

Perkara 10.1 (a) Perlembagaan Negara Malaysia - tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
Sebelum ini sudah kita ketahui bahawa pada zaman muda beliau sangat komited dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam. Beliau lah yang mengasaskan ABIM, dan giat menyebarkan dakwah islamiah lebih kurang 30 tahun dahulu. Sekarang setiap kali kita mendengar ceramah mahupun ucapannya, tidak sah jika tidak terkeluar sepotong ayat suci al-Quran ataupun hadis dari mulut beliau. Begitulah Anwar Ibrahim. Pengaruh Islam masih bersisa di dalam dirinya hingga kini. Semenjak menyertai UMNO pada 1981, sudah jelas kelihatan bahawa pengaruh sekular sudah menjangkiti pemimpin rakyat ini. Beliau dilihat ''menghalamkan'' sesuatu yang jika dilihat boleh dinilai berdosa. Contohnya pertandingan ratu cantik. Tidak ada apa-apa tindakan walaupun beliau menjawat jawatan sebagai orang no. 2 dalam negara ini.
Walaupun begitu, tidak dapat kita menafikan bahawa beliaulah yang membawa imej Islam ke dalam UMNO. Cara berpakaian isteri beliau, Dr. Wan Azizah yang sentiasa bertudung, menambahkan trend baru ke dalam Wanita UMNO yang sebelumnya tidak bertudung. Anwar ini juga pernah menjadi pengerusi UIA.
Tapi itu cerita lama....
Sekarang, pada pengamatan aku,manusia yang bernama Anwar ini masih lagi komited dengan Islam, cuma auranya tidaklah sekuat sebagaimana beliau di zaman mahasiswa dahulu. Sehingga sekarang aku mendengar ceramahnya, pasti akan ada ayat Quran ataupun hadis terkeluar dari mulut beliau. Memang tidak dinafikan Anwar seorang pemimpin yang baik, peka dengan masalah rakyat, mempunyai perangai yang baik, cuma pendirian beliau mengenai Islam tidak begitu jelas. Sekarang dia lebih mementingkan perpaduan antara kaum, dengan parti ''multi racial'' dia tu. (PKR). Sebagai contoh, peristiwa Zulkifli Nordin (MP Kulim Bandar Baru) membuat bantahan terhadap Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam dan juga tindakan beliau (YB Zul) mengeluarkan kenyataan di Parlimen bahawa Islam di negara ini dipandang rendah, baik di sebelah pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang. Anwar apabila ditanya mengenai perkara tersebut, berkata YB Zul akan dihadapkan ke Badan Disiplin Parti. YB Zul juga dihadapkan ke Badan Disiplin akibat tindakan beliau membantah Forum anjuran Majlis Peguam.
Persoalan bermain di fikiran aku, apa sebenarnya pendirian PKR (khususnya Anwar) terhadap Islam? Begitu juga mereka (PKR) membisu tentang isu hudud yang dimainkan oleh UMNO.
Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya Anwar masih tetap mempertahankan keislamannya. Aku masih tetap menyokong Anwar sebagai pembangkang dan selagi beliau tidak menggadaikan prinsip yang dimiliki. Kalau korang nak tau, sokong-sokong Anwar pun, aku pun banyak jugak kritik dia ni. KRITIK tak semestinya MENENTANG/BENCI ok.
Kalau ada apa-apa untuk aku perbaiki tentang kenyataan atau sikap aku ni, tinggalkan komen.
Aku terpaksa tangguhkan dulu isu yang bermain dalam kepala otak aku untuk diisi dalam blog ni BUAT SEMENTARA. Banyak isu yang menanti korang, antaranya (iklan)... Isu Perangai sebenar si Celaka Zahid Hamidi, tentang Mat Taib, Sisters In Islam, dan lain2 la..tunggu je la.. dan diselitkan sedikit kisah tentang aku. Ok. Doakan aku berjaya.... Adios!
Kata Aku : Bagus2 Dato' Seri, saya menyokong sepenuhnya tindakan Dato' Seri. Apa barang kerajaan haram BN di Perak. Apa-apapun, all the best to you.
P/S : Sokong PR. Tapi jangan taksub. Pemimpin yang baik macam Ir. Nizar kita terima, pemimpin yang tak baik kita tendang.