Wednesday, February 8, 2012
Bentuk matawang baru
Beberapa malam lepas saya menjamu selera di Kampong Baru - makan roti canai. Selepas saya membayar harga makanan, saya perasan ada yang tak kena pada duit syiling yang saya terima daripada tauke warung. Saya sangkakan pemilik warung tersebut silap memberi syiling dari negara lain, tapi setelah diamati betul-betul - ianya adalah syiling Malaysia.
Rupanya duit baru sudah pun diedarkan. Saya periksa dalam internet tentang rupa wang kertas dan wang syiling yang baru. Memang menarik. Tapi, walau secantik manapun rupa wang tersebut - janganlah merasa bangga. Kerana nilainya tetap sama. Bear in your mind, nilai matawang kita akan tetap lebih rendah daripada Singapura dan Brunei. Kau ada wang RM240 dalam poket - kalau pergi ke Singapura - ia akan bertukar menjadi hanya SGD 100. Dan kalau ke Brunei - ia akan menjadi 100 ringgit Brunei. Jadi, tak ada yang istimewa pun dengan rupa wang yang baru. Selagi UMNO pegang Malaysia, selagi itulah matawang RM menjadi pariah dan rendah daripada Singapura dan Brunei.
0 comments:
Post a Comment