Itulah masa PRU-12 dulu Allah bagi kemenangan untuk menguji pemimpin dan penyokong PAS adakah mereka masih lagi komited dengan Islam dan memerangi segala bentuk penyelewengan dan dosa-dosa yang diperjuangkan oleh UMNO. Tapi ternyata dah menang sikit, sudah hanyut dibawa arus. Dari luaran sentiasa berzikir, memegang tasbih, memakai jubah, serban/kopiah, tapi di dalam, perpaduan Melayu menjadi agenda - satu perkara yang tak pernah diperjuangkan oleh PAS selama ini.
Menang sikit sibuk berebut ''ghanimah''. Kerusi Ahli Majlis Perbandaran, Ketua JKKK, dan seumpamanya menjadi igauan. Pemimpin pula leka dengan kerusi empuk pimpinan. Baju pula sudah berbatik-batik. Jika dulu, bertemu penyokong, bersalaman dan berpelukan sudah menjadi perkara biasa. Mengimamkan solat, makan sama-sama, bermalam di markas, makanan dalam polisterin, melawat ahli akar umbi - sekarang mana perginya semua itu? Lebih rela sewa hotel 5 bintang di Bagan Pinang baru-baru ini.
Isu hangat yang timbul dan melibatkan PAS seperti Selcat, isu kuil di Shah Alam, mana dia pimpinan tertinggi PAS bersuara? Dan membiarkan Hassan Ali membuat sesuka hati. Penyokong bukan Islam sudah ada yang tawar hati dengan PAS. Ketelusan dan integriti bukan lagi fokus utama, sebaliknya membela melayu yang korup menjadi agenda. Pimpinan tertinggi langsung tak menegur perbuatan sesetengah pesuruhjaya yang bertindak di luar batasan. Kesannya pengundi-pengundi tidak berapa yakin dengan PAS. Seolah-olah sokongan kaum bukan Islam bukan menjadi perkara penting. Kalau nak Islam memerintah, sesuaikanlah dengan suasana Malaysia! Strategi, bukannya asyik membuncitkan perut.
Nak sangat berbaik dengan UMNO, sampaikan perwakilan parti jadi membodohkan diri nak pertahankan kepimpinan ulamak konon. PAS boleh lagi ke kawal masjid, pantau Majlis Agama Islam, kawal aktiviti arak, judi, dan lain-lain kalau dengan UMNO?
Nota :
Pemimpin veteran yang menjadi liabiliti kepada parti patut disuruh berundur atau disingkirkan. Sekarang geng dari Terengganu mempunyai pengaruh yang besar di dalam parti. Masing-masing sibuk nak mengenyangkan perut. Agenda Islam ditukar dengan agenda Melayu. Perangai pun sudah jadi macam UMNO. Ada sesiapa masih ingat bagaimana artikel dari Tuan Guru Nik Aziz ditarik balik dari Harakah gara-gara beliau menegur Pesuruhjaya PAS Terengganu pada ketika itu? Ingat lagi tentang peratusan undi yang diperolehi Husam Musa sehari sebelum keputusan pertandingan Timbalan Presiden diumumkan? Peratusan menjadi berkurangan, dan Nasha menang pertandingan itu. Siapa punya kerja ni?? Parasit serta virus inilah yang perlu dibuang dengan menggunakan antivirus yang paling berkesan.
3 comments:
Tuan,
1.Kami tak mengata tapi enta yg berkata..
2.Ana rasa rentila menyatakan UMNO rosak akidah, permainkan isu rasuah, agama...org kampung dah faham beb...
3.Bermuhasabahla....saudara yg dikatakan rosak akidah tu la yg akan menyembahayangi solat jenazah,berzikir,menghadiahkan zikir dll bukan sahabat yg didakap tp jelas menolak ISLAM
adibeta
Salam ReformisJalanan,
Halalkan saya memetik sebahagian tuisan anda ke dalam blog saya. Semoga dapat dimanfaatkan.
Anonymous : Aku tak pernah menganggap UMNO itu sebagai saudara seagama. Perosak agama adalah!
Dr. Abdul Wahab : Silakan, saya tak kisah asalkan dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.
Post a Comment