Showing posts with label apa-apalah. Show all posts
Showing posts with label apa-apalah. Show all posts

Wednesday, March 25, 2009

Berita Perhimpunan Agung UMNO (1)

PERASMIAN PERSIDANGAN WANITA, PEMUDA, DAN PUTERI UMNO.
Semalam aku tengok siaran ni di tv9, pukul 9.30 mlm. Ucapan perasmian oleh Najib Altantuya al-Mongolia. Gaya ucapannya, seakan-akan merasakan dia dah jadi Presiden UMNO, dan PM. Begitu bersemangat dan berkobar-kobar, melalak-lalak soal membasmi kemiskinan, membela Melayu, Agama, dan negara. Poooorahhhhh..... Berucap pun guna skrin lutsinar.. Dolah pun tak sempat guna skrin itu.


Najib ni hanyalah mengungkit jasa UMNO yang dulu-dulu, terutamanya jasa bapak dia yang membuka tanah kepada orang Melayu dan juga Felda. Dan dia jugak kata UMNO lah penyelamat tatkala negara dilanda krisis ekonomi pada 1997-1998 dulu. Sekarang, macamana? tahun 2009. Ramai pekerja dah dibuang..apa cerita?

Dia jugak ada cakap pasal pembaharuan serta reformasi..juak-juak serta para pengipas ponggong UMNO, apalagi, bersorak bertepuk tangan la...omong kosong... Si Najib ni jugak menyentuh soal politik wang, ia perlu dihapuskan... Komisen kapal selam scorpene apa macam? Sukhoi Jet? Eurocopter?


Memang ramai UMNO lupa, bahawa parti yang diorang duduki sekarang ni bukanlah UMNO 1946 dulu...tapi ia ciptaan Mahathir tua haprak, (UMNO Baru, 1988).. Najib banyak menyentuh soal mengubah serta mengkaji..perlembagaan serta sistem kuota..


Inilah drama yang biasa kita lihat, ucapan-ucapan yang sama, dalam perhimpunan agung UMNO, bercakap itu dan ini, tapi realitinya..selepas perhimpunan :

1) masih ramai melayu yang miskin dan merempat
2) kedaulatan bahasa melayu entah ke mana
3) rasuah tetap berleluasa sama ada dalam atau luar UMNO..

Friday, February 13, 2009

PENJELASAN

Buat mereka yang pertama kali melawat ke blog ini, pasti akan merasa terkejut kerana aku mengambil pendekatan yang begitu ekstreme, terutamanya berkaitan dengan politik dan bangsa melayu. Aku ingin jelaskan, perkara sebegitu telah lama aku pendamkan dalam lubuk hati ini. Hinggalah aku tahu cara membuat blog, lalu aku hamburkan kemarahan aku dalam blog ini. Sebenarnya perkara ini takkan lama. nanti korang tengok akan ada perubahan dalam blog ini. Blog ini juga buat masa sekarang aku lebihkan kepada politik. Lain kali aku akan tambah topik2 lain termasuk berkenaan dengan kehidupan seharian aku, keadaan di sekitar negara ini dan lain2.

Kadang2 kemarahanku yang membuak2 memaksaku mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya. Kepada yang tidak senang hati, aku ingin memohon sejuta kemaafan jika terdapat topik yang sensitif dan penggunaan bahasa yg tidak sepatutnya.

Korang boleh tinggalkan komen di blog ini untuk memberi pendapat/cadangan atau nasihat untuk memperelokkan lagi blog ini. Maklumla saya budak baru belajar.

Aku boleh dihubungi di

reformasi_89@yahoo.com dan reformisjalanan@gmail.com


Ok. Wassalammmm.......


ISLAM BERDAULAT RAKYAT SEJAHTERA