Anwar Ibrahim ni bukannya orang yang tak baik. Dia baik, dia OK, dia bagus, ada asas agama, mesra alam, husnul-zhon dan mana-mana lagilah perkara positif. Cerdik pun cerdik, kalau tak cerdik, takkanlah dapat jadi TPM dalam tempoh lebih kurang 10 tahun. Tapi secerdik mana pun, sebaik mana pun, ada bodohnya. Itulah manusia tak akan sempurna, senantiasa ada kelemahan. Bukannya tak ada orang yang buat report dan aduan pasal kelaku "anak-anak buah" di pejabatnya tu dan juga orang-orang di sekelilingnya. Tapi oleh kerana "terlalu baik", dan mempunyai sifat prasangka baik yang tinggi (akhirnya memakan diri!), lama-kelamaan benda tersebut menjadi nanah dan berbau busuk. Lantak dialah. Bila dah jadi macam ni, orang lain juga yang susah dan bersusah payah menepis tuduhan.
0 comments:
Post a Comment