Berlegar di kawasan Petaling Street
Niat saya turun ke Petaling Street, hanyalah untuk menemui Hishamuddin Rais. Dia pernah memberitahu, waktu petang kalau dia tak ada kerja dia akan lepak di salah sebuah kedai kopi tanpa nama yang terletak di lorong berhampiran Jalan Hang Lekir - dekat area Petaling Street. Tapi malangnya mungkin saya kurang bernasib baik - saya tidak jumpa susuk tubuh itu.
Saya cukup suka bersembang dengan orang yang mempunyai banyak pengalaman. Itu saja, fullstop. Soal macam mana cara hidup dia, sifat dia - saya tak ambil pot dan tak mungkin akan saya ikuti. Bagi saya, otai seperti Hishamuddin Rais ibarat seperti sebuah buku cerita yang sarat dengan kisah-kisah adventure yang boleh ditimba untuk dijadikan sebagai panduan.
Oleh kerana tidak dapat bertemu beliau, saya hanya menyusuri sepanjang Petaling Street hingga ke Jalan Sultan. Kadang-kadang berjalan keliling tempat yang sama. Pertama kali nampak orang togok beer depan mata - gelas yang besar, sama macam A&W root beer glass. Dan juga pertama kali tengok daging babi panggang yang diletakkan di atas troli. Dijual oleh seorang pemuda Cina. Yang menariknya, di sebelah gerai pemuda Cina itu, ada gerai air soya yang dikendalikan oleh pemuda Melayu. Cantik! Saya suka suasana ini.
Petang di Petaling Street begitu sesak - orang Arab sini-sana. Bunyi bising orang tawar menawar harga, mempelawa pengunjung membveli barang mereka, suara orang bergurau dan lain-lain lagi. Saya tertarik pada buah berangan (chestnut) panggang yang begitu besar dan dimasak di dalam satu periuk besar. Tapi saya tiada keinginan membelinya.
Di sini, macam-macam gelagat manusia dapat kita lihat. Manusia datang dari segenap penjuru - sama ada dalam Malaysia atau luar daripada Malaysia. Berbagai sikap dan karenah semuanya berkumpul di sini. Saya mencari pot yang baik untuk merehatkan badan dan kaki sambil mahu memerhatikan gelagat orang yang lalu-lalang di sana.
Saya terjumpa banyak warong-warong jalanan yang dikendalikan oleh peniaga-peniaga kecil sama ada dari bangsa Melayu, Cina mahupun India. Melayu - kebanyakannya di sepanjang jalan tersebut banyak menjual Satay. India pula - hanya sekadar air. Dan Cina - warong mereka punya banyak pilihan masakan-masakan Cina - wantan mee, kway teow goreng, mee sup, nasi itik, dan lain-lain lagi. Tak kurang juga yang mengendalikan gerai air buah dan buah-buahan.
Maaf - saya tidak dapat menipu diri saya sendiri bahawa memang saya terliur apabila melihat ah moi-ah moi yang cantik di warong Cina sibuk melayan pelanggan dan menghantar pesanan makanan ke meja pelanggan. Tapi saya bukan terliur pada ah moi tersebut - tapi pada makanan yang dibawanya.
Saya fikir ah moi-ah moi tersebut anak kepada towkey warong dan mungkin kebanyakan warong Cina di Jalan Sultan adalah merupakan family business. Ketika saya memikirkan perkara ini, saya sedang duduk di salah sebuah gerai air buah kepunyaan wanita Cina sambil menghirup jus epal - sangat nikmat. Gerai tersebut betul-betul di tepi jalan, tambahan pula cuaca agak mendung sambil melihat gelagat manusia.
Apa yang saya ingin katakan ialah betapa saya ingin merasa makanan yang terdapat di dalam warong tersebut - makanan-makanan tersebut di masak di tempat yang terbuka, di hadapan mata pelanggan. Saya lihat itik panggang digantung, sup panas yang berwap dijirus ke dalam mangkuk yang berisi mee, dan juga bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam gorengan Kway teow goreng.
Jika petang itu saya masuk ke dalam warong tersebut - pasti saya adalah satu-satunya Melayu di dalamnya. Dan mungkin ada orang yang akan pandang pelik. Tambahan lagi kalau ada Melayu yang nampak saya sedang syok menikmati makanan di dalamnya. Apa yang mereka akan fikir tatkala melihat seorang Melayu yang menikmati hidangan petang di dalam sebuah warong kepunyaan peniaga Cina?
Jika Cina pergi makan ke warong Melayu, itu adalah perkara yang biasa. Tetapi jika sebaliknya - itu adalah luar biasa dan kelihatan pelik. Kenapa jadi begini?
Sikap double-standard
Maaf sekali lagi saya katakan. Kita sebenarnya penuh dengan sifat diskriminasi dan double standard. Adakah kita bimbang sekiranya kita termakan babi atau apa-apa saja bahan yang berunsur haram jika kita menikmati hidangan di warong Cina? Adakah kita memesan daging babi jika kita ke sana? Ataupun memesan hidangan biasa yang disertakan bersama beer?
Kenapa kita hanya mempunyai persepsi negatif sebegini pada warong-warong Cina? Macam mana pula mereka-mereka yang makan hidangan-hidangan daripada hotel-hotel besar kepunyaan Cina? Yang mana makanan tersebut bukan di masak di depan mata kita semua? Kenapa persepsi yang sama tidak diberikan kepada Melayu yang makan di hotel-hotel besar?
Dan, kenapa juga persepsi yang sama tidak diberikan terhadap orang-orang Melayu yang membeli kek di kedai Cina? Bagaimana pula dengan Melayu-Melayu yang belajar di oversea, di negara-negara kafir? Kerana saya lihat mereka dengan selambanya masuk ke restaurant kepunyaan non-Muslim dan menikmati makanan di dalamnya.
Kenapa persepsi sedemikian tidak timbul di dalam pemikiran kita dengan situasi-situasi di atas? Dan hanya timbul apabila seorang Melayu makan di warong-warong Cina tepi jalan? Adakah kerana warong tersebut terletak di tepi jalanan, maka persepsi negatif terus diberikan, sedangkan di hotel-hotel mewah dan di mana-mana perkara yang serupa tidak dibangkitkan. Betapa double-standardnya kita ini.
Kuncinya ada pada kita - adakah kita ke sana memesan benda-benda haram atau tidak? Kalau tidak ada, jadi kenapa kalut? Sama juga mereka-mereka yang makan di hotel besar, restoran-restoran Jepun atau Korea - yang mana harga sekali hidangan di sana adalah berkali-kali ganda harga hidangan di tepi jalanan.
Cina makan di kedai Melayu tak apa, tapi Melayu makan di kedai Cina jadi pelik! - hairan, hairan!
5 comments:
just pandagan saya jer..if kita rasa yakin utk makan di warung itu kita mkn je la utk aper memikirkan pandangan org cuma bg sy kurang yakin mkn kat tmpt cmtu..pernah sy beli buah dr penjual cina..tp kwn sy tak beli,sy bertanya kenapa??dia kata dia tak yakin..sy kata knapa lak bukan kita mkn benda haram..dia jawap kamu yakin ke pisau yg dia gunakan itu tak guna utk potong benda lain cth babi..if dia guna dia kena samak dulu baru bole potong buah..yg mana org cina tak tau semua tue..sy terdiam..dr situ sy paham haram halal bukan hanya pd benda yg nyata sahaja..byak faktor kita kena teliti..mcm tue gak klu mkn kat hotel2..kenapa org lebih prejudice pd warong2 berbanding restoran or hotel,bg sy sbb warong2 tak da sijil halal tp hotel and restoran ada..yg mana telah di pantaukan halal or haramnya..mean lebih menyakinkan kita utk makan...u tau tak klu sup cina nie nak sedap dia tmbah katak sbg perisa??so halal ke sup tue d mkn walaupun skdar sup kosong??
Maaf jika saya katakan inilah mentaliti dan pegangan orang Islam di Malaysia yang hanya mengenal dan menganggap Mazhab Shafie yang jumud itu adalah Islam yang sebetul-betulnya.
Yang mengatakan khizir a.k.a babi itu najis mughallazah/berat dan perlu kepada samak/basuhan 7 kali beserta air tanah hanyalah di dalam pandangan mazhab Shafie.
Sebaliknya, jumhur ulamak atau kesepakatan ulamak mengatakan bahawa ianya hanyalah najis mutawassitah/sederhana dan hanya perlu dibasuh sekali sahaja.
Susahlah, Malaysia sebuah negara yang tidak mesra mazhab. Semua menyangka Shafie itulah yang sebenar-benarnya dan the truly Islam!
Hotel-hotel Cina tu nak ikut peraturan even ada sijil halal? You rasa-rasa la? Susahlah Melayu ni!
hehehe...
kelakor la lu ni.. hehe..
bila orang nak berhati2.. lu salahkan pegangan mazhab syafii.. hehe??
kalu lu nak liberal.. takde masalah..
yang jadi masalah.. bila lu persoalkan orang lain kenapa tak liberal.. hehe..
halalan toyyiba...
halal lagi suci..
apa yang halal??
apa yang suci??
kalu lu nak olah ikut akal lu sahaja..
itu yang wa nampak kelakar.. hehe..
klu nak ikut kan mmg la hotel2 or restoran cina or aper bangsa pun yg bukak restoran nie belum tentu di jamin HALAL but mereka telah di pantau oleh JAKIM...saya ulang telah di PANTAU..org mcm sy yg sgt2 la kerdil berkenaan ilmu agama nie mesti la rujuk pada yg pakar..and mazhab syafie la yg telah di ajar di sekolah2 and sy membesar dgn mazhab tue..skrg nie kita bercakap pasal kenapa org lebih prejudice pd warong2 bukan psal MAZHAB kan..
bukan ke dlm Islam pokok pangkal hati..klu hati bersih and yakin dgn sesuatu benda tue makan je la..
maaf la sy nie mmg cetek sikit bab2 agama nie..so sy bg tau dr pandangan sy kenapa sy tak makan di warong cina,restoran cina..
Susahlah Melayu ni!
statement itu aku faham..admin ni memang anti melayu rupanya
Post a Comment