Tuesday, August 31, 2010

Sokongan Kepada Namewee


Malam tadi, sebelum pukul 12 malam polis telah mencari Namewee di rumahnya di Muar tetapi tidak berjaya menemuinya. Namewee bakal ditahan dan disoal siasat berhubung dengan klip video beliau yang terbaru, mengutuk tindakan seekor pengetua rasis di sebuah sekolah di Johor. Thanks to Ketua Puteri UMNO, si minah debab yang lambat dapat laki kerana saiz macam anak gajah yang bersuara tentang klip video baru ini.

Cuma - apa masalahnya dengan klip tersebut? Yang mana rasisnya tindakan Namewee ini? Dalam video tersebut, beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengetua (Siti Inshah) sekolah tersebut yang bersikap perkauman - suruh orang Cina balik China dan India balik ke negara India. Oo..kalau orang Melayu bersikap rasis dikatakan menjaga dan mempertahankan hak, tapi kalau bangsa lain bersuara, dikatakan rasis dan menggugat keharmonian negara.

Ahmad Ismail, bekas Ketua UMNO Bukit Bendera dulu hanya kena gantung daripada UMNO ekoran kenyataan celaka dia di dalam satu ceramah sewaktu PRK Permatang Pauh. Tak ada apa-apa tindakan pun daripada polis. Perkasa yang ditubuhkan oleh Berahim Katak Pasir Mas itu tidak boleh di dakwa kerana menggugat keharmonian negara ke?

Oh senang kata kaum lain bangsa pendatang. Kenapa tak nak kata Melayu wannabe pun pendatang? Ingat, betulkah nenek moyang kepada kebanyakan Melayu yang ada di Malaysia ini memang berasal dari Tanah Melayu? Atau dari seberang sana? Khir Toyo tu asal usulnya dari mana? Reezal Merican tu Melayu ke?

Kalau Melayu rasis macam Perkasa, UMNO dan yang sewaktu dengannya bersuara dan bersikap ekstrem tak apa? Ini, anak muda nak berkarya pun susah! Karya yang lahir daripada jiwa yang memberontak inilah yang bisa menyemarakkan api kebangkitan dan kebencian terhadap pemerintah yang tidak guna.

1 comments:

pemerhati said...

dah kali kedua okay..tiada maaf bagi org yg tak pernah serik cari pasal..ramai yg komen pasal ni KLIK SINI