Thursday, May 5, 2011
Kenapa saya tolak HT 3
Bagi Hizbut Tahrir, dunia pemerintahannya (baca : khilafah) hanyalah ada dunia Islam. Tidak ada dunia bagi orang yang bukan Islam. Buktinya? Saya diberitahu dalam pertemuan di Ibu Pejabat HT di Bandar Baru Bangi pada awal tahun 2010 bahawa golongan bukan Islam tidak dibenarkan berjual beli/berurus niaga barangan haram yang menjadi keperluan mereka seperti arak dan babi. Mereka hanya boleh menyimpan dan membela untuk keperluan mereka sahaja. Ini sudah terang-terangan menafikan hak mereka. Bagi saya, golongan bukan Islam juga ada tempat mereka tersendiri dan tidak hanya terbatas pada orang Islam sahaja. Dan begitu juga Hizbut Tahrir turut menentang mana-mana bangunan kuil atau tempat sembahan orang bukan Islam yang binaannya lebih tinggi daripada masjid. Semuanya dicampur urusan orang bukan Islam. Pendekatan yang radikal ini tidak sama sekali akan diterima.
2 comments:
kamu kena belajar banyak tentang pemerintahan dalam islam..jangan main sanggah mcm no muslim saja..kita islam ada peraturan..al-quran dan as-sunnah rujukkan kita..bukan ideologi kufur dari barat junjungan kita...
Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya. Sekularisme, demokrasi sistem kufur. Wajib Khilafah.
Post a Comment