Tuesday, August 24, 2010
Lim Guan Eng dan DAP Lebih Mulia Daripada UMNO
Kalau benar ada imam yang mendoakan LGE di dalam khutbah Jumaat, so what? Apa masalahnya mendoakan kesejahteraan sesama makhluk? Dan dari mana datangnya dalil tentang kewajiban mendoakan Sultan-Sultan sehinggakan ada puak-puak Melayu yang melenting apabila tidak didoakan mereka?
Sebenarnya isu ini, isu kecil bahkan tidak patut atau tidak layak ditimbulkan. Tapi oleh kerana terbawa-bawa dengan dakyah UMNO (laknatullahi 'alaihim ajmain) benda ini diperbesarkan sehingga sekali lagi Ibnu Kalb bersuara dengan nada yang tidak puas hati. Note : Ibnu Kalb ialah mufti negeri Perak.
Bagi saya, Lim Guan Eng, DAP dan seumpama dengannya adalah jauh lebih baik daripada UMNO. Jika terjadi pilihanraya yang melibatkan kedua-dua parti ini (UMNO vs DAP), nescaya saya akan bermati-matian memastikan DAP menang. Saya akan menyokong dengan sepenuh hati kepada mana-mana pihak yang melawan UMNO.
Ya..walaupun ada segelintir pimpinan DAP yang begitu mahukan dan kekalkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, itu terpulang pada mereka. Kita semua sedang bermain-main di dalam kotak demokrasi. Tegakkan Islam atau sebaliknya, hudud atau tak hudud - itu soal nombor dua. Inilah risikonya kalau perjuangkan Islam melalui demokrasi. Tapi yang paling utama - pulihkan segala kerosakan yang dilakukan oleh UMNO terhadap Malaysia selama puluhan tahun. Lawan habis-habisan kebobrokan UMNO.
Walau UMNO ada juga jasanya terhadap negara sejak puluhan lalu - namun bolehkah dipadankan dengan 1001 kerosakan yang berkali-kali ganda berbanding jasa-jasa mereka? Kerosakan moral, kerosakan institusi-institusi yang sepatutnya dihormati, pencemaran demokrasi dan hak asasi, pencemaran terhadap agama Islam, penyelewengan dan sebagainya - bolehkan dilupakan hanya kerana UMNO pernah berjasa terhadap pembangunan negara?
Sebenarnya isu UMNO berjasa atau tidak terhadap pembangunan negara tidak perlu ditimbulkan kerana memang menjadi tugas dan kewajiban mereka selaku kerajaan yang memerintah menyediakan dan memberi perkhidmatan yang secukupnya kepada rakyat. Tapi tulisan ini mahu membalas sekumpulan Melayu bodoh yang mengungkit jasa-jasa UMNO semata-mata mahu meredakan kebencian orang ramai terhadap UMNO.
Perbuatan itu - samalah dengan melindungi dosa-dosa Muawiyah dengan membelanya berhujahkan Muawiyah berjasa menawan Syria, maka tidak boleh mengkritik Muawiyah yang bertanggungjawab menumpahkan darah berpuluh-puluh ribu umat Islam.
Berbalik pada tajuk asal. Antara DAP dan UMNO - saya mewajibkan memilih serta menyokong DAP, walaupun majoriti daripada mereka dalah bukan Islam. Walaupun mereka bukan Islam, cuba perhatikan cara mereka berpolitik jauh lebih sopan daripada politikus-politikus Melayu yang mengaku Islam (sama ada PAS, PKR atau UMNO). Tak ada masalah dengan pentadbiran mereka. Yang bermasalahnya hanyalah UMNO yang sentiasa berusaha menimbulkan huru-hara dan membangkitkan isu-isu kecil, menjadi besar - persis usaha Iblis dan syaitan yang senantiasa berusaha menyesatkan anak Adam.
"Pemerintah yang kafir tapi adil lebih baik daripada pemerintah Islam yang zalim" - Nasiruddin at-Tusi
Categories :
UMNO laknatullah
6 comments:
ini lah rupanya manusia yang lupa daratan.......percayalah apa yang anda war-warkan adalah dari bimbingan syaitan yang mahu melihat kehencuran Islam.........
@Anonymous
Islam mana yang hancur? Islam UMNO? UMNO itu Islam ke? Sekarang ini bukan dah hancur ke segala-galanya kerana kewujudan UMNO (laknatullah)?
Laknatullah = laknat allah ke atas kamu.
bagus encik blogger. mengharapkan laknat allah ke atas saudara seagama (walaupun berlainan pegangan politik). bulan mulia ramadhan kali ini kita imarahkan dengan mengharapkan lakat allah.
oh, saya lupa. anda berpegang kepada perkara 10 perlembagaan. kebebasan bersuara la katakan...
Setahu saya baginda Muhammada tidak pernah mendoakan kehancuran Umat.. Doa kepada sultan tidak lah wajib, kita buat begitu kerana institusi agama di Malaysia dijaga oleh YDPA.. jikalau kita mendoakan untuk orang yang bukan islam intitusi apakah yang kamu doakan kesejahteraan, sedangkan kristian dalam maksud lainnya "naugan di bawah pope" jikalau kamu mendoakan untuk orang keristian secara tidak langsung kamu mendoakan untuk kaum kafirin yang jelas lagi nyata tidak mentauhidkan Allah.. kita bulan puasa ini lebih byk nasihat menasihati bukan marah2 sesama kita.. rugi sayang oi..
UMNO laknatullah! UMNO jahat makhluk perosak. Babi dan anjing lebih baik daripada orang-orang UMNO. Berbuat baik pada babi dan anjing lebih berfaedah daripada berbaik-baik dengan UMNO! END!
sedap betul mulut ko, kesian mak bapak ko dapat anak mcm ko, maki hamun jer dari kecik
Post a Comment