Hizbut Tahrir bercita-cita nak laksanakan hukum Islam secara keseluruhan dan menolak untuk melaksanakannya secara berperingkat-peringkat, mengikut sifat manusia.
Salah satu soalan dari ustaz mereka, "Dulu, British cabut undang-undang di Tanah Melayu dalam sekelip mata, kenapa kita tak boleh buat macam dia?"
Kalau macam tu, tak ada bezalah di antara HT dengan kolonial British.
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana (hikmah) dan nasihat-nasihat yang baik" (An-Nahl : 125)
Berdakwah, mesti berstrategi kalau mahu orang sokong perjuangan kita. Katakan, kita terjah seorang wanita yang tak menutup aurat dengan mengatakan perlakuan dia itu berdosa dan akan masuk neraka. Agaknya lah, dia nak pakai tudung terus atau lari meningglkan kita dengan perasaan menyampah?
2 comments:
Hizbut Tahrir dengan Kolonial British ada bezanya.
1. Kolonial British tu kafir
Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir. (Al-Maidah: 44)
Di dalam Al Quran dah sebut dan harus dilaksanakan.
Jika ikut sikap manusia, tentu ada byk ragam dan caranya.
Kembalilah ikut Al Quran dan Sunnah Rasul Nya pada setiap perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini.
Tu perlunya adanya Daulah Khilafah yang akan terapkan syariat Islam secara keseluruhan bukan secara bertahap2.
Bila adanya Daulah lagi mudah dakwah dilaksanakan. Bila wanita tak mau tutup aurat. Daulah akan kenakan hukuman, syariat dilaksanakan.
Maka, bila adanya syariat yang dilaksanakan daulah. Wanita akan patuh pada syariat yang diterapkan.
Iaitu Syariat Islam yang diturunkan ALLAH SWT.
bukan Perlembagaan Sekular Lord Reid Warisan Kafir Laknatullah yg terus menerus memisahkan agama dari kehidupan.
Perlembagaan Sekular lord Reid sudah tak wujud pada hari ini. Tak percaya? Sejak merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia telah diubah sebanyak lebih daripada 500 kali.
Dan, sila pelajari dan fahami apa itu negara sekular. saya akan titipkan dalam blog ini tak lama lagi.
Post a Comment