Saturday, October 31, 2009
Ustaz Azizan Lebih Layak Ganti Haji Hadi?
Saya merujuk kepada sebahagian tulisan Prof. Aziz Bari yang terdapat di PerakExpress. Sememangnya Ustaz Azizan layak menggantikan Haji Hadi untuk menerajui PAS. Walaupun beliau dikatakan tidak berminat, PAS harus paksa beliau. Bagi saya Ustaz Azizan memang mempunyai ketokohan yang mirip dengan almarhum Ustaz Fadzil, cuma ada yang "kureng" sikit, aura belum cukup kuat. Kebolehan serta kecekapan Ustaz Azizan mentadbir Kedah jauh lebih baik sewaktu Kerajaan PAS di Terengganu dahulu. Ustaz Azizan berjaya menangkis serangan-serangan daripada UMNO dengan bijak sekali. Bermula sewaktu awal-awal Pakatan mengambil alih Kedah. Isu Tadika Kemas dikunci dimainkan, tapi berjaya diselesaikan oleh Ustaz Azizan sehinggakan UMNO tidak mampu membalas balik.
Begitu juga ketegasan beliau dalam isu perobohan rumah sembelihan babi. Isu ini hanya seketika, kemudian hilang dibawa angin. Sehingga sekarang, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pimpinan Ustaz Azizan yang agak selamat daripada peluru-peluru UMNO, berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain. Potensi kerajaan Kedah sekarang jauh lebih baik daripada Kerajaan Terengganu sewaktu tahun 1999-2004 lalu. Nak dibandingkan dengan Presiden yang sedia ada yang sudah terbukti lembab, menjadi boneka kepada beberapa kerat pemimpin PAS tertentu, jauh beda. Terengganu gagal dipertahankan kerana lalai dan mudah lupa diri. Syok sendiri orang kata. Dia ingat rakyat sokong PAS. Sebab itu buat lebih kurang. Hubungan dengan parti komponen Barisan Alternatif dahulu tidak dijaga dengan baik, sehingga DAP bertindak keluar daripada BA. Presiden yang lembab, ikut saja telunjuk geng-geng Terengganu.
Haji Hadi sewaktu mula-mula menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu dahulu, sejumlah wang yang besar nilainya dijumpai di dalam laci bekas MB Terengganu, Wan Mokhtar. Tapi Haji Hadi membuat keputusan tidak perlu siasatan. Buat-buat baik. Dan juga oleh kerana ke"mengongan" beliau memperkenalkan dokumen negara Islam, membuatkan pengundi bukan Islam semakin menjauhi PAS, tambahan pula ketika itu gejala "Islamophobia" masih lagi menghantui orang bukan Islam dengan tragedi 11 September di New York. Cerdik kan Haji Hadi??? Dia ingat dengan memperkenalkan dokumen itu, dah boleh jalankan hudud, rejam orang, kerat tangan (sebab istilah "hudud" itulah yang sering dilaungkan Haji Hadi di dalam kuliahnya, nak sangat hudud tapi bodoh dalam strategi). Dia masih lagi amalkan strategi 80-an, ketinggalan zaman. Style ceramah dia pun kekalkan, membosankan.
Almarhum Ustaz Fadzil tak macam itu. Tak terburu-buru nak laksanakan Islam, kerana ada benda yang jauh lebih penting untuk diselesaikan. Apabila almarhum ditanya oleh wartawan antarabangsa, adakah Ustaz Fadzil akan menutup pusat judi di Genting Highlands jika BA memerintah negara? Dengan bijaksana dan tidak lembabnya Ustaz Fadzil menjawab, (saya petik dari sini), “ Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.” - tengok jawapannya. Jauh lebih cerdik daripada pengganti beliau, yang siang malam berkokok umat Islam harus tegakkan Islam, tapi strategi hancur. Ustaz Azizan ada kredibiliti seperti Ustaz Fadzil. Cerdik. Tidak bengap.
Haji Hadi terbukti seorang yang lemah. Dia diibaratkan Abdullah Badawi, banyak mendiamkan diri, membisukan diri, seperti orang tidur. Aduka Taruna gelar ''the Sleeping Buddha". Masalah yang ditimbulkan oleh Hassan Ali di Selangor dia buat-buat sardin. Perarakan kepala lembu, dia buat-buat tidur. Bila hampir kesemua AJK PAS Pusat minta Hassan Ali ditukarkan, Haji Hadi nakkan siasatan dijalankan. Padahal dah terbukti mangkok itu bermasalah. Nak siasat buat apa lagi. Haji Hadi juga seorang pemimpin yang lemah. Ikut telunjuk Mustafa Ali, jadi puppet atau wayang kulit kepada Mustafa Ali, dari dulu sampai sekarang. Dulu lingkup Terengganu, sekarang kemungkinan besar lingkup PAS pula.
Tengoklah semasa sidang media, Mustafa Ali banyak bercakap di pihak Haji Hadi. Dialah mastermind, dia kawal parti, dia kawal Harakah, dia kawal Presiden. Haji Hadi dah jadi macam pemimpin UMNO, ayat yang biasa terkeluar dari pemimpin UMNO sekarang ada pada Haji Hadi, "Kita akan siasat", "siasatan akan dibuat,". Dah tahu sebelum ini orang tak suka Hassan Ali, dan ada permintaan supaya Hasan Ali ditukarkan, tapi si Presiden lembab ini kekalkan juga. Setiausaha Agung, Mustafa Ali dipilih. Tak ada orang lain ke? Apa beza PAS dengan UMNO? Sepatutnya Pesuruhjaya Negeri dilantik oleh PAS-PAS Kawasan, bukan lantikan terus daripada Pusat, tak peduli suara bawahan. Nak pelingkup parti betul.
Saya tak boleh ulas dan kondem banyak-banyak, nanti ada bahasa yang tak elok terkeluar. Elok berhenti setakat ini saja. Ustaz Azizan layak berbanding Hajo Hadi, ketuai Parti Islam Se-Malaysia. Basmikan PAS daripada Geng Terengganu.
Thursday, October 29, 2009
Seekor Lagi ADUN Lompat Katak
Mamat bersongkok ini namanya Badrul Hisham Abdullah, ADUN Pelabuhan Klang yang baru mengisytiharkan keluar dari PKR menjadi wakil rakyat Bebas di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kerja sebagai ADUN pun lumayan juga, ada pendapatan, mana boleh senang-senang nak letak jawatan, betul tak? Oleh kerana sudah naik muak kerana disuruh letak jawatan oleh MB Selangor, maka dia ini menjadi Bebas (sebenarnya nak ke UMNO, tapi takut orang sumpah seranah, jadi Bebas le selamat sikit - nampak neutral).
Maka PKR sudahpun mempunyai 4 ekor katak jadian. 2 dari Perak, 1 dari Lunas, dan yang terbaru dari Pelabuhan Klang. Itulah kalau dah rasa tak boleh jalankan tanggungjawab serta amanah, janganlah duk sibuk-sibuk nak bertanding. Di dunia dapat penghinaan, di akhirat dapat laknat.
Cadangan kepada YB Anwar Ibrahim :
Saya cadangkan pada pemilihan calon PKR yang akan bertanding pada PRU-13 nanti, bagi calon yang Muslim mereka patut membuat bai'ah kepada kepimpinan parti. Contohnya, "Jika aku mengkhianati parti, akan jatuhlah 1 talak kepada isteri aku (bagi yang berkahwin), dan aku akan dilaknat oleh sekelian makhluk,"
Jika yang bertanding itu masih bujang, bai'ahnya mungkin begini, "Jikalau sekiranya aku mengkhianati amanah pengundi dan parti, sampai bila-bila aku tak akan bertemu jodoh dan aku akan dilaknat oleh sekelian makhluk,"
Jika bai'ah sebegini, pasti tidak ada yang berani khianat lagi. Amacam,Pak Anwar? Saya akan post-kan komen ke dalam blog beliau mengenai cadangan ini ;p
Keputusan Mesyuarat Khas PAS
Mesyuarat khas habis dalam pukul 1 pagi semalam, sebelum bermulanya sidang media. Nampaknya macam mesyuarat biasa saja. Keputusannya, alih-alih cakap "nak kukuhkan Pakatan Rakyat," sebelum ni pun cakap macam tu juga. Muktamar lepas dan tahun lepas pun cakap perkara serupa juga. Hasilnya? Macam tak ada apa-apa. Lepas ni redalah isu ini sekejap. Tengoklah beberapa bulan lagi. Tunggu saja.
Tentang nak tubuhkan Jawatankuasa Disiplin untuk menyiasat PAS Selangor dan Hassan Ali itu bolehlah dipuji sedikit, tambahan pula ketuanya ialah Naib Presiden PAS - Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang yang neutral, tak berpihak kepada mana-mana fahaman. Dan khabarnya pita rakaman yang dirakam oleh al-Banjari didalam rumah Hassan Ali telah diserahkan kepada Tuan Ibrahim. Baguslah. PAS perlu ubah mana-mana "komponen" yang rosak dari sekarang untuk hadapi PRU yang akan datang. Banyak yang kena ganti. Dan dengar cerita Presiden PAS pergi bela Hassan Ali apabila diminta ditukarkan PJ PAS Selangor - nak suruh siasat dulu katanya.
Dan satu seminar khas akan diadakan untuk menggantikan Muktamar Khas (EGM) yang bertempat di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar.
Nota :
Buat apa perlu disimpan lagi empat jari kaki yang kian mereput pada pesakit kencing manis. Kalau sayangkan tubuh, potong saja. Kalau tak, bersiap sedialah hilang sebelah kaki, kalau tak bernasib baik, hilang nyawa terus!
Lepas ni kedengaran lagi ada perjumpaan-perjumpaan sulit ataupun menyerang gaya pentadbiran negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melalui media. Ye tak?
Tunggulah bila isu ini reda nanti. Selagi yang dua-tiga kerat itu tidak dibuang, sampai bila-bila pun isu ini tidak selesai.
Wednesday, October 28, 2009
Menyusahkan!!
Gara-gara idea bangsat (UG) inilah sekarang PAS berada dalam keadaan bercelaru. Gara-gara idea ini jugalah Pakatan Rakyat di Selangor bergolak, dan kerana idea inilah yang menimbulkan keraguan dalam kalangan pengundi dan penyokong PAS. Isu UG, waktu mula-mula dibangkitkan, tak tahu nak terangkan secara terperinci kepada rakyat. Kertas kerja langsung tak dibentangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Presiden berbohong, kata PKR dan DAP sudah diberitahu, tapi dinafikan oleh Lim Guan Eng.
Bila orang dah mula bising suruh tutup mulut. Ahli-ahli tak dibenarkan berkomentar mengenai isu ini. Ingat kami ini bodoh ke? Lepas Muktamar timbul pula isu ini. Tenggelam timbul. Adakan perjumpaan di dalam gelap tapi tak mengaku. Bila nak disingkirkan, dakwa Kepimpinan Ulama' dicabar. Jadilah semua orang PAS wala' membabi buta. UMNO masih lagi berkuasa, tak perlu berunding atau adakan perjumpaan, melainkan ketika UMNO sudah kalah teruk, nyawa sampai ke halkum. Ini tidak. Demi kepentingan Melayu dan Islam konon. Kenapa buat kacau lagi dalam parti? Kalau dah nak sangat, isytihar sajalah nak masuk UMNO. Kan senang. Semuanya beres. Janganlah menyusahkan parti.
Tuesday, October 27, 2009
Kempen : Hentikan Agenda Kerajaan Perpaduan
“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat. Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”. Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”
Ucapan Ustaz Hj Ahmad Awang (mantan Naib Presiden PAS) pada Muktamar PAS Ke-55 lepas.
"Kelab Penyokong PAS ingin bergerak ke depan, dan teruskan usaha-usahanya untuk menjadikan PAS pilihan utama atau 'the only choice' bagi rakyat Malaysia," - Vincent Lee, Wakil Kelab Penyokong PAS.
"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.
"Jika ada pemimpin yang berbincang dengan Umno, mereka harus ingat bahawa Umnolah yang harus ditarik kepada PAS dan bukan kita yang pergi untuk berbincang dengan mereka,"- Ustaz Zulkifli Ahmad, wakil Dewan Pemuda
Sumber : saynotomunafiqeen.blogspot.com (terima kasih)
Monday, October 26, 2009
Tok Guru Nik Aziz Itu Bodoh Sangat Ke???
Saya cukup panas hati dengan kenyataan sesetengah pihak dari pemimpin PAS sendiri, pemerhati politik, mahupun dikalangan blogger sendiri yang tak senang hati apabila TGNA mencadangkan EGM perlu diadakan untuk membuat pembersihan di dalam parti. Melalui kenyataan beliau (TGNA), ternyata beliau amat sayangkan parti dan tak sanggup melihat PAS menanggung beban kerana terdapatnya pemimpin atasan yang menjadi liabiliti.
Mereka-mereka yang bangang (pemimpin tertentu PAS, penulis, blogger, dll) mendakwa TGNA dipengaruhi oleh orang tertentu untuk mengeluarkan kenyataan beliau. TGNA ini bangang sangatkah sehingga tidak boleh membuat keputusan sendiri untuk kebaikan parti? Bodoh sangatkah beliau seolah-olah baru setahun dua beliau berkecimpung di dalam PAS? Ini adalah kenyataan-kenyataan sebahagian daripada manusia yang sewel :
1. "Saya tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan dalam blog itu atas kehendak hatinya atau sama ada ditulis sendiri atau oleh orang lain.
"Setakat yang saya kenal Tok Guru (Nik Aziz) dia tidak akan bercakap perkara seperti itu. Saya juga menghubungi presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bertanyakan isu berkenaan tetapi presiden kata belum membaca blog itu," katanya. - Harun Taib, Berita Harian 26/10/2009 (kenapa pemimpin PAS dari Terengganu terdiri daripada spesis yang bangang?)
2. "Ana fikir ada orang yang mempunyai agenda dengan menggunakan Tok Guru. Ana tidak fikir Tok Guru jadi seperti mana dilaporkan itu. Tidak..ana tidak fikir begitu, enta jangan salahkan Tok Guru," katanya seakan merayu dan kesal kalau saya ada beranggapan Tok Guru silap dalam membuat kenyataan cukup konrtoversi itu. - cerita dari blog MSO (dia memang berdendam dengan Husam Musa, bahkan dialah salah seorang yang kuat sangat berharap supaya Husam Musa kalah bertanding pada Muktamar lepas)
3. Kecenderungan Mursyidul Am sekarang mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut memualkan. Bukan sahaja beliau galak menyokong tokoh-tokoh berpalit mungkar, beliau ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata. Usah bicara lagi tentang taghut dan kejahatan zionis. - Faisal Tehrani. (ini yang membuatkan saya semakin geram, mangkok ini sendiri mengaku tak reti berpolitik, tapi dia ini sibuk-sibuk menghentam PAS, dari dulu lebih-lebih lagi sejak PAS bersama DAP dan PKR. Bidang dia hanya dalam sastera, tapi buat pandai-pandai dalam politik. Si bangang ini hentam TGNA kerana kononnya TGNA buat kenyataan sebegitu untuk memberi ruang kepada Anwar Ibrahim. Tak habis-habis dengan benci dengan Anwar Ibrahim. Penulis bodoh benci kepada Anwar salah satunya ialah Anwar pernah menggelarkan Salman Rushdie sebagai profound, tahun 1993. Salman Rushdie diburu oleh Iran, dan si bengap Faisal Tehrani ini akan menyokong apa sahaja dari Iran kerana dia seorang syiah yang bodoh, tak mengaku tapi duk memasukkan unsur-unsur syiah dalam penulisan. Tapi dalam kepala otak nak kepada perpaduan Melayu, ini kalau saya jumpa dia dah sah kena ludah atas muka)
Nota :
Dan apa jawapan TGNA atas dakwaan kenyataan beliau dipengaruhi oleh orang-orang tertentu?
“Saya dah tua tak perlu didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”
oh tok guruku....
Saturday, October 24, 2009
PAS Perlukan Muktamar Khas
Sebagai parti yang berteraskan Islam, PAS patut menjadi contoh kepada parti-parti yang lain di negara ini. Tambahan pula PAS adalah antara parti yang senior. MCA, sebuah parti cina. Walaupun bukan Islam, tapi jelas mereka mementingkan maruah. Mereka membuat EGM untuk memecat pimpinan mereka yang bermasalah.
Adakah PAS parti yang tidak bermaruah? Membiarkan perosak-perosak bermaharajalela di dalam parti bahkan ada yang mempertahankannya! Para pemimpin serta ahli PAS patut menyahut cadangan Tuan Guru Nik Aziz di dalam blognya, supaya PAS mengadakan muktamar khas bagi membincangkan masalah didalam PAS. Walaupun TGNA tidak mempunyai kuasa untuk menentukan Muktamar khas ini, tapi sebagai pakar rujuk di dalam PAS, pandangan beliau wajar dinilai dengan teliti. Takkanlah beliau nak rosakkan PAS. Biarkanlah kalau ada pemimpin yang akan meninggalkan parti. Pemimpin datang dan pergi. PAS pernah kehilangan orang yang hebat ketika dahulu seperti Dato' Asri dan Nakhaei Ahmad. Tapi PAS dapat bangkit semula.
Patutkah pemimpin yang menjadi liabiliti kepada parti dikekalkan? Mana pergi maruah penyokong, ahli, dan pemimpin PAS itu sendiri? Itulah bahana wala' membabi buta. Dan sejurus selepas TGNA mengeluarkan pandangan, kita dapat lihat beberapa malaun yang kelihatan tidak setuju. Mereka inilah sebenarnya masalah yang patut dilenyapkan didalam parti.
Roslan SMS - "Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana PAS Pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di dalam peringkat kepimpinan parti"
Hasan Ali - PAS Selangor menolak cadangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.
Nasha - "Dasar yang besar perlu kepada keputusan mesyuarat. Presiden tak boleh, timbalan presiden tak boleh, dan tiada sesiapa boleh membuat keputusan secara individu. Saya berpegang kepada prinsip kita (PAS) ada cara dan kaedah untuk menentukan sebarang perubahan dalam parti,"
p/s : Kaedah apa mangkok? Jumpa dalam gelap tak mengaku. Ugut nak saman. Bila dah terkantoi, buat keluar dalil al-Quran.
Mustafa Ali - enggan mengulas kenyataan TGNA (dah terasa lah tu. Baru beberapa bulan duduk kerusi empuk Setiausaha Agung, kawal presiden, kawal parti, buat Harakah macam hak milik mak bapak dia)
Dan seperti biasa, barua ini pun bersuara tidak bersetuju. Lihat sini.
Friday, October 23, 2009
Satu Lagi Mangkuk Hayun Dalam PAS
Alangkah jahat dan hinanya perangai sesetengah pemimpin dan penyokong PAS apabila seseorang tokoh akademik mengkritik gaya perangai dan kepimpinan UMNO/BN, mereka menyanjungi tokoh akademik tersebut. Tetapi apabila tokoh akademik tersebut sekadar memberikan pandangan dan kritikan, semuanya nak mengamuk. Maka sikap PAS sudah hampir menyerupai UMNO - tidak boleh dikritik.
Muka mangkuk disebelah ini memang membawa malang kepada PAS. Ini telah membuatkan saya menjadi semakin benci dan meluat dengan sesetengah pemimpin berserban/berkopiah dalam PAS ini. Tak mengaku kesilapan dan kelemahan diri. Sekarang ramai barua-barua pro-pemimpin UG bersuara. Idris Ahmad (gambar mangkuk disebelah), MSO (barua Mustafa Ali), dan mana-mana barua khususnya dari kalangan geng Terengganu. PAS nampaknya agak bernasib malang - pemimpin yang jenis lembab dan tidak layak, tambahan pula pro-UG, pro-Terengganu, semuanya menduduki tempat atas. Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Dewan Ulamak, dan Ketua Dewan Pemuda. Semuanya hampeh.
Tahniah kerana telah megurangkan sokongan dan minat kaum bukan Islam kepada PAS, malah mereka semakin menjauhi PAS. Tahniah. Kenangan 2004 pasti akan menjelma lagi, dan nasib PAS sama seperti Terengganu pada 2004. Nak suruh ubah, tak mahu. Sekarang pro-UG dan geng Terengganu sudah menguasai PAS Pusat, dan menguasai akhbar Harakah. Siasah pun sama. Ia sudah menjadi hak milik individu yang berkepentingan. Kalau dulu selepas Muktamar, saya agak kurang setuju bila ramai yang mengkritik Presiden PAS, sekarang saya ubah 360 darjah. Saya setuju dengan Aduka Taruna, - cabut Hadi masalah selesai!
p/s : Lawatilah http://msomelayu.blogspot.com/2009/10/ulasan-isu.html tengok betapa jahat dan hinanya MSO menulis.
Thursday, October 22, 2009
Katak Yang Berbohong
Inilah wajah katak yang tak tahu malu, diberi susu dibalas dengan tuba. Amfibia yang tak tahu berterima kasih. Semalam sewaktu sidang akhbar di parlimen, dia memberitahu wartawan bahawa dia adalah bebas. Dan dia berhak untuk menyokong mana-mana pihak. Si Ibrahim al-Kataki ini juga berbohong dengan mengatakan sebelum PRU-12, mungkin PAS merasakan diri mereka lemah lalu meminta pertolongan beliau untuk bertanding di Pasir Mas. Dia juga berkata akan bagi sokongan kepada UMNO kerana melihat UMNO bertambah kuat dan banyak perubahan.
Dasar jenis tak sedar diri. Siapa yang beria-ria memujuk Tuan Guru Nik Aziz supaya dibenarkan bertanding di Pasir Mas menggunakan lambang bulan kalau bukan katak ini? Kalaulah dia bertanding di Pasir Mas menggunakan lambang bebas, dah lama pengundi di sana pakat tak sokong katak gemok ini. Sudahlah tak tahu berterima kasih atas kebaikan TGNA, tapi menghina beliau pula. Nak sangat bertanding di Pasir Mas sampaikan MSO bersusah payah meyakinkan TGNA. Tapi lihatlah bagaimana hasilnya. Tak apa, katak ini hanya sepenggal saja jadi MP, dan ini mungkin kali yang terakhir. Kerana PRU yang akan datang pengundi di Pasir Mas akan ajar cukup-cukup si katak ini, sehingga tersungkur, sebagaimana tersungkurnya dia pada PRU-11 dan PRK Pengkalan Pasir.
Wednesday, October 21, 2009
Ulangtahun Ke-19 Kerajaan Kelantan
Pada 21 Oktober 1990 parti gabungan S46 dan PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan Darul Naim. Tuan Guru Nik Aziz dinobatkan menjadi Menteri Besar yang baru menggantikan Ahmad Yaakob. Semenjak mengetuai Kelantan pada 1990 hingga sekarang, berbagai perkara di dalam pentadbiran negeri diubah, sesuai dengan slogan "Membangun Bersama Islam". Negeri Kelantan menjadi negeri yang Islamik di dalam negara Malaysia. Pada awal pemerintahan, Tuan Guru melakukan perubahan drastik dengan menutup kedai judi, menghadkan jualan arak, menutup kedai kerinting rambut, memperkenalkan sistem perbankan Islam, mengasingkan akaun kerajaan negeri yang mempunyai hasil riba, serta menghapuskan riba.
Tuan Guru Nik Aziz juga membuat beberapa perubahan yang belum terdetik bagi mana-mana Menteri Besar ketika itu, contohnya memperkenalkan cuti bersalin, kerja 5 hari dalam seminggu, mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari cuti dan hari menuntut ilmu, rumah minimum 3 bilik, dan sebagainya. Akhirnya perubahan-perubahan sebegini mulai ditiru oleh kerajaan pusat. Jasa Tuan Guru Nik Aziz begitu besar dalam menyuburkan unsur-unsur Islam di dalam pemerintahan. Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak menjadi Menteri Besar, maka agak lewat bagi rakyat menikmati semua di atas.
Sepanjang pemerintahan Kerajaan PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz dan negeri Kelantan banyak menerima dugaan. Antaranya dinafikan bantuan oleh kerajaan pusat, negeri Kelantan dianak tirikan, sehinggakan Tuan Guru Nik Aziz terpaksa merangkak untuk membangunkan Kelantan, tambahan pula sepanjang pemerintahan beliau, beliau tak habis-habis dicemuh dan difitnah oleh UMNO. Banyak kenyataan beliau dimanipulasi dan diselewengkan oleh UMNO. Tapi Tuan Guru Nik Aziz tetap bertahan hingga sekarang. Kelantan semakin makmur. Agak susah untuk mencari pengganti yang serupa dengan beliau untuk mengemudi negeri Kelantan.
Hari ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana berjaya memerintah dan mempertahankan Kelantan selama 19 tahun. Hari ini juga genap 19 tahun pemerintahan kerajaan PAS Kelantan. Semoga ia berkekalan.
Tuesday, October 20, 2009
Layakkah Kerabat Diraja Perak Dihormati?
BENARKAH DAKWAAN RAJA PETRA?
Raja Petra ada menulis artikel mengenai kenapa Sultan Perak sanggup memperkenankan kerajaan haram BN di Perak walaupun tindakannya melanggar undang-undang tubuh kerajaan negeri dan sebab-sebab kerajaan PR di Perak tumbang. Artikelnya boleh dilihat di sini. Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu di sini.
Kalaulah benar, adakah patut kita memberi hormat kepada puak-puak yang tamakkan harta ini walaupun sudah kaya? Adakah kerana mereka ini mempunyai takhta, raja Melayu, maka kita membenarkan mereka bersekongkol dengan pemerintah dan seterusnya membolot harta rakyat? Adakah ketaatan kepada Raja-Raja Melayu itu suruhan daripada Allah dan Rasul, sampaikan orang Melayu tak berani berkata apa-apa terhadap golongan ini. Sepatutnya mereka tidak mencampuri urusan politik. Saya berani katakan, semenjak kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak pada Februari lalu, rasa hormat saya kepada sultan alah tu hilang. Begitu juga kurangnya rasa hormat saya dengan kerabat-kerabat diraja yang lain. Pada saya mereka wujud tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Malaysia. Sebaliknya, wang yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat dihabiskan untuk membayar elaun-elaun mereka. Mereka semua sudah kaya raya, ada syarikat, ada perniagaan, tapi masih kepingin duit dan harta rakyat.
Raja Petra juga ada menceritakan bagaimana Sultan Selangor dan Sultan Perak sengaja melambat-lambatkan perlantikan Menteri Besar kerajaan gabungan parti pembangkang selepas PRU-12. Ini bertujuan untuk memberi sedikit masa kepada PAS untuk berunding dengan UMNO membentuk kerajaan, dan juga mencuri sedikit masa untuk UMNO menghapuskan bukti penyelewengan mereka di pejabat pentadbiran negeri. Tidak hairanlah kerana sultan tersebut Melayu, kononnya bila kerajaan PR terbentuk, tergadailah hak-hak Melayu, dan kononnya juga kerajaan yang pemimpinnya majoriti Melayu wajib dibentuk untuk menyelamatkan orang Melayu, poorah! Tengoklah Perak sekarang. Kerajaan Melayu apa, Menteri Besarnya itu mamak keling yang diimport dari Malabar. Semalam baru dikhabarkan bahawa kerajaan haram BN Perak menganugerahkan tanah kepada orang India. Mana dia Melayu-melayu yang kuat menyalak selama ini? Ooo bila Nizar bagi tanah kepada orang Cina yang miskin kamu bising, sekarang mana perginya semangat Melayu kamu semua? Hipokrit!
Tengoklah apa yang ditawarkan oleh Najib kepada Sultan Perak. Harta-harta yang tak ternilai harganya, yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang susah, tapi dibaham oleh seekor anaconda. Walaupun sudah kaya tapi sudah menjadi dasar manusia bajingan, harta yang dimiliki sekarang sentiasa rasa tidak mencukupi. Patutkah mereka ini kita hormati? Itu tak termasuk dengan perangai sebilangan kerabat diraja yang lebih sudu dari kuah. Nanti bila isu ini digembar-gemburkan, nanti adalah pemimpin dan penyokong UMNO (laknatullahi alaihim ajmain) kata menderhaka. UMNO hanya berani berselindung di belakang istana. Menang cara pondan.
Nota :
Sultan Selangor dan Sultan Perak mempunyai pertalian darah. Patutlah perangai dekat-dekat nak serupa. Sehingga sekarang Sultan Perak tak pernah melayan sebarang permintaan dari Ir. Nizar, sama ada untuk bubarkan DUN, menghalang notis persidangan DUN daripada speaker haram Ganesan, dan lain-lain. Raja Petra mendakwa selama pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Sultan Perak membuat bermacam-macam permintaan sehingga ada yang tidak boleh Ir. Nizar tunaikan. Ini membuatkan Sultan Perak murka dan apabila Najib memberitahu bahawa PR sudah tidak punya majoriti, serta merta baginda memperkenankan membentuk kerajaan BN Perak. Dan dikhabarkan Najib ada juga ugut Sultan Perak dengan mengatakan Raja Nazrin tak akan menjadi pengganti Sultan Perak. Syabas Raja Petra. Pahlawan alam cyber.
p/s : Adakah suatu hari nanti rakyat Malaysia akan menjadi seberani rakyat Iran yang berjuang menghapuskan sistem monarki sebelum Revolusi? Mungkin tidak!
Monday, October 19, 2009
Keahlian Penuh Kepada Bukan Islam
Sudah tiba masanya PAS memberikan keahlian penuh kepada penyokong-penyokong di Kelab Penyokong PAS. Dan seterusnya menaiktarafkan Kelab Penyokong sama seperti Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat. Ini penting untuk mengukuhkan sokongan kaum bukan Islam di negara ini, peratusan undi mereka tidak boleh dipandang ringan. Dan seterusnya untuk menarik lebih ramai lagi orang bukan Islam kepada perjuangan Islam. Biar mereka lebih faham dan jelas tentang matlamat dan halatuju PAS.
Isu ini sudah lama ditimbulkan oleh pemimpin dari Kelab Penyokong PAS itu sendiri. Hu Pang Chaw contohnya mahukan Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf menjadi Dewan. Pemimpin tertinggi PAS patut membuat kajian dan berbincang mengenai hal ini. Jika mahu menawan negara ini dan menggantikan BN, PAS harus terlebih dahulu menawan hati pengundi sama ada Islam mahupun bukan Islam. Jika tidak, PAS hanya mampu bersarang di Kedah, Kelantan, dan Terengganu sahaja. Bukankah slogan PAS ialah PAS FOR ALL? Dan agama Islam adalah untuk semua?
Pedulikan apa yang bakal dikatakan oleh puak-puak laknatullah yang bergelar UMNO.
Saturday, October 17, 2009
Masalah Di Dalam Pakatan Rakyat
Masalah-masalah :
1) Pergeseran di antara PAS dan DAP yang ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin tertentu di dalam parti tersebut. Pembuat masalah di dalam PAS ialah : Hadi, Mustafa, Nasha, Hasan Ali. DAP pula : Teresa, Ronnie, Jeff Ooi.
Isu : Arak di Selangor, Selcat, tulisan jawi di papan tanda, Kerajaang Perpaduang, kandang babi, dan lain-lain.
2) Pergolakan dalaman PAS : Di antara puak pro-Kerajaang Perpaduang Makang Ikang dengang puak pro-Pakatan Rakyat (yang digelar "Erdogan" oleh UMNO). Di Selangor lebih ketara, diantara Khalid Samad dengan Hassan Ali.
3) Kerajaang Perpaduang - skandal perjumpaan dalam gelap, Task Force, perjumpaan di hotel Sheraton, Subang.
4) Lompat parti : Di Perak dan Kedah (wakil rakyat PKR)
5) Kegagalan agenda 16 September
6) Menyerang setiap konsert - tetapi tidak mencadangkan alternatif, ataupun serang konsert didahulukan, kemungkaran yang lain buat-buat tak nampak (saya merujuk kepada Pemuda PAS yang semakin menjengkelkan dan membosankan semenjak jawatan Ketua Pemuda bertukar tangan, dah la imej skema macam budak tadika, anak-anak muda tidak cuba didekati)
7) Krisis di dalam PKR - isu Zaid Ibrahim bercuti selama 6 bulan, dipercayai ada kaitan dengan Azmin Ali.
p/s : Rupa-rupanya Azmin Ali ini spesis yang nakkan jawatan juga, mengamuk sakan bila ketua-ketua PKR cabang di Sabah sepakat menolak Azmin, sehinggakan Anwar pun tak dapat nak tenangkan dia. Dari sumber yang lain, Azmin Ali resah dan cemburu kerana Zaid Ibrahim banyak sumbangkan idea kepada Anwar dan ini membuatkan Zaid dan Anwar menjadi rapat. Busuk hati punya orang. Dah la tiru semua gaya Anwar. Dari gaya pakaian sampailah kepada gaya bercakap. Lebih teruk dari perempuan.
Masalah yang lain :
PAS mempunyai masalah dalaman (diantara pemimpin), PKR pun sama, tambahan pula mempunyai 3 orang wakil rakyat yang lompat parti, DAP pula mempunyai masalah yang sehingga kini tidak boleh ngam dengan dasar Islam.
Nota :
Nampaknya bermula dari sekarang pemimpin-pemimpin PR patut selesaikan masalah-masalah seumpama ini dengan gentlemen. Baru setahun lebih berpakat, sudah timbul bermacam-macam isu. Setiap parti ada masalahnya yang tersendiri. Jika tak mahu peratusan kemenangan berkurang pada PRU yang akan datang, eloklah baiki apa yang rosak di dalam sistem PR. Jika ada yang perlu dibuang, buanglah jauh-jauh!
Thursday, October 15, 2009
Kawan Baru Paul Wolfowitz
Paul Wolfowitz dikatakan telah memutuskan persahabatan dengan Anwar Ibrahim kerana merasa tertipu dengan Pak Syeikh yang disangkakan pakar dalam bab raba-meraba. Sekarang Paul mendapat kawan baru yang juga dari Malaysia, seorang ahli parlimen dari negeri Pahang. Difahamkan bahawa ahli parlimen tersebut merupakan orang yang bertanggungjawab passing-kan Rosmoh kepada Datuk Nazak lebih kurang 20 tahun lalu. Sekarang ahli parlimen tersebut berjanji untuk mengajar Paul Wolfowitz kaedah meraba-raba dengan betul serta teknik jarjis menjarjis kah kah kah.. Dengan syarat Paul putus kawan dengan Anwar. Sewaktu gambar mereka tengah mempratikkan teknik meraba tangan diambil, ahli parlimen tersebut terpaksa membelakangkan kamera kerana bimbang diketahui oleh parti pembangkang di Malaysia jika gambar ini tersebar.
Tuesday, October 13, 2009
Pemimpin Tertentu PAS Patut Muhasabah Dan Berundur
Menang sikit sibuk berebut ''ghanimah''. Kerusi Ahli Majlis Perbandaran, Ketua JKKK, dan seumpamanya menjadi igauan. Pemimpin pula leka dengan kerusi empuk pimpinan. Baju pula sudah berbatik-batik. Jika dulu, bertemu penyokong, bersalaman dan berpelukan sudah menjadi perkara biasa. Mengimamkan solat, makan sama-sama, bermalam di markas, makanan dalam polisterin, melawat ahli akar umbi - sekarang mana perginya semua itu? Lebih rela sewa hotel 5 bintang di Bagan Pinang baru-baru ini.
Isu hangat yang timbul dan melibatkan PAS seperti Selcat, isu kuil di Shah Alam, mana dia pimpinan tertinggi PAS bersuara? Dan membiarkan Hassan Ali membuat sesuka hati. Penyokong bukan Islam sudah ada yang tawar hati dengan PAS. Ketelusan dan integriti bukan lagi fokus utama, sebaliknya membela melayu yang korup menjadi agenda. Pimpinan tertinggi langsung tak menegur perbuatan sesetengah pesuruhjaya yang bertindak di luar batasan. Kesannya pengundi-pengundi tidak berapa yakin dengan PAS. Seolah-olah sokongan kaum bukan Islam bukan menjadi perkara penting. Kalau nak Islam memerintah, sesuaikanlah dengan suasana Malaysia! Strategi, bukannya asyik membuncitkan perut.
Nak sangat berbaik dengan UMNO, sampaikan perwakilan parti jadi membodohkan diri nak pertahankan kepimpinan ulamak konon. PAS boleh lagi ke kawal masjid, pantau Majlis Agama Islam, kawal aktiviti arak, judi, dan lain-lain kalau dengan UMNO?
Nota :
Pemimpin veteran yang menjadi liabiliti kepada parti patut disuruh berundur atau disingkirkan. Sekarang geng dari Terengganu mempunyai pengaruh yang besar di dalam parti. Masing-masing sibuk nak mengenyangkan perut. Agenda Islam ditukar dengan agenda Melayu. Perangai pun sudah jadi macam UMNO. Ada sesiapa masih ingat bagaimana artikel dari Tuan Guru Nik Aziz ditarik balik dari Harakah gara-gara beliau menegur Pesuruhjaya PAS Terengganu pada ketika itu? Ingat lagi tentang peratusan undi yang diperolehi Husam Musa sehari sebelum keputusan pertandingan Timbalan Presiden diumumkan? Peratusan menjadi berkurangan, dan Nasha menang pertandingan itu. Siapa punya kerja ni?? Parasit serta virus inilah yang perlu dibuang dengan menggunakan antivirus yang paling berkesan.
Monday, October 12, 2009
Untuk Pengundi Bagan Pinang Dan PAS
Tahniah kepada pengundi di Bagan Pinang kerana atas kebodohan kamu semua nak sangat kepada pembangunan (kononnya) kamu sanggup gadaikan maruah kamu dengan memberi kemenangan besar kepada seorang perasuah. Bergembiralah dengan babi-babi di Bukit Pelanduk. Memalukan Islam. Sedangkan rasuah merupakan perkara yang jijik di sisi Islam. Oh lupa, UMNO mana kisah sangat benda-benda macam ni, asalkan "masyuk", pangkah kepala anjing pun tak apa! Ambik la pembangunan, nak sangat. Bodoh punya melayu (yang bukan melayu sudah tentu pangkah PAS).
Buat PAS pula, padan muka sebab kalah. Itulah, selama ini Allah bagi kemenangan berturut-turut, dah mula bongkak dan lupa diri. Pemimpin-pemimpin dah tahu bergaya, citarasa dah tinggi. Bila dah menang sikit mulalah lupa dengan prinsip perjuangan, nak sangat bersatu dengan puak sekular, perpaduan konon! Padan muka PAS. Kan dah kalah dengan majoriti lebih besar, kalah dengan perasuah pulak tu. Jangan haraplah nak perintah selagi ada muka-muka yang tak sedar diri dalam parti tu. Menang sikit lupa diri.
Sunday, October 11, 2009
Pertahankan Maruah Di Bagan Pinang
Amat memalukan jika seseorang itu mengaku Islam, tapi mengangkat seorang perasuah untuk dijadikan pemimpin. Di mana maruahnya sebagai Islam jika memalukan agama sendiri. Perasuah diangkat, amanah diberikan kepada orang yang bukan layak, saat itulah berlakunya kehancuran. Pengundi-pengundi di Bagan Pinang (terutamanya Melayu), kamu semua amat hina dan tidak punya maruah jika kamu semua membenarkan Isa Samad menjadi pemimpin. Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Isa Samad (kononnya tindakan tatatertib, nak sebut merasuah malu!), sepatutnya sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras Isa Samad patut disingkirkan daripada menjadi pemimpin yang mewakili Bagan Pinang. Berilah undi kepada calon yang mempunyai rekod yang bersih, yang layak untuk menjadi wakil rakyat.
Saturday, October 10, 2009
Taraf UMNO Dan 1 Malaysia
Hanya layak dibakul-sampahkan. Slogan berubah setiap kali bertukar PM. Rakyat dibodoh-bodohkan.
p/s : Tempoh kempen PRK N31 Bagan Pinang hanya tinggal kurang daripada 24 jam sebelum tarikh pembuangan undi iaitu esok, 11 Oktober. Pada pengundi di Bagan Pinang, buatlah pilihan dengan bijak, dan amanah yang diberikan kepada calon yang bertanding untuk dijadikan pemimpin akan disoal oleh Allah SWT.
Friday, October 9, 2009
Kempen Cara UMNO
Di Bukit Gantang dulu, amoi-amoi juga digunakan untuk menambat hati pengundi. Disediakan pentas untuk amoi-amoi tersebut menyanyi. Sekarang di Bagan Pinang cara yang sama digunakan untuk mempromosikan calon BN.
p/s : Percaya amoi-amoi di atas tetap mengundi pembangkang. Sekarang pengundi bukan Melayu cerdik, depan petugas/pemimpin BN mereka tunjukkan sokongan, tapi bila hari mengundi mereka pangkah pembangkang. Walaupun dapat habuan atau saguhati dari BN, itu semua tidak berjaya membodohkan mereka. Tak macam orang Melayu, terutamanya orang kampung.
UMNO bagi kain, gula, duit, baja, subsidi, ambil jangan tak ambil. Tapi pangkah tetap untuk bulan. Itu cerdik namanya!
Pemuda PAS Kena Tetak
Sekitar jam 3 pagi tadi sekumpulan pemuda yang menaiki motor dan kereta menyerang markas PAS yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Bagan Pinang, pemuda-pemuda UMNO laknatullah tersebut ada yang bersenjatakan parang, menyerang petugas-petugas PAS.
2) Mana dia Ketua polis dan polis-polis di Negeri Sembilan? Beberapa jam selepas berita Azeez dipukul, buat kenyataan media, nak siasat. Sekarang mana kamu semua? Jangan hinakan maruah kamu selaku penjaga keamanan. Jangan jatuhkan maruah makbapak kamu.
Wednesday, October 7, 2009
Cara UMNO Bodohkan Orang Melayu
PEMBANGUNAN DAN PROJEK! Inilah yang selalu dilaungkan oleh UMNO/BN untuk membuatkan orang Melayu terus jadi bodoh. Mengatakan bahawa tak ada pembangunan jika pembangkang memerintah. Parti yang selalu jadi mangsa ialah PAS, dan negeri yang selalu dituju ialah Kelantan, kononnya tak ada pembangunan. Hebat sangat ke pembangunan yang dicanangkan oleh UMNO tu?
Jangan perbodohkan rakyat. Sabah negeri termiskin di Malaysia, diikuti oleh Terengganu. Kedua-dua negeri ini diperintah oleh BN. Kelantan pada tempat ke-6. Terengganu dan Sabah mempunyai hasil mahsul yang banyak, tapi rakyat miskin disebabkan UMNO. Apa gunanya adanya pembangunan tapi rakyat hidup dalam kesempitan? Apa nak dibanggakan? Itu tak termasuk pembangunan rohani. Apa sumbangan UMNO dalam membangunkan rohani orang Islam di Malaysia?
Kelantan walaupun pembangunan kurang, itu disebabkan UMNO/BN yang jahat lagi khianat. Bermacam-macam sekatan dibuat terhadap Kelantan semenjak tahun 1990. Walaupun ada rakyat Kelantan yang hidup susah, tapi mereka ada bermacam-macam aset. Ada tanah, barang kemas (terutamanya kaum wanita), dan ternakan. Kita tengok walaupun penduduk negeri Kelantan dari segi luarannya hidup tak berapa senang, tapi mereka mempunyai aset dan harta yang bukan di dalam bentuk wang. Itu lebih baik daripada negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN, tapi tanah orang Melayu habis kesemuanya digadai kepada puak-puak kapitalis.
Malaysia negara yang kaya, mempunyai banyak hasil mahsul - petroleum, kayu balak, berbagai bahan galian, dan lain-lain. Tapi rakyat kebanyakannya hidup kesempitan. Jauh ketinggalan dengan negara yang setaraf dengan Malaysia suatu ketika dulu. Anak-anak bangsa nak belajar, terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Korea Selatan suatu ketika dulu setaraf pertumbuhan ekonominya dengan Malaysia, sekarang jauh lebih maju. Di sana sambungan internet jauh lebih baik dari Malaysia. Pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan berkali ganda daripada rakyat Malaysia (bukankah suatu ketika dulu kerajaan UMNO membuat dasar Pandang Ke Timur?).
Kita tengok pula Singapura. Hakikatnya rakyat di sana 5 kali ganda pendapatannya berbanding rakyat Malaysia. Walaupun gaji tak seberapa, tapi mereka hidup senang. Singapura suatu ketika dahulu sebahagian daripada Malaysia, sekarang menjadi jauh tinggi tarafnya dan terkenal di serata dunia. Hanya orang Melayu Malaysia masih diperbodohkan dan dicandu oleh UMNO/BN. Pembangunan di Singapura dan Korea Selatan dengan pembangunan di Malaysia boleh diibaratkan seperti langit dengan bumi. Apalah yang ada dengan Korea Selatan dan Singapura - hasil mahsul kurang berbanding Malaysia, tapi negara-negara tersebut telah meninggalkan Malaysia jauh ke belakang.
Setakat rumah batu 2 tingkat, di Korea Selatan ianya hanya didiami oleh rakyatnya yang bekerja sebagai tukang paip. Di kampung-kampung, setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer. Di Malaysia? Fikirkan sendiri. Walaupun pendapatan rakyat Singapura dan Korea Selatan ada yang kecil, tapi mereka tidak rasa terbeban. Mereka mampu hidup. Hanya Malaysia saja yang terseksa jika kerja dengan gaji yang kecil, tambahan pula bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Malaysia mempunyai pembangunan, dan salah satu negara yang membangun, tapi hakikatnya ia boleh dikategorikan sebagai negara miskin - masih ramai rakyatnya tidak cukup makan dalam satu hari, harga barang melambung naik, tiada jumlah gaji tetap, pendidikan mahal - ditambah lagi dengan sistem ekonomi kapitalis yang menindas, membuatkan rakyat Malaysia sungguh malang nasibnya kerana mempunyai UMNO sebagai pemimpin. Setiap 5 tahun membodohkan rakyat kononnya hanya mereka boleh bawakan pembangunan, dan mangsanya ialah orang Melayu. UMNO telah menjadikan orang Melayu tak tahu berfikir dengan rasional. Nasiblah!
Nota :
Rakyat di negara Jepun dan Korea Selatan, walaupun berkerja sebagai tukang paip, buruh binaan, peniaga kecil-kecilan, petani - mereka langsung tidak merasa terhina dan rendah diri dengan pekerjaan sebegitu. Dan negara sebegitu tidak perlukan orang asing untuk membangunkan ekonomi negara, berbanding Malaysia. Rakyat Korea Selatan dan Jepun tidak merasa terbeban jika bekerja sebegitu, kerana pendapatannya mampu menyara keluarga mereka, dan mereka ada lebihan untuk dibuat simpanan - ini kerana ekonomi yang baik dan diuruskan oleh kerajaan yang baik - bebas rasuah. Jauh dengan Malaysia.
Malaysia pula, rakyatnya (orang Melayu) merasa terhina jika bekerja sebagai tukang cuci, buruh binaan, tukang besi dan paip, kerana mereka telah dibodohkan oleh kerajaan UMNO/BN sejak dari dulu. Fikiran masih lagi dijajah, hidup penuh dengan propaganda - jadilah Melayu sebagai bangsa yang paling bodoh dan bahalol. Ini menyebabkan kebanjiran pendatang asing yang mambawa 1001 permasalahan di negara ini untuk berkerja sebagai buruh, tukang cuci dan lain-lain. Salahkan UMNO dan kebodohan bangsa Melayu sendiri apabila negara Malaysia terpalit dengan berbagai skandal, rasuah, imej tercemar dengan kemiskinan, kebanjiran pendatang asing.
Orang Melayu masih bodoh kerana memilih dan setia kepada UMNO/BN. Kalaulah bangsa ini cerdik, dari dulu lagi Malaysia bertukar kerajaan.
p/s : Catatan ini adalah hasil luahan saya sendiri selaku warganegara yang melihat keadaan negara ini yang penuh denga kekotoran dan benda yang jijik. Boleh di cut-paste jika mahu.
Tuesday, October 6, 2009
Shahrir Samad Masuk PAS?
Dulu Khalid Samad pernah kata nak pujuk abang kesayangan dia (Shahrir Samad) untuk menyertai PAS pada hari raya. Sekarang tak tahu berita, dia dah pujuk atau belum. Keluarga Khalid Samad ni memang campur-campur. Ada PAS, ada UMNO. Adik beliau sendiri ketua UMNO cawangan Seksyen 6 Shah Alam.
Tapi kalau jadi kenyataan, Khalid Samad berjaya tarik Shahrir, tak apalah. UMNO dah ada beberapa orang dari Pakatan Rakyat - Ibrahim Ali, Zulkifli Noordin, Hasan Ali, Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa, dan lain-lain. Kali ni biarlah Shahrir pula menyeberang kalau dia mahu. Pengundi di Parlimen Johor Bahru mesti faham punya. 20 tahun lalu Shahrir pernah bertanding di sana dan menang dengan menggunakan lambang anak kunci, walaupun ada calon BN, tapi pengundi Johor Bahru tetap pilih Shahrir.
Shahrir Samad berpolitik di zaman kebangkitan orang Melayu (selepas tragedi 13 Mei), sebab itulah dipilihnya UMNO sebagai tempat berjuang. Manakala Khalid Samad pula membesar semasa zaman kebangkitan Islam (selepas revolusi Iran 1979), PAS menjadi pilihan.
Sebenarnya Khalid dah pujuk atau belum?
p/s : Shahrir masih mahu ke sertai PAS memandangkan PAS pun ada krisis dalaman, tambahan pula dengan sesetengah pemimpinnya yang syok sendiri dan berlagak.
Pelakon Dan Pelawak Terbaik Di Bagan Pinang
Inilah muka pelakon terbaik di Bagan Pinang. Sekarang ini beliau dikhabarkan telah sakit tenat di hospital gara-gara telah ditumbuk oleh beberapa orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon. Dah lah kulit gelap ada hati nak tunjuk lebam kat semua orang kah kah kah. Apa pun tak nampak melainkan kulit beliau yang metalic hitam tuh. Mana lebamnya? Doktor kata lebamnya pun warna hitam :) memang serius punya kecederaan. Boleh meninggal tu. Pemuda-pemuda dan putera-putera UMNO disarankan selalu melawat dan menziarahi beliau di hospital sambil membawa capati sebagai buah tangan dan membacakan surah Yaasin beramai-ramai.
Lihat gambar-gambar ini. Mamak MIC masuk UMNO ini telah ditumbuk oleh penyokong-penyokong PAS apabila mereka lalu di situ. kah kah kah. Selepas ditumbuk mamak ini masih boleh berjalan sambil kontrol macho.
Muka sedih tamby selepas kena "pukul". Sama macam muka orang-orang India yang kehilangan rumah akibat diroboh di Kampung Buah Pala.
Nota :
Kaum mamak memang selalu suka timbulkan kontroversi dan huru-hara. Era kerajaan kesultanan Melayu Melaka dulu, mamak-mamak spesis dia inilah yang menimbulkan ketegangan dengan orang Melayu. Kerajaan Melaka sudah jadi sedikit tak stabil. Sekarang mamak-mamak sebegini muncul semula dengan wadah baru dan berharap mereka juga menjadi melayu dengan menyertai UMNO.
Monday, October 5, 2009
Beraya Di Bagan Pinang
Satu lagi pilihanraya kecil menyusul selepas Permatang Pasir. Perubahan sudah kita lihat di kawasan Timur, Barat, dan Utara. Dan kali ini kita semua menyaksikan apa yang bakal berlaku di Bagan Pinang, salah satu kawasan pilihanraya dalam Negeri Sembilan, terletak di kawasan Selatan. PRK kali ini mungkin agak mencabar, kerana PAS akan menggempur pertahanan UMNO/BN, setelah sekian lama PAS menjadi posisi penahan. Satu lagi cabaran ialah mentaliti pengundi di kawasan Selatan, yang rata-ratanya masih pekat dengan BN.
Berbagai isu yang timbul bagi memeriahkan suasana PRK. Pastinya isu sewaktu Isa Samad (Calon BN) menjadi MB suatu ketika dahulu diungkit kembali untuk PAS meraih undi. Begitu juga dengan isu undi pos yang dikhabarkan berjumlah lebih dari 4 ribu. Calon BN, semua sudah tahu rekodnya, pernah memegang jawatan dalam parti dan kerajaan negeri, hampir kesemuanya negatif. Calon PAS pula, seorang Pesuruhjaya negeri yang belum tahu lagi akan kemampuannya menjadi pemimpin. Ini semua akan ditentukan oleh pengundi di Bagan Pinang, yang mana satu pilihan mereka.
Dan yang "panas" sekarang ialah mengenai isu penyokong PAS yang bertindak ganas sewaktu hari penamaan calon. Seperti biasa, yang menjadi mangsa ialah PAS. Ganas, itulah, inilah. Mamak MIC yang tersesat masuk UMNO mendakwa telah dipukul oleh sembilan orang penyokong PAS. Maka bersemangatlah anak ayah yang menjadi Menteri Dalam Negeri yang bersungguh-sungguh mahu menyiasat sesiapa yang terlibat. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kata mamak tersebut berbohong. Ini semua isu yang menghangatkan suasana PRK.
Isa Samad ada rekod yang buruk semasa jadi MB, dan dikenali sebagai perasuah apabila digantung bertanding pada pemilihan UMNO beberapa tahun dahulu kerana merasuah perwakilan yang akan memilihnya bertanding (senasib dengan Ali Rustam). Pengundi Bagan Pinang, sah kamu semua tidak mempunyai maruah sebagai muslim jika Isa Samad menang. Kamu semua akan berketuakan dan mempunyai pemimpin yang rasuah, perkara yang diharamkan di dalam Islam sehingga Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang memberi dan menerima rasuah semuanya ke neraka,".
Jadi tunjukkan kepada semua bahawa kamu semua ialah pengundi yang mempunyai maruah, jika di negara lain, rakyatnya mendapati pemimpin mereka ada kes rasuah, mereka akan membuat bantahan besar-besaran. Jadi jangan malukan kamu semua sebagai muslim. Orang yang jelas mahu Isa bertanding ternyata mereka semua tak punyai maruah.
p/s : walaubagaimanapun, ini mempunyai kebaikan kerana MB Negeri Sembilan sekarang ternyata tidak senang jika Isa masuk semula ke DUN. Pasti akan ada usaha dari pihak-pihak tertentu yang mahu memastikan kekalahan Isa.
Saturday, October 3, 2009
Akhirnya.... Gedung Kartun!
Yihuu... akhirnya dapat juga saya menikmati Majalah humor yang telah diharamkan iaitu Gedung Kartun. Saya beli pada 2 hari lepas di salah satu pondok jualan akhbar di bandar Kuala Terengganu. Saya menanya tauke yang menjaga kedai itu, macam mana dia berjaya memperoleh majalah yang diharamkan itu. Dan dia menjawab dengan melalui cara penyeludupan! Rupa-rupanya majalah ini pun menjadi mangsa penyeludupan gara-gara tindakan pemimpin negara yang takut dengan kebangkitan rakyat melalui berbagai wadah.
Ulasan mengenai Gedung Kartun :
Saya mengambil masa kurang dari sejam untuk menghabiskan kesemua isi yang terdapat di dalam majalah tersebut. Memang sangat menarik dan lain daripada yang lain. Walaupun sarat dengan kartun humor, ia memaparkan mesej tertentu kepada pembaca mengenai isu-isu semasa di dalam negara ini.
Terima kasih kepada krew-krew majalah ini dan semoga ia bertahan lama.