Friday, August 6, 2010

Kuala Lumpur Punya Cerita #4

KL Sentral KFC. Kredit pada merahsilu.blogspot.com

Sepanjang sehari setengah berada di Kuala Lumpur, perut saya hanya diisi oleh fast-food. Tak tahu kenapa saya hanya makan itu. Mungkin kerana nak cepat kut. Hari pertama saya mengisi perut di McD Bukit Bintang - lebih kurang jam 3.30 petang. Kenyang sampai ke malam. Waktu malam saya hanya dinner dengan setin air teh bunga dan jus epal. Hari kedua pula saya makan tengahari di KFC KL Sentral - sewaktu dalam perjalanan pulang.

Saya memikirkan hal ini sewaktu sejurus saja saya mendapat tempat duduk untuk makan di KFC tersebut. Sayangnya saya tersilap memilih masa. Ketika itu lebih kurang hampir pukul 1 tengahari - waktu pekerja di pejabat mengerumuni restoran. Dan ketika itu agak sesak jugalah. Sikap saya - setiap kali saya duduk berdiam diri sama ada di atas kerusi di mana-mana tempat - taman atau restaurant/warong, saya akan duduk sambil memerhatikan gelagat dan sifat manusia yang bermacam-macam jenis.

Kali ini saya mahu menceritakan mengenai hala atau arah tuju di antara orang Melayu dan orang Cina. Perasan atau tidak, cashier-cashier di restaurant fast-food semuanya adalah Melayu. Di dua tempat selama dua hari - McD dan KFC - muka Melayu saja yang saya tengok - menjadi cashier dan juga kerja di bahagian dapur - membungkus dan menggoreng. Saya terfikir - orang Melayu biasanya beginilah kesudahannya - kalau tak jadi kerani kecil, jadi waiter di restaurant atau jadi cashier di fast-food restaurat. Bukan nak menghina - tapi setakat ini sajakah kemampuan mereka?

Kemudian pandangan saya beralih kepada beberapa pasangan Cina - dalam berbelas-belas atau mungkin mencecah 20 orang lebih - yang berada di dalam KFC tersebut. Saya lihat pakaian mereka begitu smart - lelaki Cina segak dengan baju kemeja, manakala perempuan kebanyakannya memakai kot. Pekerjaan mereka pastinya bagus dan gaji mereka pasti besar. Saya nak pembaca blog ini berfikir - antara Melayu dan Cina - bangsa mana yang paling banyak mendapat keistimewaan - sama ada dari segi biasiswa, keutamaan sebagai bumiputra dan sebagainya. Melayu, bukan?

Tapi, masuk akal tak - bangsa yang paling banyak mendapat kemudahan, dan keistimewaan akhirnya mereka hanya mampu hidup dengan bergajikan hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja. Berbeza dengan kaum Cina. Mereka tidak ada hak istimewa seperti Melayu - hidup mereka tersepit tambahan pula persepsi buruk oleh kebanyakan orang melayu terhadap mereka. Walaupun tiada kemudahan, mereka boleh berjaya. Kenapa ini berlaku? Jarang sekali saya dengar dan lihat orang Cina bekerja sebagai waiter (kecuali di restaurant mewah atau 5 star), tukang cuci, cashier, kerani atau sebagainya.


McD di Bukit Bintang


Saya boleh simpulkan - anak manja, mereka biasanya lemah dan tidak tahan dengan dugaan dan cabaran, kerana mereka sudah dibiasakan dengan kemewahan dan kesengangan, berbanding dengan anak yang tahu berdikari. Anak yang berdikari - mereka tidak perlukan pertolongan orang lain, biasanya mereka cekal dan tabah walaupun tidak dikurniakan kemewahan dan kesenangan. Sebab itu mereka boleh survive dan kebanyakannya menjadi orang yang berjaya. Anak manja - merujuk pada orang Melayu. Anak yang berdikari - rujuk pada orang Cina dan bukan bumiputera.

Sebab itu kita lihat - bangsa mana yang paling banyak berpeleseran? Sebab apa mereka berpeleseran? kenapa mereka tidak pentingkan hala tuju hidup mereka sejak dari sekolah menengah? Fikir sendiri.

Jadi apa jalan dan penyelesaiannya jika kita mahu semua bangsa berjaya? Kalau ditanya saya - senang saja. Buang tongkat keistimewaan. Hanya orang buta dan lemah saja yang perlukan tongkat. Tak begitu?

2 comments:

apple hijau said...

Pedih tapi benar...

aku ikhlas said...

Buang tongkat keistimewaan..
ermmm.. ramai org2 melayu emak bapak berbagai fahaman parti politik berebut-rebut utk masukkan anak-anak belajar ke uitm..sebab? MURAH. hakikatnya semua melayu masih mengejar keistimewaan. terimalah hakikat.. jgn membuang sesuatu yg dah ada dgn mudah...bukan senang nak mengadakan sesuatu yg tiada..jika bukan kita yg berkuasa. soal bersaing itu cite lain. istimewa tetap istimewa...jgn nak pertikaikan...memang pelik jika melayu sendiri pertikaikan keistimewaan yg dah termaktub..klu aku kaya pun aku tak nak keistimewaan itu dibuang sewenang-wenangnya...sebab ramai lagi melayu miskin perlu tongkat itu. jgn cepat membuat conclusion..hanya utk bersaing dgn bangsa yg memang dah kaya-raya atas alasan berdikari...pikirlah.