Saturday, February 11, 2012

Jawapan kepada si rasis

"Kepada mereka yang berkenaan, kita ni kalau tidak boleh or tak nak tolong bangsa sendiri, at least janganla jadi pengkhianat bangsa..kita dok kecoh2 kat sini, bangsa lain dok bergelak sakan tgk kita dok bergaduh sesama kita..jgn la terlampau nak menjaga hati 'orang lain' or periuk nasi sendiri, hak keistimewaan bangsa sendiri di perdagangkan.. fikirlah wahai bangsaku." - komen yang ditinggalkan di wall FB aku.

Jawapan : Maaf, aku bukan sebangsa dengan mu seorang, tapi sebangsa dengan 28 juta teman sebangsaku di sini dan 7 bilion teman sebangsaku di seluruh dunia. Perjuangan menentang diskriminasi, prejudis, ketidakadilan & penindasan tidak mengenal bangsa, kaum, suku etnik dan warna kulit.

Jika aku bersuara mempersoalkan dasar penguasa demi menegakkan keadilan menjadikan aku "pengkhianat bangsa" di mata mu, maka silakan label aku "pengkhianat bangsa" kerana aku tidak mahu menolong seseorang hanya kerana mereka satu "bangsa" (kaum) dengan ku, tapi aku mahu menolong orang yang memerlukan pertolongan tak kira apa "bangsa" mereka. Fikirkanlah wahai "bangsa"ku.

**dicopy sepenuhnya dari status Fahmi Reza**

0 comments: