Seperti biasa, bulan Februari pada tiap-tiap tahun isu ini akan timbul. Berlaku pertembungan di antara 2 pihak. Satu yang menyokong, lagi satu menentangnya. Bagi saya, ini cukup senang. Nak sambut, sambutlah. Taknak sambut, buat hal sendiri. Tak payah sibuk nak jadi polis moral.
Setiap perayaan atau sambutan hari tertentu akan menjadi salah jika ia bercampur dengan maksiat dengan pemesongan akidah. Soalnya, apakah Hari Valentine itu hanya disambut oleh pasangan muda-mudi sahaja? Yang berkahwin tak sambut ke?
Kalau mahu ungkitkan isu maksiat berleluasa - perkara ini tiap-tiap hari terjadi. Ada yang kata, kasih sayang memang perlu ditunjukkan pada setiap hari - jadi tak perlu Hari Valentine. Kalau macam tu, what's the use of korang sambut Hari Guru, Maulid Nabi, Hari Ibu, Hari Bapa, dan bermacam-macam hari lagi?
Kita perlu selalu menghargai guru, ibu bapa, mengingati nabi - so kenapa perlu sambut Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan Maulid Nabi? Dan, buat pengetahuan semua - Hari Guru, Hari Ibu Bapa juga tak ada dalam ajaran Islam. Ada ke ulamak-ulamak dulu sambut hari-hari macam tu?
Ok, ada yang berhujah bahawa Valentine's Day haram sebab ia adalah sempena nama paderi yang memurtadkan ramai umat Islam (berdasarkan kata-kata Azhar Idrus) yang bernama Saint Valentine. Cuba cek balik - Saint Valentino itu lahir bila, dan mati bila. Dia mati sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Macam mana dia boleh memurtadkan umat Islam sedangkan dia sudah wujud sebelum kelahiran nabi?
Oh, kononnya Kerajaan Cordova jatuh pada tarikh tersebut, akibat daripada percaturan Kristian. The truth is, Kerajaan Cordova itu jatuh sebab perebutan kuasa sesama umat Islam. Tak ada kena mengena pun dengan orang Kristian.
Tak kiralah apa pun sejarah di sebalik 14 Februari - yang pasti orang-orang yang menyambutnya langsung tak kisah pasal sejarah. Dan tak ada basis kenapa akidah boleh tergadai hanya dengan menyambut hari berkasih sayang. Kalau akidah terbatal hanya dengan sebab-sebab di atas - alangkah malangnya sebab terbukti bahawa kita ni hanya tahu hentam kromo tanpa tahu asal usul sesuatu perkara. Hanya ikut cakap-cakap orang saja.
Lainlah kalau perayaan ini betul-betul ada unsur-unsur pemujaan terhadap sembahan agama lain. Kalau setakat bertukar hadiah, akidah apa yang tergadai?
11 comments:
Assalamualaikum & slmt sjhtera
orang Islam yang tak sambut tu sebab diorang ikut Fatwa. Bukan ikut cakap-cakap orang.
JAKIM dah berfatwa sambutan tu haram untuk orang Islam, jadi terima lah... melainkan kalau-kalau orang yang tak nak ikut fatwa tu lebih faham dan lbih tinggi ilmu agamanya dari orang-orang yang keluarkan fatwa.
Hari guru disambut sebab kita hormat dan kenang jasa guru,
Mcm tu jugak hari bapa dan hari ibu, kita hargai jasa mereka dan tunjukkan kasih sayng sebagai anak..
Maulid nabi di sambut, antra dalil ialah hadis nabi, tidak sempurna iman seseorang sehingga aku (nabi Muhammad s.a.w) lebih dicintai berbanding dirinya sendiri.
Kalau birthday sendiri pun sambut, jadi tiada salahnya sambut brthday nabi sebagai tanda kecintaan..
hadis tu sentuh bab iman, jd org tak ada iman memng tak rasa apa dan tak ada kena mngena la
Hari kekasih pulak? ia memang pure christian
Sebab tu orang Islam tak le tiru, dan tak le sambut.
Kalau bkan Islam.. sukati diorang nak buat apa pun..
Maaf la kalau komen ini mngganggu,sila jgn bersetuju dgn saya kalau admin ada jawapan dan hujah yg lebih konkrit brbanding saya
wallahualam
dulunya ketika zaman gelap di eropah, ketika mana institusi gereja mahu mengawal segala benda termasuk mahu mengawal apa yang saintis dan ilmual di eropah boleh fikir dan tulis. Ketika zaman gelap eropah tersebut, bishop2 pernah meeting duduk berbincang sesama sendiri dengan begitu mendalam berkenaan berapa ramai angels boleh menari atas kepala pin . . . . ;) . . . Ahli agama kita pula sekarang berabis duit rakyat dan memerah otak meeting dan berbincang secara mendalam berkenaan apa hukum yoga, hukum valentine, dan benda2 picisan
Kalau kita fikir balik, apa salahnya dgn bertukar hadiah? Tapi mlihat semula pada realiti di Malaysia ni, terdapat 24.26 juta rakyat Malaysia pada hari ini, hampir 55% adalah orang Melayu , dan hampir semua mereka boleh dianggap Islam. Dgn kata lain terdapat berjuta-juta remaja Islam diluar sana. Jadi apabila kita membenarkan Hari2 sperti ini disambut , ianya seperti membuka jln untuk mereka melakukan maksiat. Ramai diantara remaja Islam sendiri terlalu mengikut-ikut budaya barat. kita kena akui , masih berjuta-juta remaja Islam yg diluar sana yg masih tidak kuat pegangan Islamnya. Maka hal-hal seperti ni akan membuka peluang untuk mereka melakukan maksiat yg lebih besar sdgkan maksiat yg kecil masih belum dpt dibendung sepenuhnya. Dlam kata lain , pengharaman sambutan ini lbih kpd untuk menutup sbrg jalan kearah maksiat. Mmg kita takleh nak slahkan Hari Valentine hanya kerana segelintir mereka yg melakukan maksiat , tp di akhirat kelak segelintir inilah yg akan mnuding jari semula kearah kita apabila mereka disoal oleh Rabbul-Jalil. Jadi baik kita bendung perkara ini, dr buka peluang untuk ia berlaku. Wallhu'alam.
@sabree hussin : fatwa hanyalah sebagai guideline. Nak ikut, tak nak ikut, terpulang. bahkan ketua pemuda PAS pun kata boleh sambut Valentine, tapi dengan *bersyarat*. cari kat malaysiakini.
Kenapa kita boleh kenang jasa guru dengan menyambut Hari Guru, tapi tak boleh mengenang atau menghargai pasangan pada HAri Valentine?
Apa lagu bukti bahawa Hari Valentine itu pure christian, selain ia hanya sempena nama seorang paderi? Dan, bukan semua Kristian sambut. Ia juga disambut oleh penganut-penganut dari agama lain.
Valentine's Day ini hari yang bersifat globalisasi. Satu dunia menyambutnya. Macam HAri Ibu, Hari Bapa, Hari Buruh, dsb. Malaysia adalah salah satu anggota global, mestilah Malaysia pun terikut sama.
@Anonymous : Kalau nak buat maksiat, tak payah tunggu Hari Valentine. Hari2 lain pun boleh buat. Janganlah kerana sebahagian orang buat hal, habis kita nak hentam semua. Macam saya tulis dalam post ini, sebarang perayaan atau sambutan akan jadi haram jika IA BERCAMPUR DENGAN MAKSIAT DAN MEMESONGKAN AKIDAH.
Ia bergantung pada individu. Semuanya atas individu.
Kena bendung semua atau halang semua orang sekali , sbb kalau Allah nak turunkan bala , Allah tak turunkan dekat segelintir td sahaja. Mcm yg saya cakap tadi , segelintir tu yg akan menuding jari kat kita apabila disoal di Akhirat kelak. Kalau hari perayaan lain , seperti Hari Guru , hari Bapa , Hari Ibu , dan lain2 , tidak memberi impak maksiat yg besar kerana ianya tiada unsur muqaddimatul zina. Tapi berbeza bg Hari Valentine, lbih2 lg kalau disambut seperti Barat dgn penuh hiburang dan maksiat. Remaja kita pula ikut sperti mereka.
kesian lah admin blog ni. haha.
Kalau galakkan hari valentine disambut, sah2 ramai org akan buat maksiat..lagi2 remaja zaman sekarang.. banyak dah kes sumbang mahram, kes buang bayi.
time hari valentine pun comfirm ramai yg buat juga.. tapi secara sembunyi2.. bayangkn la kalau hari valentine boleh sambut, peratusan org buat maksiat meningkat 300-10000%!! hahaha... mula2 bagi hadiah, pastu pegang2 tangan(maksiat), duduk berdua-duaan.. hehe. dll
kesian admin yee...
memangla kalau hari lain2 pun dorang leh buat maksiat, tpi pikir balek la, hari valentine kan special, mgkin hari ini juga ramaaai plan utk terlanjur..
dalam islam mana da hari ibu, mana ada hari bapa btul x? sbb hari hari ialah hari ibu dan bapa, bukan tggu hri ni je bru nak sambut.
"bergantung kepada individu"?
kalau saya la.. hari2 xmau pi sekolah... saya lgi suka melepak dekat rumah main game puas2.. hehe.
Nasib baik la ada "peraturan" yg memaksa saya pi sekolah.
paham?
kalau xde ilmu jgn berlagak cakap mcm ilmu tu tinggi dari para ilmuan.. sekarang nie ko bercakap mcm org xde agama.. istighfar la bebnyak, jgn cakap ikot nafsu jek
errrrr....
bukankah nabi larang menyerupai orang kafir?
errrr....
sebagai orang islam, kenapa nak meraikan hari seorang saint kristian? kalau ikut ckp reformis jalanan ni, nanti orang sambut pula la st patrick day pula...
errrr.....
adakah majlis fatwa tu terdiri drpd "budak2 ingusan belajar agama sampai darjah 6"? adakah dia selidik ikut hearsay semata2?
@Anonymous : Hari Valentine memang boleh sambut pun dalam negara ni, takde halangan daripada kerajaan. Yang bising-bising hanya polis moral dan ustaz-ustaz celup saja.
@kekura
errr....
larangan Nabi dalam menyerupai orang kafir bukan dalam soal budaya..tapi dalam beragama. Valentine's Day bukan sambutan keagamaan.
errrr....
Orang yang sambut Hari Valentine bukan peduli pun sapa Saint Valentine. Diorang dont even give a damn about sejarah. Kenapa St. Valentine tak ok, tapi kita boleh ok pulak dengan St. John Ambulans? Hahaha!
errr...
sebenarnya majlis fatwa itu terdiri daripada setan2 bisu. Diorang berani menyinga dalam isu moral saja, tapi tak berani untuk keluarkan fatwa pasal skandal kapal selam, pembunuhan Altantuya, pembaziran duit rakyat, kronisme, rasuah dan lain-lain.
"Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam," inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.
"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang," kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
"Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day pada Jumaat.
Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.
"Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu," katanya.
Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.
“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.
Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.
Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.
“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.
Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.
Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah," jelasnya.
Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.
“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.
“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.
Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.
"Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat," kata Wan Mohamad
errrr...
mulanya perayaan saint valentine tu adalah sebahagian dari agama.
errr...
uish pandai sungguh komen yg ini.
"Orang yang sambut Hari Valentine bukan peduli pun sapa Saint Valentine. Diorang dont even give a damn about sejarah. Kenapa St. Valentine tak ok, tapi kita boleh ok pulak dengan St. John Ambulans? Hahaha!"
kenapa pula kita ok? aku tak ok pun.
err...
majlis mufti tu penuh setan? hihihi. kalau orang belajar agama tinggi2 tu setan kita yg belajar agama sikit2 ni apa pula, bapa setan? dia dah cakap kita yg tak rajin nak semak. nak suruh diorg keluar statement, nanti diorang kenala pakai duit majlis agama. tp nanti reformis jalanan hantam pula kata tak amanah drakula pencekik darah!
mula2 awak kata boleh sambut valentine, tp bila jwb saya, bunyi mcm setuju je dgn saya. pening kepala. ckp macam mahathir. pusing sana pusing sini, apa nama apa nama
Post a Comment