1. Mesti hapuskan IPTS
IPTS bermotifkan perniagaan. Maka apa yang dikejarkannya adalah keuntungan. Siapa saja boleh masuk tak kira cerdik @ bodoh asalkan berduit. Entiti ini juga merupakan salah satu penyebab student-student hidup terhimpit, iaitu dengan yuran pengajian yang cekik darah.
2. Ketatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT)
Syarat kemasukan ke IPT perlu diperketatkan. Ini bertujuan untuk memberi 'pressure' kepada student pra-universiti untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya graduan yang keluar dari universiti kebanyakannya adalah graduan yang berkualiti.
Berbeza dengan masa kini, kuantiti melebihi kualiti. Ini kerana, student yang kurang pandai, malas, banyak main-main dll masa zaman persekolahan mereka pun boleh sambung belajar hingga ke IPT - kerana adanya IPTS dan juga PTPTN. Kesannya, kebanyakan graduan yang keluar adalah yang kurang berkualiti.
Habit/perangai malas dan main-main mereka sewaktu zaman persekolahan boleh berjangkit dan berterusan hingga ke IPT. Jadi, contohilah anak-anak kaum lain. Semenjak kecil mereka ditekankan dengan belajar, sebab itu kebanyakan daripada mereka sangat pandai.
Eloklah keadaan ditukar balik sama macam 30 atau 40 tahun yang lalu. Tak ramai yang berjaya menyambung pelajaran ke IPT tetapi jika mereka keluar saja dari universiti, InsyaAllah mereka adalah graduan yang berkualiti.
2 comments:
Bukan semua pelajar IPT dan IPTS kurang cerdik, mereka memilih IPTS sebab kelebihan sistem pembelajaran dan bantuan alatan pmbelajaran. Tak buang masa nak tunggu IPTA yang pendaftaran bulan sept 2012. Kami hargai masa dan tak mahu melepak saja.
Jangan sekat orang nak belajar, jika kami malas buat apa kami sambung ke IPT baik melepak. Belajar dan mempelajari adalah tuntutan Islam kepada umatnya. Jangan fikir anda pandai seorang. Pak Cik bekas tentera, orang bawahan pak cik ada yang kelulusan darjah enam, tetapi selepas diberi pelajaran dan pengalaman produk mereka lebih baik dari anak buah pak cik yang ada diploma, Anggaplah semua rakyat mahukan pelajaran, kerana dengan adanya sumber manusia yang berpelajaran tinggi dapat mempercepatkan pertumbuhan pembangunan disetiap sudut. Manusia yang dianggap pandai adalah manusia yang berilmu dunia dan akhirat. Jangan beri alasan rajin,malas atau main main manusia boleh berubah ubah perangainya. Baca dan faham alquran dan hadis tentang manusia lagi baca pengurusan sumber manusia. Baru kita tahu bagaimana manusia perangainya boleh beruban ubah mengikut keperluan masakini.
kurang setuju dgn pak cik di atas. sepatutnya culture rajin belajar bermula sejak kecik.once dah masuk kolej mostly dah terlambat. secara praktikalya, otak manusia perlukan 10 tahun nak adapt supaya jadik "bijak". saya student jpa, dpt straight A1 saya study kuat masa kat sbp (saser,sekolah terbaik malaysia) dan ditempatkan di sebuah ipts. kami yg student jpa/mara bercampur dgn pelajar tangungan sendiri/ptptn. kolej mltakkn syarat yg begitu rendah. sekarang mereka nk ptptn free.agak tidak adil bg student mcm kami yg study nak gila.dari segi kualaiti mmg jauh berbeza.benar semua berhak mendapat pendidikan.sbb tu kena study kuat sejak kecil.jgn nk harapkan bantuan orang lain je.lu kena keras sikit lah.life tough.jgn jadik pondan menyalak di tengah jalan.
Post a Comment