Senangnya jika seseorang itu melakukan jenayah seperti merompak, mencuri, mencabul, membunuh dan sebagainya - hanya perlu bersumpah jika dia mahu membuktikannya sebagai tak bersalah. Kalau macam tu, tak gunalah adanya peguam dan mahkamah.
Masyarakat yang sudah sedia jahil dijahilkan selagi boleh. Seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina tidak perlu bersumpah dan ini tidak diajar oleh Allah swt. Dia hanya perlu membawa 4 orang saksi lelaki yang adil, seperti yang termaktub di dalam ayat suci al-Qur'an :
Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa empat orang saksi, maka mereka itu bagi Allah adalah orang yang berdusta, (24:13).
Bukan dengan membawa klip video lucah. Dan jika mereka gagal, maka hukumannya adalah rotan sebanyak 80 kali dan kesaksian mereka tidak diterima kerana mereka sudah menjadi orang yang fasik. Kalau sudah jahil tu, janganlah membodohkan orang lain pulak.
Sudahlah pegang Quran terbalik, pakai baju kalis peluru pula. Ingat ni zaman koboi ke?