Wednesday, January 4, 2012

Wahai anak muda

Sajak di bawah ini pernah disiarkan di dalam Facebook pada tahun lepas.


wahai anak muda!

ketahuilah dan sedarlah bahawa

engkau adalah harapan negara

engkaulah penggerak perubahan

engkaulah barisan hadapan

dalam menjana perubahan umat


wahai anak muda!

sesungguhnya engkau punya kelebihan

serta keistimewaan yang tidak ternilai

yang dianugerahkan oleh Tuhan

iaitu semangat anti-establishment

yang bisa memarakkan api perubahan


wahai anak muda!

Google adalah tok gurumu

YouTube adalah saluranmu

blogspot adalah akhbarmu

Facebook adalah penghubungmu

lupakan Utusan Meloya dan TV3 suku

kerna ianya bisa mencacatkan otakmu


wahai anak muda!

tanyalah tok gurumu, internet ciptaan Bernes-Lee

kejatuhan Soeharto, Chung Doo-hwan dan Reza Pahlevi

adalah bersumbukan nyalaan semangat anak muda

yang bosan dan benci dengan retorik pemerintah

awas! kuku besi dan korupsi

adalah musuh utama anak muda


wahai anak muda!

tidakkah engkau rasa malu?

lihatlah di negara-negara Timur Tengah

anak-anak muda di sana syahid

melawan pemerintah durjana

tapi kau masih lagi berpoya-poya di sini?


wahai anak muda!

bangkitlah!sedarlah tugas utamamu

bukan mencari awek cantik atau balak hensem

bukan mengumpul handphone canggih

bukan menjadi poyo dengan I Luv Islam

bukan bergaya dengan fesyen terbaru

tetapi tugas utamamu adalah

memberi peringatan kepada pemerintah


wahai anak muda!

bangkitlah! engkau adalah perwira

tempat bagi perwira adalah di jalan raya

pedulikan salakan anjing yang bersahutan

yang memarahimu kerana menggunakan jalan raya

kerana mereka itu sekadar jaguh di atas keyboard

realitinya mereka berhati tikus


wahai anak muda!

bangkitlah! ajar si pemerintah berkuku besi

yang tidak peduli dengan kesengsaraan rakyat

tatkala harga barangan membebankan

pada masa yang sama mereka bersenang lenang

di dalam mahligai yang mewah


wahai anak muda!

belajarlah dari temanmu dari negara luar

yang berani melawan kezaliman pemerintah

jadikan ia sumber aspirasimu di sini

buktikan sekiranya engkau punya maruah

buktikan dan tunjukkan pada dunia


wahai anak muda!

kita sudah tidak punya masa

bawalah harapan baru kepada rakyat

engkau lebih dipercayai berbanding politikus

yang memperdayakan rakyat untuk meraih undi

bangkitlah! semarakkan api perjuangan

semarakkan api revolusi