarik. Kerana inilah beliau diasak dengan berbagai insiden yang bersifat fitnah itu.
Maaf kerana baru dapat menjawab pertanyaan sdr. Wassalam.
MSO KL..




Persoalan Anwar Ibrahim - dari pejuang Islam ke lembah sekular, kemudian kembali semula kepada Islam

7 comments:

Anonymous said...

terima kasih link kan saya...
saya dah link blog awak.. =)

tak faham la artikel dlm post nih..

Reformis Jalanan said...
This comment has been removed by the author.
Reformis Jalanan said...
This comment has been removed by the author.
Reformis Jalanan said...

Ok... Terima Kasih..

Yeke kat mana tak faham?

Post ini menceritakan Anwar dikutuk oleh MSO masa dia dalam kerajaan dulu.

So?

Kesimpulannya... Anwar asalnya amat komited dalam memperjuangkan Islam, sebelum dia menyertai UMNo. Selepas masuk UMNO pd 1981, sedikit demi sedikit dia terikut2 dengan budaya sekular UMNO. Aura keislaman dia dulu semakin hilang. Yang ni lah MSO duk kutuk tu..


Nak jelas lagi baca la artikel kat tepi blog ni...gambar anwar masa muda.

onn said...

Tak semua hujah MSO itu betul terhadap Anwar...!

Walaubagaimanapun saya hormati kebebasan berhujah...!!

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Masa Anwar masih Timbalan Perdana Menteri, kritikal sungguh MSO mengkritiknya. Kalau tak silap, buku bertajuk "Anwar Terjerat". Masa tu MSO ader cakap Anwar akan jatuh, tepat sekali terkaan nya..

Reformis Jalanan said...

Apa yg pasti, Anwar sudahpun terjerat.. Sekarang kita tengok dulu dia macamana..Sokong selagi dia di pihak yg benar..

OK. T/kasih kerana komen.