Sunday, October 24, 2010

Harapan di DUN Galas

Dalam banyak-banyak isu yang bakal digunakan oleh parti yang bertanding, salah satunya adalah isu "anak tempatan" yang dimainkan oleh UMNO. Harapan saya ialah tidak mahu lagi melihat kebodohan pengundi (terutamanya orang Melayu) apabila tiba hari mengundi. Kalau tak mahu pilih calon kerana merasakan dia tidak sesuai untuk menjadi pemimpin atau tidak boleh menggalas tanggungjawab, itu tak mengapa. Tapi janganlah tidak mengundi atau memilih semata-mata dia bukan anak tempatan.

Anak tempatan atau orang luar bukannya isu. Yang penting, apakah calon tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya selepas dipilih oleh rakyat. Jangan ulangi kebodohan orang-orang Melayu di Parlimen Kuala Terengganu (pada PRU 2008) dan juga Parlimen Hulu Selangor. Calon PR yang bertanding di sana kalah kerana salah satu faktor ialah mereka bukan anak tempatan. Di Kuala Terengganu, jelas orang PAS menunjukkan kebodohan sebilangan daripada mereka apabila tidak mengundi Mohamad Sabu sebaliknya mengundi calon BN. Apabila berlaku pilihanraya kecil di kawasan itu, isu anak tempatan sekali lagi timbul dan Azman Shapawi menolak orang luar.

Wahid Endut dicalonkan, akhirnya sebahagian pengundi PAS yang mengundi BN sebelum itu memberikan undi mereka kepada calon PAS hanya kerana calon PAs adalah anak tempatan. Jadi, saya berharap sangat supaya tidak melihat lagi kebodohan tersebut menjelma di Galas. Isu itu, hanya orang bodoh dan tolol saja yang memainkannya.

4 comments:

Kuda Perang said...

Ini saya setuju...

SearchForHeaven said...

salam..
sahabat..
jangan memandang hanya melalui satu persepsi..

Politik adalah juga mengambil kesempatan ke atas pengundi..

PRU dan PRK kuala terengganu Berbeza..
Bukan pengundi PAS yang beralih arah..
tapi pengundi atas pagar..

pemilihan Wahid endut sebagai calon adalah mengikut kesesuaian trend pengundi..

Bodohlah kita kalau nak menongkah arus.. sedangkan kita tahu.. menongkah arus itu menyebabkan kalah..

dlm PRK KT.. untuk menang.. percentage anak tempatan adalah tinggi..

kalau letak orang luar.. susah..

Yang perlu menongkah Arus.. bila Ada dalil Haram/halal yang jelas..

Admin said...

@SearchFor Heaven

Itulah sebabnya :)
Sekarang ini, faham tak kenapa saya selalu kata orang Melayu ini bodoh?

SearchForHeaven said...

hehe.. menghukum melayu tak ke mana..
sebab itu ini dinamakan perjuangan...

Cuba imbas balik sejarah Rasulullah SAW..
bagaimana Bangsa Arab Quraisy..
Bagaimana Bangsa Arab Aus dan Khazraj sebelum Nubuwwah...

mereka bukan sahaja jahiliyah dari segi akhlak tapi juga tamadun.. bergaduh sesama qabilah.. dan sebagainya..

Ubat kemunduran Umat Melayu hanya ISLAM yang ada padanya Quran dan Hadis..
Bagaimana mahu menyampaikanya.. sampaikan dengan sebaik-baik cara..
tak selalunya lembut..
dan tak selalunya keras.. Namun.. sesekali tidak melampaui batas sama ada bahasa, tindak laku dan sebagainya..