Sejak 7.30 malam, mereka berkumpul di sebuah surau, kira-kira 300 meter dari Stadium Bukit Jalil - tempat program itu berlangsung.
Mereka kelihatan menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum berarak beramai-ramai ke stadium berkenaan. Dipimpin Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, mereka bertakbir dan melaungkan pelbagai slogan anti artis tersebut, antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert". - Malaysiakini
Komen : Ya...inilah satu-satunya perkara yang hanya tahu dibuat oleh Pemuda PAS - halang dan haramkan konsert. Bukannya tak boleh, tapi seolah-olah hanya ini yang diperjuangkan oleh mereka melebihi isu-isu besar yang lain. Isu lain tak reti pula nak berdemonstrasi. Biasanya demonstrasi macam ini disertai oleh brigade Polis moral, mat-mat skema, ustaz-ustaz muda yang baru belajar simpan janggut di IPT, mamat-mamat siswa berkopiah, berjubah, etc. Secara tidak langsung mentuakan mereka yang belum lagi tua. Anak-anak muda dituakan. (tengok sendirilah macam mana penampilan Ketua Pemuda PAS, agaknya dia nak anak-anak muda macam tu le). Banyak lagi isu penting yang patut diperjuangkan oleh orang muda, takkanlah ini saja? Come onnnnn....
5 comments:
Salam Bro,
Aku pun terpikir macam tu gak pagi tadi..buat la alternatif..jangan asyik nak bantah sana sini, demo situ sini..pedulikan mereka...tunjuk apa yang Islam nak.."Jika mereka mengetahui kebaikan kami, nescaya mereka akan mengikuti kami"-hadis
Habis tu kau nak biarkan saja budaya gay dipupuk dengan lebih meluas lagi di bumi Malaysia ini? atau mungkinkah engkau pun.......???
amal ma'ruf nahi mungkar, baru kena, bukan tunjuk yang ma'ruf sahaja. mungkar kena cegah.
Satu saja poin : Kenapa bila tiba bab konsert, semua macam nak berjihad? Tapi bila tiba bab lain (isu-isu besar dalam negara), tak reti-reti pula nak berdemonstrasi atau nak "berjihad"???
erm, sebab ni admin kata demokrasi boleh je jalan kat sini, maka aku kat sini dengan rendah hati ingin tidak bersetuju dengan admin. boleh kan admin, kawan aku? :) isu-isu besar pun pas bangun juga. boleh dikatakn sekarang ni hampir keseluruhan isu besar pas bangkit. bagus juga pas bangun dlm isu2 kecil macam budak gay ni.dan Allahlah yang lebih tahu.
Post a Comment