Thursday, October 14, 2010

Cerita Tok Janggut di alam akhirat.

Oleh : Aduka Taruna (adukataruna.blogspot.com)

"Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?"
"Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?"
"Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?"


Khalid Al-Walid tunduk dan sedikit lesu. Walau dianugerahkan pelbagai kemuliaan pada hari itu, ada riak segan di wajahnya.

“Eh… Panglima Khalid. Silakan.”

Sapa seorang lelaki berwajah bercahaya. Tetapi tangan dan kakinya kudung. Parut berselirat. Manusia seumpamanya, cacat di sini sana menoleh dan beranjak member penghormatan kepada Khalid. Di alam itu, siapa yang tidak kenal akan nama Khalid Al-Walid? Siapa? Oh.. yang itu memang la tak kenal. Warga Felda Melayu Hutan.

"Tidak mengapa. Biarkan aku di sini. Kalian lebih mulia dariku. Akulah Khalid yang mati di kalangan manusia2 mati di atas katil."

"Bangsa bangsat manakah yang bercita-cita mati di atas katil?"

Penuh semangat. Membakar jiwa yang hadir. Begitu ramai. Walau sudah berakhir, di alam yang sudah tiada lagi dosa atau pahala, namun, itulah dia. Pejuang tetap pejuang. Darahnya hidup, jiwanya sarat.

"Bangsa bangsat dan dayus manakah yang lahir ke dunia dan bercita-cita mati di atas katil dan dikelilingi oleh anak cucu?"

"Bangsa Melayu...." Bisik seorang lelaki berjanggut perlahan. lemah dan kesal. Menggeleng2kan kepala. Badannya penuh dengan kesan siksaan.

"Siapakah lelaki itu?" Tanya Khalid Al Walid. Fokus matanya dituding ke arah lelaki gelap dan berjanggut itu.

"Owh.. Itu namanya Tok Janggut, wahai Panglima Agung. Niatnya menyahut seruan jihad dari Uthmaniah Turki menentang British diterima Allah. Syahidnya diangkat mulia.

Khalid bergerak menuju ke arah lelaki itu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Tiada lagi saudara kita dari kalangan bangsamu?"

"Ada, tetapi terlalu sedikit. Ada di sebelah sana."

"Mat Kilau?"

"Itu hanyalah samseng kampung yang marah kerapa British kerana menggangu wilayah sempitnya. Hanya 2 askar Benggali British memburunya, sudah membuatkan dia lari lintang pukang. Diangkat pewira oleh buku teks Melayu kerana Melayu memang bangsa bangsat yang tiada wira."

"Dol Said?"

"Itu sekadar Ketua Kampung yang marah apabila kuasanya memungut cukai diganggu British. Setelah ditawar pencen, dengan Naning sekali menjadi milik British. Diangkat pewira oleh buku teks Melayu kerana memang tiada siapa yang boleh dimasukkan dalam buku teks."

"Siapakah bangsa bangsat yang mengharapkan kematian paling dayus dikatil empuk, di dalam air-cond, tetapi mati kerana HIV dan rempit?"

"Wahai saudara ku yang begitu bersemangat.. dari tadi aku ingin bertanya kepadamu." Tok Janggut mula bersuara.

"Silakan."

"Seghoti. Aku tahu mu sebaka denge ku. Tapi aku nok tahu baju pere hok mu tu. Nipih, warno meroh meghe ado numbo pulok alik belake."

"Owh... yang inilah baju hok Red Warrior."

"Nate gapo tu? Mu mati kano gapo?"

"Gocoh denge penyokong Selangor. Gomo Klate gomo!"

1 comments:

Anonymous said...

how are you!This was a really fine topic!
I come from milan, I was fortunate to approach your website in digg
Also I obtain a lot in your subject really thank your very much i will come every day