Friday, February 10, 2012

Himpunan para hipokrit dan pencari publisiti

-Mereka menentang bersungguh-sungguh keganasan rejim Al-Assad di Syria.
-Mereka mempersoalkan kenapa Perdana Menteri Malaysia berdiam diri dengan kezaliman kerajaan Syria terhadap rakyatnya.
-Mereka mempersoalkan dan memperlekehkan agamawan yang berpihak pada Bashar Al-Assad.
-Mereka 'memaksa' orang ramai menentang dan menunjuk perasaan terhadap Presiden Syria.
-Mereka merekrut Allah dan Nabi Muhammad dengan ugutan bahawa barangsiapa yang tidak peduli dengan umat Islam di Syria dan menyokong Al-Assad - dia bukan sebahagian daripada umat Islam dan akan dibangkitkan bersama orang yang zalim di hari akhirat.

Tapi..

Mereka lupa..

Bagaimana dengan Bahrain? Apa keadaan rakyat Bahrain yang diburu, dibunuh, dibom, diseksa semenjak tahun lepas oleh pemerintah Bahrain? Apakah tindakan dan pendirian mereka terhadap kekejaman di Bahrain? Apakah mereka juga bersuara lantang terhadap pemerintah Bahrain, sepertimana mereka lantang dengan pemerintah Syria pada hari ini?

Kenapa mereka senyap apabila ada ulamak yang terang-terang memperlekeh perjuangan rakyat Bahrain? Apakah kerana dia adalah ketua (f)ularmak sedunia yang popular?

Kenapa mereka bersikap bias? Kenapa mereka double standard?

Kenapa? Dan kenapa?

Adakah berhimpun kerana mahukan publisiti?
Pakat pegi ramai-ramai bila dengar ada perhimpunan, kononnya nak tunjuk bahawa kita peka dan cakna dengan nasib umat Islam di luar sana.

Bullshit..

Apakah kau ini.. seorang hipokrit.. atau munafik?

4 comments:

Anonymous said...

Agak skeptikal membaca entry ini kerana pemilik blog seumpamanya menerima penuh hak demokrasi dan kebebasan bersuara dalam pada masa yang sama melabelkan mereka ini munafik dan sebagainya!

Mereka turun menyatakan bantahan hal si syiria , mesir , selatan thailand , israel , amerika syarikat dan apa juag bentuk penindasan yang dilakukan kekejaman pemerintah kepada rakyatnya.

Jika mudah melabelkan semberono munafik..pemilik blog ini juga munafik kerana tidak membuat demo bantahan hal di bahrain!

Admin said...

Mereka berdiam diri dengan Bahrain. Mereka berlaku tidak adil kepada rakyat Bahrain. Mereka langsung tidak mengeluarkan sebarang suara bantahan, jauh beza dengan tindakan mereka terhadap kerajaan Syria.

Siapa kata kita tak buat demo di kedutaan Bahrain? Ada! Tapi tak dapat sokongan dari mana-mana parti politik dan juga Ngo2. Liputan pun tak ada.

Anonymous said...

Kah5! Ketua ularmak....... Oh yeah! Klau bdoh, jgn bgtau smua org.