Tuesday, January 10, 2012

Apakah sistem kehakiman sudah tidak korup?

Dari Timeline salah seorang rakan Fb..


Penyokong-penyokong Pakatan beserta pimpinan-pimpinan mereka bersorak keriangan selepas Anwar diputuskan tidak bersalah oleh hakim mahkamah tinggi. Pro-UMNO pulak frust menonggeng, sampai ada yang main bom. Persoalannya, apakah iktiqad atau pegangan orang-orang Pakatan terhadap mahkamah sudah berubah? Kalau kita buat revision terhadap proceeding kes Anwar sebelum ini, memang jelas kebarangkalian Anwar untuk kembali semula ke behind the steel bar adalah tinggi, tambahan pula dengan usaha dan keringat UMNO dan juak-juak mereka yang bekerja keras untuk menjatuhkan Anwar.
Bukannya saya tak suka Anwar sudah dibersihkan, walaupun saya sebenarnya tidak kisah sama ada beliau lepas atau tidak. Sebabnya, dua-dua menguntungkan. Kalau Anwar dipenjara, pembangkang boleh raih simpati daripada pengundi. Kalau bebas pun, bebaslah. Back to normal - Anwar masih lead Pakatan.
Tapi, macam mana boleh seorang hakim yang diketahui sebelum ini bahawa memang dia pro-UMNO, sistem kehakiman memang sudah korup - berubah dengan berpihak pada Anwar pada saat-saat terakhir? Saya terlalu yakin bahawa ini memang satu wayang - kononnya untuk menunjukkan mahkamah adalah telus. Bab Anwar ada deal dengan Najib tu, saya tak mahu komen, sebab tak terbukti kesahihan cerita tersebut.
Akhir sekali, seperti kata rakan Fb saya di atas, kalau perhimpunan 901 bukan untuk Anwar, tapi untuk perjuangkan keadilan dan melawan sistem yang korup - habis ianya untuk apa? Anwar sudah lepas - kenapa sudah senyap sunyi?

1 comments:

Anonymous said...

suatu analisis alternatif tentang keputusan mahkamah membebaskan anwar. baca di: http://diskopi.wordpress.com/2012/01/10/analisa-keputusan-kes-liwat-2-anwar-ibrahim-satu-perangkap/